Special Chapter - Pekerja Misteri

1.3K 91 5
                                    

Suasana malam yang sunyi dan diselubungi dengan bunyi cengkerik malam menusuk ke dalam telinga Haiqal.

"Hishh...aku kena batalkan balik pukauan mata aku..tapi bila aku pandang mata dia?." Rungut Haiqal seorang diri sambil berjalan anak menuju ke dewan makan seorang diri.

Haiqal sudah berdiri di hadapan pintu dewan makan.

"Hemm..tarik nafas..lepas..okey! Aku akan masuk sekarang.." bisik Haiqal perlahan sambil memulas tombol pintu dewan makan.

Pintu dewan makan ditolak perlahan.

Haiqal melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam dewan makan.

"Tik..tok..tik..tok.." jam menunjukkan pukul 11.00 malam.

Dewan makan yang gelap gelita membuatkan Haiqal berasa seram sejuk.

"Kena cepat niii! Nanti Khai cari aku tak ada..habis aku.." Haiqal mempercepatkan langkahnya ke kaunter makanan.

"Mana dia ni??" Tanya Haiqal seorang diri tercari-cari di kaunter makanan yang sunyi itu.

"Kat mana ni?! Takkanlah dah balik? Bukan dorang tidur sini ke??"Bisik suara hati Haiqal.

Mata Haiqal meliar-liar tercari-cari.

" Iya..cari saya?"Suara perempuan menyapa Haiqal dengan tiba-tiba

" Opocot mak kau!!." Haiqal melatah seperti di dalam drama televisyen yang ditontonnya.

"Iya?" Suara serius menyapanya lagi.

Haiqal memaling ke belakang dan ternampak kelibat perempuan di belakangnya.

"Owhh..tak ada apa..nak cari kau je.." Kata Haiqal pada pekerja perempuan yang dicarinya dari tadi.

"Ohh ada apa?" tanya pekerja perempuan itu dengan riak wajah serius.

"Emm..." Haiqal mendekati pekerja perempuan itu.

Mata Haiqal menumpu ke arah mata pekerja perempuan itu.

"Kau nak buat apa ni??" Tanya pekerja perempuan itu mengelabah.

"Jangan risau..sekejap je..." Haiqal cuba untuk fokus pada mata pekerja perempuan itu.

Cahaya kebiru-biruan bersinar di mata Haiqal.

Mata pekerja perempuan itu pun turut bersinar.

"Lupakan semuanya...apa yang aku buat pada kau dulu..aku nak kau..lupakannya..." Haiqal menerangkan perlahan-lahan.

"Lupakan?" pekerja perempuan itu tiba-tiba sedar dari pukauan mata Haiqal

"Huh?? Macam mana kau?? Boleh?.." Haiqal terkejut teruk dan terundur ke belakang.

"Boleh tersedar dari pukauan kau?? Itu kau tak payah tahu..yang penting..aku dah tahu..kau memang ikan duyung kan?? Hahaha" Ketawa jahat pekerja misteri yang menyelubungi dewan makan membuatkan Haiqal seram sejuk.

"Kau siapa?? Kenapa kau asyik curi pandang aku? Macam mana kau tahu? Siapa kau ni!!" Haiqal panik.

"Sebab apa aku selalu curi pandang ko?? Sebabnya aku tahu kau duyung!!!" balas pekerja itu.

"Err..macam mana kau tahu ni?? Kau nampak dekat mana? Aku tak boleh biarkan.." Haiqal dengan pantas mendekati pekerja itu lalu merangkul bahu pekerja itu.

"PAKKK!!"

Tendangan yang kuat di perut Haiqal membuatkan Haiqal terundur ke belakang dan tersungkur.

"Jangan harap!!" Sebilah pisau dikeluarkan daripada belakangnya dan pekerja itu menghampiri Haiqal yang sedang mengerang kesakitan.

"Arghhhhhhhhh!!!!!" Haiqal menjerit sekuat hati sambil tangannya menekup muka.

"Wei adik!!! Adik kenapa?!Bangunlah!!" Khai mengejutkan Haiqal yang sedang mengigau di sebelah Khai yang tadinya sedang tidur lena tetapi terjaga dek kerana Haiqal meronta meminta pertolongan.

"Abang! Abang...adik mimpi!." Haiqal mengelabah sambil mendekati Khai ketakutan.

"Mimpi apa?.." Tanya Khai sambil cuba menenangkan Haiqal yang sedang ketakutan.

"Adik mimpi...pekerja perempuan yang baru tuu.."

"Hah..kenapa dengan dia??"Tanya Khai ingin tahu.

" dia nak bunuh adikkkk!!!"Jawab Haiqal sambil memeluk Khai.

"Dah..dah..mimpi je tuu...mimpikan mainan tidur..dah.." Khai mengosok rambut Haiqal sambil menenangkannya.

Haiqal dibaringkan oleh Khai.

Khai cuba untuk menenangkan Haiqal yang masih ketakutan.

Akhirnya Haiqal kembali tenang dan beransur lelap.

Khai hanya tersenyum melihat Haiqal.

Teringat Khai tentang Khairi. Arwah adiknya.

"Haiqal...aku akan jaga kau..sama macam aku jaga arwah adik aku.." Bisik Khai perlahan sambil mengusap rambut Haiqal dengan lembut.

Malam yang tenang dan sunyi serta sejuk membuatkan kesemua orang tidur dengan lena..

Hanya bunyi cengkerik dan katak sahaja yang menyelubungi malam tersebut.

Author Note:

Please vote and comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now