CHAPTER 2 (S1)

13.9K 303 11
                                    

"Ingat By, jangan ingat daddy kasih ko pigi sana pasal daddy suka ko belajar pakai mekap, kalau ada offer lain daddy mau ko balik..!"

'Belajar pakai mekap?', lol si daddy ni 😂. Saya mau ketawa tapi saya buat-buat muka serius 😜. Tidak tahan betul saya mau tahan ketawa 😂.

"Yalah bah.. Don't worry okay dad.." Saya reply si daddy macam tu sambil angguk. Mommy pula di sebelah saya sambil tengok-tengok tu application form. Slip pembayaran juga ada, siap-siap RM5000 terus kena bayar, bukan alang-alang fee dia okay!

"Baby, nanti kita pigi beli barang-barang yang ko mau bawa. Mana kamu tinggal ni? Di sini dia tulis fee include house rental? Aik, dia tidak tulis mana tempat tinggal kamu." Satu-satu si mommy tengok tu details dalam tu form, si mommy ni memang jenis yang teliti punya orang.

"Er... Si Collette bawa saya tinggal di rumah dorang tu mom.." Saya kasih berani diri bercakap.

"Dorang ada rumah sana? Siapa yang tinggal sana? Bukan bapa mama dia tinggal sini-sini ja kah?" Nah.. Si daddy menyampuk. Si mommy pun tunggu ja jawapan dari saya. Okay, ni kali impression si mommy bukan mau backup saya.

"Ada abang dia tinggal sana..." Takut-takut saya jawab. Kalau cakap pasal 'lelaki' ni susah sikit, dorang takut saya bergaul sama lelaki.

"Abang dia?? Tidak payahlah ko tinggal sana tu..!" Dengan tegasnya si daddy bagi arahan.

"Abang dia sudah kawin bah.." 😕 Tidak tau dari mana saya dapat tu idea. Kenal abang dia pun saya tidak tau, secara spontan lagi saya menjawab yang abang dia sudah kahwin. Malas bah saya mau kasih panjang hal.

"Ish Baby, nanti mommy call ni tempat lah. Jangan-jangan tipu ni." Adei si mommy. O please. Please. Just say YES to everything?

"Ko call tu darling. Tanya betul-betul." Si daddy suruh mommy call hari tu juga.

Si mommy pun mendial tu number yang ada di letterhead tu application form. Selepas dalam 10 minit dorang bercakap, baru si mommy end call. Punya lama dorang bercakap.

"Sudah saya tanya, dia bilang kamu ada tempat tinggal sudah kena kasih sedia. Semua bayaran termasuk tempat tinggal. Kamu punya registration on the first week of February tu. Tu mekap-mekap semua mau kasih sedia sendiri, tapi mommy rasa sampai sana baru carilah." Mommy bilang.

"Apa lagi ko cakap tu, panjang betul kamu bercakap tu?" Si daddy pula menanya.

"Saya tanya-tanya bah tu apa short course yang saya buli ikut. Mau juga daa saya ikut, tapi paling kijap pun satu bulan, mau daa kalau setakat satu dua hari." 😂😂 Dui, si mommy tidak mau ketinggalan.

"Mau juga. Kalau kamu dua-dua jalan siapa lagi kawan saya sini?" Bilang si daddy. 😂 Doi, sian .. Ni lah ni kalau sikit ja anak beranak.

"Tidak juga bah saya mau kasih tinggal ko saturang sini." Mommy bilang. Sweet betul saya tengok dorang, biarpun kadang-kadang si daddy ni terlampau serius.

Saya faham juga kenapa dorang terlampau cerewet mau urus pasal saya, sebab saya cuma satu-satunya anak dorang, memang anak kesayangan dorang berabis ni.

