Pagi menjelang...
Haiqal masih lagi tidur berhiaskan batu-batu karang, rumpai-rumpai laut dan juga buih-buih oksigen yang keluar dari batu karang tersebut.
Ikan-ikan kecil membangunkan Haiqal yang sedang lena tidur.
"Dah pagi ke??"bisik suara hatinya sambil mengeliatkan tulang ekor duyungnya.
Haiqal mengibas ekor duyungnya dan berenang menuju ke arah permukaan air untuk memantau keadaan.
"Segarnya.."Haiqal menghirup udara segar di permukaan.
Haiqal menyepetkan matanya untuk melihat sekeliling pantai dari jauh.
"Aduii! Kenapa ada orang?! Macam mana aku nak naik darat ni? Mesti Khai risau dah ni! "Rungut Haiqal sambil memercikkan air menggunakan tangannya.
"Hishh!! "Haiqal memaling ke belakang dan menyelam ke dalam air semula.
"Khaii!! Tolong aku!! "Jerit suara hatinya sambil berenang bersahaja.
* * *
"Kami jumpa pakaian ni dekat pantai. Kami harap awak semua bersabar dan jangan membuat spekulasi yang bukan-bukan. Kami akan teruskan usaha mencari.. "Maklum askar yang dijumpai oleh Khai semalam.
"Okey. Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan.."kata Tan sambil menutup pintu biliknya.
"Wei,Aku rasakan Haiqal... "
"Ehh! Kau jangan arhh. Haiqal baik-baik je. Kita doakan supaya dia selamat. Ingat tak?? Apa yang askar tu cakap. Jangan buat apa-apa spekulasi. "Potong Sufian sambil berjalan ke arah Khai yang sedang termenung di koridor yang berhadapankan pemandangan laut.
"Hmmm, aku risau laa. Aku takut.. "Kata Khai sambil memandang ke arah laut.
"Sabarlah Khai, Haiqal ok je tu. Kau tahu kan. Haiqal macam mana? "Pujuk Sufian sambil menepuk bahu Khai.
"Sebab aku tahulah aku takut. Kau tahu kan?? Haiqal tu macam mana? Bimbo sikit. Bahaya la dekat luar tu. Aku takut! Aku takut kehilangan dia. Aku takut dia jadi macam arwah adik aku. "Bebel Khai risau.
"Sabarlah, askar tu tengah cari tu. Kita tunggu je keputusan dari dorang.. "Balas Tan untuk memujuk Khai.
"Hmm, bagus aku cari je dia. Daripada tunggu dorang yang cari.. "Balas Khai sambil bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah almari untuk mencari pakaian.
"Weii, kau janganlah buat bukan-bukan. Kita tunggu je la pihak askar cari.. "Pujuk Sufian.
Khai tidak melafazkan apa-apa perkataan langsung dan terus meluru keluar dari bilik.
"Hishh! Khai ni. Memang kepala batu betul laa!! "Berang Tan.
* * *
Khai menuju ke arah penyewaan bot.
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasy[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...