15🐬

1.6K 151 12
                                    

"Macam mana ni??! Habislah aku!! "Bisik suara hati Haiqal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Macam mana ni??! Habislah aku!! "Bisik suara hati Haiqal.

"Bunyi apa tadi tu hah? Takkanlah ada orang berenang kot dalam kolah ni? "Tanya lelaki itu sambil menghampiri kolah.

Haiqal cuba untuk tidak membuat banyak pergerakan supaya air kolah itu tidak berkocak.

Lelaki itu menjengket dan memandang permukaan air kolah itu.

"Hmm, Tak ada apa-apa pun. Maybe barang kot jatuh. "Kata lelaki itu sambil meluru ke sinki untuk mengambil berus bajunya yang tertinggal.

"Seram pulak."kata lelaki itu sambil memandang ke arah kolam itu semula dan beredar dari situ secepat mungkin.

"Dah tak ada dah ke??. "Tanya Haiqal dalam hatinya.

"Dah pergi dah kot. "Bisik suara hatinya sambil mengibas ekornya untuk naik ke permukaan.

Hanya separuh mukanya sahaja yang timbul ke permukaan iaitu rambutnya serta matanya sahaja kerana Haiqal takut lelaki tu belum pergi.

"Hahaha. Line clear! Fuhhh Selamat!!" kata Haiqal sambil menghela nafas lega dan mengeluarkan seluruh muka nya ke permukaan air.

"Ehh, dahlah. Bagus aku jadi manusia balik. Karang tak pasal-pasal orang lain pulak yang datang. "Bebel Haiqal sambil memanjat kolah itu dengan kedua-dua tangannya.

"Haishh, macam mana ni? Dahlah tinggi."Kata Haiqal sambil melihat ke bawah.

"Terpaksalah, tahan sakit sikit. Sabar ye ekor. Haiqal mintak maaf. Hehehe."Kata Haiqal seorang diri sambil mengusap ekornya.

"Arghhhh! "Jerit Haiqal semasa melompat.

KEDEBUKK!!

"Aduiii! Sakitnya!"Rungut Haiqal kesakitan sambil mengusap pinggul ekornya itu serta sirip ekornya yang mengerekot kesakitan.

Haiqal mencapai bajunya dan mengelap ekornya.

"Cepat-cepat! Keringla cepat. "Kata Haiqal sambil mengelap ekornya dengan laju.

Tiba-tiba!!

"Hah?! Haiqal? Kau ke tu?? " tanya lelaki itu yang tiba-tiba muncul mungkin kerana bunyi kuat yang dicetus oleh Haiqal tadi.

"Hahh!! Khai?! "Haiqal terkejut tak terhingga melihat Khai yang berdiri terpacak dekat depan pintu bilik air itu.

"Apa benda yang kau pakai tu? "Tanya Khai tergagap sambil menghampiri Haiqal.

Khai terbeliak matanya melihat ekor Haiqal yang kebiru-biruan itu yang sedang terkibas-kibas seperti nyawa ikan itu.

"Aaa aku.."Tak sempat Haiqal memberitahu, tiba-tiba ekornya menggering dan sisik-sisik ekornya relai dan gugur dari kakinya.

Kedua-dua kaki Haiqal muncul dan Khai terbeliak melihatnya.

"Macam mana ni? Aku baru je nak tipu dia. "Bisik suara hati Haiqal ketakutan.

"Kau du-duyung? Betul ke ni?? Kau duyung? "Tanya Khai tergetar-getar keliru dengan perasaannya, nak kata takut, tak jugak. Nak kata teruja, tak jugak.

Haiqal memakai semula seluarnya tanpa segan silu kerana perasaan bimbang dan ketakutan sahaja yang menyelubungi dirinya.

"Iya, aku duyung."Kata Haiqal sambil berdiri dari tempatnya sambil sebelah tangannya memegang baju.

"No wonder-lah, aku tengok kau pelik. Baru aku tahu. Rupanya kau duyung. "Balas Khai sambil memandang Haiqal dari bawah ke atas.

"A ah. Tapi tolong jangan beritahu siapa-siapa pun. Aku takut. "Haiqal merayu kedua-dua tangannya digengam.

