31🐬

1.3K 115 15
                                    

"Abang! Temankan adik jumpa Dijah. "Pinta Haiqal pada Khai sambil menarik pergelangan tangan Khai.

"Hishh. Nak buat apa?? "Tanya Khai sambil membetulkan tali lehernya.

"Orang urgent ni! Buku rujukan adik ada dekat Dijah. Hari tu dia pinjam dari adik. Adik terlupa nak mintak. "Balas Haiqal sambil menolong Khai membetulkan tali lehernya untuk mempercepatkan Khai.

"Hmm, iyalah. "Balas Khai menurut.

Sementara itu,

"Nak buat apalah Haiqal ni jumpa aku? "Rungut Dijah ke hulu ke hilir di pintu aspuri.

"Dijah! "Haiqal melambai dari jauh.

Dijah terbeliak melihat Khai bersebelahan Haiqal.

"Huh? Kenapa pulak dia bawak Khai!?!"Dijah mencebik.

"Dijah! Mana buku rujukan aku yang kau pinjam hari tu?? "Tanya Haiqal sambil mengenyitkan matanya menandakan isyarat.

"Huh? Buku? Arrr..aku still guna lagi. Nanti aku bagi kau. Okey?? "Balas Dijah gagap.

"Hmm. Okeylah. Nanti kau bagi waktu dekat dewan nanti tau. "Balas Haiqal sambil tersenyum.

"Dah ke? Tak payahlah sembang sangat. Nanti lambat pulak pergi sekolah.. "Balas Khai sambil memaling ke belakang.

"Hishh! Iyalah.. "Haiqal menyuruh Dijah memulakan perbualan dengan membuat isyarat mulut.

"Nak cakap apa?? "Bisik Dijah perlahan.

" Apa-apa je.. "Haiqal mengetap bibirnya.

"Hah, Khai.. "Dijah memanggil.

"Iya?? "Tanya Khai sambil memaling ke arah Dijah yang berada di belakangnya.

"Hmm. Boleh tak nanti kita study group sama-sama? "Tanya Dijah gugup.

"Ohh. Okey. Bila? "

"Arr? Selepas habis paper bahasa melayu kertas 1 nanti. Waktu rehat tu."Balas Dijah cuba berlagak tenang.

"Emm, okey. Kalau macam tu, jumpa dekat astaka. Kita study group dekat situ. Berangin sikit. "Cadang Khai.

"Yes! "Jerit Haiqal kegembiraan.

"Erkk, Kenapa dengan kau ni adik?? "Tanya Khai pelik.

"Err? Taklah. Hah! Cuma seronok.. "Balas Haiqal.

"Seronok apa? "

"A ah. Entahlah Haiqal niii. "Dijah mengetap giginya.

" Iyalah..seronoklah. Dapat belajarkan. Ramai-ramai lagi.. Mesti best kan. Hehehe. Eh! Jomlah. Nanti lambat pulak. "Arah Haiqal untuk menutup topik.

"Okey..jumpa nanti tau. "Maklum Dijah.

"Okey.. "Balas Khai ringkas.

Haiqal dan Khai memulakan langkah.

Haiqal memalingkan kepalanya ke belakang dan mengenyitkan matanya menandakan misi berjaya.

Dijah membuat thumb up dan tersenyum

* * *

"Okey! Pastikan tidak ada sebarang peralatan selain dari pen, pensil, pemadam, dan lain-lain perkakas alat tulis. Pencil box tidak dibenarkan. "Maklum pengawas peperiksaan itu.

"Ohh iya? Kad pengenalan kamu dengan slip kamu... "

"Fuhh! Berguna jugak rupanya kad pengenalan ni. Nasib baiklah Habil temankan aku buat sebelum masuk sekolah. Thanks Habil! "Bisik suara hati Haiqal sambil mencium kad pengenalannya.

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now