"Yeayyy!! Dah sampai dah!! "Jerit Haiqal sambil turun dari kereta.
"Erkk Haikal? Seronok betul kau ni."Balas Dijah sambil menunggu giliran untuk turun dari kereta.
"Mestilah..pertama kali ni. "Jawab Haiqal sambil membetulkan kasut lampunya itu.
"Hah?? Kau tak pernah pergi jalan-jalan ke?? "Tanya Dijah pelik sambil mengalas beg tangannya.
"Ehh, Haiqal kan orang ulu. "Sakat Khai.
"Jomlah, bersembang je tahu "Balas Tan sambil berjalan ke arah kedai-kedai kraf tangan yang berderet-deret di samping perjalanan mereka.
"Jom!! "Balas Haiqal sambil berlari anak ke arah Tan.
" Haiqal- Haiqal..Memang macam tu ke?? Peragai dia?? "Tanya Dijah pada Khai di sebelahnya.
"Aaaa ye kot. "Balas Khai ringkas berasa kekok dengan Dijah.
"Kenapa ni Khai? Kau macam awkward je dengan aku?? Rileks arr ke kau masih teringatkan kejadian dulu tu?? "Tanya Dijah pelik.
"Ehh tak laa. Maybe dah lama kot kita tak bersembang macam ni. "Jawab Khai sambil berjalan.
"A ah kan. Dah lama tak bersembang pasal Dota. Ohh iya! Sekarang apa dah jadi dengan Dota kau?? Okey jugak?? "Tanya Dijah.
"Okey je. Kau pulak?. "Tanya Khai sebelum mereka berdua bersembang dengan rancak.
* * *
"Weii, Aku nak beli tu. "Tunjuk Haiqal ke arah coklat yang berada di atas rak.
"Coklat??."Tanya Khai sambil memandang Haiqal.
"Coklat?? Apa-apa la. A ah. Aku nak tu.."tunjuk Haiqal sekali lagi.
"Okey, biar aku tolong belikan.. "Balas Khai sambil mengeluarkan dompetnya.
"Ehh, guna duit aku je laa. "Balas Haiqal sambil mengeluarkan duitnya yang seperti biasa diikat dengan getah.
"Hishh, tak payah. Kak, bagi coklat tu. Tiga jenis. "Maklum Khai kepada kakak yang menjual coklat itu.
"Weii!! Tak nak laa guna duit kau. Aku ada duit la. "Rungut Haiqal kepada Khai sambil menghempas kasutnya yang berlampu itu.
"Ishh, biarlah aku belanja kau. Tak payah guna duit kau! Guna je duit aku."Khai menghulur tangannya untuk mengambil bungkusan coklat itu.
"Hmm, iyalah "Balas Haiqal sambil memuncungkan bibirnya.
"Nah! coklat kau. "Hulur Khai pada Haiqal.
"Ehem! Kami tak ada ke??. "Tanya Tan seperti kebiasaan.
"Ehh? Bukan Haiqal dah bagi ke?? Duit berlambak dekat kau???"Sindir Khai sambil berjalan menuju ke arah kedai kraf tangan.
"Okey.. okey... Kitaorang ada laa duit. Banyak lagi dari kauuu."Tan mengherling ke arah Khai.
"Weii, Sufian. Kau tak rasa ke?? Apa yang aku rasa?? "Tanya Dijah kepada Sufian sambil melihat Khai menunjuk-nunjukkan kraf tangan di kedai itu.
"Apa?? "Tanya Sufian ringkas sambil melihat telefonnya.
"Muka Haiqal?? Macam muka arwah adik dia la. "Kata Dijah sambil memandang Sufian.
"Laa, kau baru perasan ke?? "Balas Sufian sambil memandang Dijah.
"A ah. Aku baru perasaan waktu Khai layan Haiqal tadi. Macam Khai layan arwah adik dia. "Terang Dijah pada Sufian.
"Kitaorang dah tahu lama dah. Waktu first time kitaorang nampak Haiqal tu. "Sufian memandang telefonnya semula.
"Mesti perasaan sedih Khai terubat sikit kan.. "Balas Dijah lagi.
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasy[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...