7🐬

2.4K 206 59
                                    

"Haiqal, Barang kau tu nanti kau letak dekat loker sebelah tu haaa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haiqal, Barang kau tu nanti kau letak dekat loker sebelah tu haaa."Maklum Hafiz kepada Haiqal sambil menunjuk ke arah loker di hujung sudut tingkap.

"Okey! ". jawab Haiqal ringkas sambil tersenyum menyusun bajunya di atas katil untuk diasingkan dan diletakkan di dalam loker.

Setiap bilik di dalam hostel dihuni sebanyak 5 orang.

"Ohh iya, Hafiz..siapa lagi selain dari kita dua yang duduk kat dalam bilik ni? " tanya Haiqal kepada Hafiz.

Tapi Hafiz sudah lama beredar dari bilik tersebut cuma Haiqal tidak perasan.

"Hafiz? Hafiz? Oii! kau dengar tak aku.... "Sambil memaling ke belakang dan tercari-cari.

"Laa, Dah keluar rupanya" Keluh Haiqal.

Haiqal bangun dari katilnya dan mengangkat pakaiannya dan meluru ke arah loker yang ditunjukkan oleh Hafiz tadi.

"Hmm, buku siapa pulak ni? Haish! Tak pandai kemas ke? Ishh Ishh Ishh"Marah Haiqal kepada pemilik buku tersebut seorang diri.

Haiqal mengangkat buku tersebut dan membelek-belek di sekeliling kulit buku itu untuk mencari nama pemiliknya.

Haikal tersentap seketika.

"Khairul Redzuan? Hmm, Macam pernah dengar je nama ni? Tapi kat mana hah aku dengar? hmmm..lantaklah" selamba Haiqal sambil meletakkan buku tersebut di dalam lokernya manalah tahu kan kalau-kalau pemiliknya muncul nanti, bolehlah dia bagi balik.

"Tik!! " mangga kunci lokernya berbunyi.

"Akhirnya, aku boleh berehat! " sambil merebahkan anggota badannya diatas katil yang lembut itu.

Haiqal termenung seketika sambil matanya memandang ke arah siling biliknya.

Sebelum Haiqal pindah ke sekolah ni.

Dia telah merancang dengan teliti supaya tidak mendedahkan dirinya.

Iaitu "DUYUNG".

Habil menasihatinya supaya tidak terlalu menonjol dan tidak mendedahkan identitinya yang sebenar kerana ia mungkin akan membahayakan Haiqal.

"Pakk! Pakk!"Kedengaran kasut sekolah dijatuhkan ke lantai.

"Im back! "Maklum suara lelaki itu.

Haiqal bertukar posisi tidur kepada posisi duduk untuk melihat muka rakan sebiliknya.

"Hah?! " Haiqal terkejut dan membeliakkan matanya.

"Kau kenapa? " tanya lelaki itu pelik.

"Macam nampak hantu pulak. "Sambung lelaki itu sambil menuju ke arah loker bersebelahan loker Haiqal.

Rupa-rupanya loker Haiqal bersebelahan loker dia.

"Hah! Dia ke ? Khairul Redzuan? Khai?! Errkk! Yahh! Ni buat aku tak selesa ni! Haishh." rungut Haiqal di dalam suara hatinya.

"Aku tak tau pulak kau tinggal asrama..satu bilik dengan aku pulak tu..." beritahu Khai kepada Haiqal sambil tersenyum sinis.

"By the way, aku Khairul panggil aku..... " tak sempat Khai beritahu terus dipotong oleh Haiqal.

"...Khai. Aku tau. "Sambil Haiqal membuat muka annoying.

"Tau jugak rupanya ko nama aku.Well..aku tak terkejut pun..biasalah hot kan."sambil meleraikan satu persatu butang baju sekolahnya.

"Erkk...perasan." sindir Haiqal perlahan.

"Apa? " Khai memaling ke belakang dan memandang ke arah Haiqal sambil sengaja menunjukkan six pack-nya.

"Hah? Err! Perasaan aku..tiba-tiba sakit! Aduh! Sakitnya. "Balas Haiqal tergagap-gagap sambil memegang dadanya untuk berpura-pura sakit.

"Did you mean jantung? " sambil mengherling Haiqal.

"Hah?? Jantung erkk?? Hehehe. Sorry.. Silap! Jantung. " sambil tersenyum seperti kerang busuk kerana malu.

"Hahahaha! Kau ni pelik betul aku tengok.. "Ketawa Khai sambil mengambil tualanya.

Haiqal hanya mendiamkan dirinya.

"Kau tak nak mandi ke? " tanya Khai kepada Haiqal sambil mencapai perkakas mandinya.

"Nantilah, Nak tunggu Hafiz dulu nanti baru mandi. "Jelas Haiqal.

"Ohh, okey. By the way, You look so cute! " ketawa Khai sambil beredar dari bilik itu.

"Erkk? Cute tu apa pulak?. Haishh, terlupa pulak aku nak suruh Habil bagitau aku dan dia tu tak betul ke?? Hensem la sangat..werkk! Nak termuntah aku rasa..aku lagi hensem kot dari dia. " Puji Haiqal dirinya seorang diri.

Haiqal belajar Bahasa Inggeris dengan Habil. Tetapi hanya sedikit sahaja kerana Habil cuma tekankan Haiqal yang asas sahaja.

"Tapi, kenapa aku sebilik dengan lelaki tu?? Aishhh! Yahhh!! Tak guna betul! Dah lah muka garang macam ikan jerung! Haishh " keluh Haiqal seorang diri sambil menumbuk-numbuk tilamnya.

Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri biliknya.

"Siapa tu? Mamat tu ke? Aishh! Matilah aku ni." Haiqal menutup mukanya dengan bantal lalu berpura-pura tidur.

"Aikk! Haiqal!! Bangun! Kau boleh tidur lagi? Jom mandi! "Suara Hafiz kedengaran.

"Owhh, kau rupanya..kejap-kjap..tunggu aku. "Sambil berlari anak kearah lokernya dan mencapai perkakas mandinya.

Author Note:

Please vote and comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now