"Yeay! Cuti sekolah!! "
Pang!!!!
"Aduhh sakitlah! "Marah Tan pada Khai yang menampar kepalanya.
"Bukan kita yang cuti. Dorang yang cuti. Ishh kau ni! "Balas Khai sambil mengosok tangannya di seluar.
"Best-lah dorang. Dah cuti. Kita ni?? Dahlah tak cuti. Nak SPM lagii. Ishh! Malasnya."Rungut Tan sambil memuncungkan mulutnya.
"Weii! Best kot! Kita boleh buat apa-apa je. Nak keluar pun sesuka hati. "Sampuk Hafiz yang baru masuk di dalam bilik.
"Ehh, mana Haiqal? "Tanya Khai sambil tercari-cari.
"Haiqal dekat bilik Peter. Kawan baru dia. "Balas Hafiz bersahaja sambil memunggah lokernya.
"Owhh. Peter baru masuk asrama kan?. "Tanya Khai.
"A ah, adalah kawan bergila kau ni kan?"Sindir Hafiz sambil mengunci lokernya.
"Ehh, confirm. Bolehlah kami plan something. Huahahaha"Khai ketawa jahat.
"Teruk pulak kau ketawa. Dah macam.. "
"Apa kauu?"
"Hahahaha. Bye!! "Hafiz dengan pantas berlari keluar dari bilik itu.
"Khai, malam ni kita keluar nak tak? "Tanya Tan sambil duduk di atas katilnya.
"Boleh jugak.. Nak pergi mana? "
"Kita tengok bintang je.."balas Tan.
"Hmm, okey. Aku dah lama tak tengok bintang. Kali terakhir, dekat pulau je. "Balas Khai.
"Ohh, bila kau tengok?? Dengan awek ekk?? "Sakat Tan sambil menekup mulutnya.
"Ishh! Sibuk je"Balas Khai.
"Abang!! Tan!! "Jerit Haiqal sambil meluru masuk ke bilik nombor 5 itu.
Tan terloncat berdiri manakala Khai terkejut lalu berdiri dengan pantas.
"Weh! Ada apa?! "Gelabah Khai sambil memegang bahu Haiqal.
"Tolong adik!! "Haiqal sembunyi di belakang Khai.
"Apa?! "Tanya Tan panik.
Peter berlari masuk ke bilik sambil membawa seekor binatang.
"Tu!!!! "Jerit Haiqal ketakutan.
"Laaa, kucing ke? "Khai memaling ke belakang dan memandang Haiqal.
"Arhh! Tak kira! Kucing ke? Apa ke?! Get it far of me!! " jerit Haiqal ketakutan seperti dikejar hantu.
"Hahahaha! Alar..ini pun kau takut ke?? "Gelak Peter terbahak-bahak sambil memegang perutnya.
"Dahlah, lepaslah kucing tu. Kesian dah aku tengok adik aku ni.. "Pinta Khai sambil mengusap rambut Haiqal.
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasía[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...