"Kenapa? Kenapa kau tak nak? "Tanya Khai pelik.

"Aku takut nanti aku jadi macam duyung-duyung yang lain."jawab Haiqal ringkas kerana ketakutan.

"Kenapa dengan duyung lain?? "Tanya Khai ingin tahu.

"Aku pun tak tahu. Tapi, yang pasti.Aku takkan dapat balik dekat tempat asal aku. Aku tak dapat jadi manusia balik!!."terang Haiqal ketakutan.

"Bawa bertenang. Aku takkan beritahu. Takkan la aku nak buat macam tu kot. Kau kawan aku. Kau jangan risau ekk. "Pujuk Khai cuba untuk menenangkan Haiqal yang ketakutan sambil kedua tangan Khai memegang bahu Haiqal.

"Betul ni?? "Tanya Haiqal sambil memandang mata Khai.

"Betul? "Kepala Khai pening apabila memandang mata Haiqal yang tiba-tiba bertukar menjadi kebiru-biruan itu.

Haiqal cuba menjalankan strateginya untuk memukau Khai.

Mata Khai turut bersinar kebiruan.

"Kau janji yang kau tak akan beritahu sesiapa pun!"Beritahu aku pada Khai.

"Aku berjanji. Aku takkan beritahu siapa-siapa pun."Jawab Khai seperti robot.

Haiqal tersenyum riang.

Matanya kembali normal semula.

Begitu juga Khai.

"Terima kasih!! "Balas Haiqal selepas memukau Khai.

"Erghh, sakitnya kepala aku. Apa jadi tadi ekk??"Tanya Khai sambil mengurut kepalanya.

"Ohh iya pulak, aku takkan beritahu siapa-siapa pun pasal kau. "Sambung Khai sambil tersenyum dan merangkul bahu Haiqal.

"Dah jomlah.. Aku mengantuklah.. "Ajak Haiqal.

"Ehh! Nantilah, kau ceritalah dulu dekat aku. "Rungut Khai.

"Arhh! Tak boleh. Aku nak tidur. Ngantuk. Lain kalilah. "Kata Haiqal sambil berjalan keluar.

"Hmm, iyalah. Nanti kau cerita arhh. Kau ni pun satu. Buat kau tertangkap ke dengan orang lain macam mana? Nasib baik aku yang nampak. Kalau tak..habislah kau."Bebel Khai sambil berjalan -jalan anak mengikut Haiqal.

"Elehh, kau tu boleh percaya ke?? "Tanya Haiqal selamba.

"Ehh kau ni. Kau ingat aku ni jahat sangat ke?? Nak buat macam tu dekat kau? "Balas Khai sambil mengherling Haiqal.

"Hmm, iyalah tu. Nanti esok kita bangun awal."arah Haiqal kepada Khai.

"Kenapa pulak?. "Tanya Khai pelik.

"Iyalaa, aku nak kena buang air kolah tu. Nanti, tak pasal-pasal kena orang lain mandi air aku pulak. "Jelas Haiqal sambil melangkah longkang kecil.

"Ohh. Tak payahlah. Kau ni dah kira beruntung."Balas Khai sambil memegang bahu Haiqal.

"Kenapa pulak? "Tanya Haiqal pelik.

"Iyalah. Hari ni kan hari Jumaat. Eh silap! Hari sabtu. Jadi, cleaner semua tolong bersihkan bilik air. Kolah besar tu pun. Dorang yang bersihkan."Terang Khai kepada Haiqal.

"Owhh, nasib baik. Hihihi. Bolehlah aku tidur lena."kata Haiqal dengan gembira.

"Hahh, jangan kau lupa pulak. Nak ceritakan aku pasal duyung. Aku nak dengar. "Khai ingatkan Haiqal untuk memberitahunya.

"Iyalah, kau ni. Aku tengok dah macam bapak-bapak dah. Tapi otak.Ish Ish Ish. "Kata Haiqal sambil mengeleng-ngeleng kepalanya.

"Hehehe."Khai tertawa kecil.

Author Note:

Don't Forget To Tag Your Friends!

Please vote and comment..

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now