°°°°°°°°°°

Saya kemas-kemas barang saya untuk bawa pigi Singapore, siap ada checklist.😂

1. Spender & bra ✅
2. Baju tidur ✅
3. Bibut (patung busuk) ✅
4. Selipar bulu ✅
5. Berus gigi & colgate ✅
6. Syampu & body soap ✅
7. Blanket ✅
8. Mekap (jangan lupa lipbalm) ✅
9. Sweater ✅
10. Losyen ✅
11. Baju jalan ✅
12. Baju rumah ✅
13. Rosary & Bible ✅
14. Dress
15. Baju formal ✅
16. Sisir, hairdryer, tong ✅
17. Towel ✅
18. Pad ✅

Apa lagi ah? Jangan kamu pengsan, memang bginilah checklist saya selalu 😜. Ni namanya kebaruan, baru first time mau tinggal jauh. Nasib parents saya sudah bawa saya urus pasal passport segala. Saya berfikir-fikir tu list nombor 14, saya ni kena anggap budak bah. Mommy saya selalu kasih pakai saya seluar panjang sama T-shirt kalau jalan-jalan. Saya tiada baju yang cantik-cantik, masih kena anggap budak. Dress pun langsung tiada, ni kali lah. Mekap ada pula, tapi mekap yg diturunkan oleh mommy saya, semua mekap dia yang dia tidak mau semua dia kasih waris saya 😌. Brand bukan alang-alang, tu Lancome, Clinique dan sewaktu dengannya. Nasib badanlah 😌. Mekap mahal, tapi baju? Adei.. 😂

Saya ambil handphone mau SMS si Collette.

📨Me: "Coll, saya kena suruh tinggal di hostel yang kena kasih sedia tu. Ko tidak boleh tinggal sana juga? Tiada bah kawan saya.. 😟"

📨Collette: "Astaga, why? Tinggal lah tempat abang saya bah. Besar rumah dia sana, tidak payahlah tinggal di hostel tu, malas saya join-join orang yang saya tidak kenal."

📨Me: "Hm.. Sy takutlah my parents marah, ko tau lah si daddy tu.. Sorry Coll.. Lagipun fee smua termasuk tu tempat tinggal kan.."

📨Collette: "In that case okay lah. Tapi ko boleh ikut saya balik rumah kan sekali sekala? Don't worry, abang saya ada kereta, dia boleh hantar ko balik juga."

📨Me: "Hehe, Okay Coll.. Actually, sy tidak sabar bah mau pi sana, saya excited! Haha! Can't wait! See you tomorrow. Jangan lambat bangun tau.."

📨Collette: "Haha, me too! See you! 😘"

°°°°°°°°°°

Bisuk dia, awal lagi saya bangun, flight jam 8.00 am, tapi saya bangun jam 5.00 am lagi. 😄 Pasal excited.

Saya turun bawah lepas siap mandi. Saya pakai blouse & jeans. Guna bedak compact terus lipbalm. Rambut saya, saya ikat ketat-ketat, paras pinggang rambut saya masa tu. Saya tengok cermin di living room, memang nampak skema punya budak 😦. Tidak apa, tidak lama lagi kau belajar grooming Amber, bilang si pom-pon girl aka kata hati saya.😎.

"Bah, breakfast dulu tu." Mommy panggil di meja makan. Parents saya sudah di meja sedang breakfast. Si Silis pula sibuk mengemas di dapur. Saya tengok jam, baru pukul 5.30 am.

"Kita jalan jam 6.00 am ni, makanlah tu." Si daddy bilang.

"Sudah ko check semua yang mau dibawa kah? Ada ko bawa ubat gusuk sama vitamin yang mommy kasih bawa?" Si mommy pula bertanya.

"Sudah.." Padahal saya lupa tu ubat-ubat yang mommy sudah pack😜. Nantilah saya pigi ambil.

Lepas makan saya pigi ambil tu ubat-ubat, saya taruh ja dalam beg sikut saya. Sebelum jalan, si Silis peluk saya nangis-nangis.

"Kau jaga diri kau bagus-bagus ya Bibi, jangan kau nakal-nakal sana, jangan kau lupa is-sim-mis sia..." Begitulah kata-kata si Silis 😁. Emo juga dia ni. Yalah, dia jaga saya dari kecil gia. Nangis-nangis dia terus cium-ciun pipi saya sama kepala. Adei, kalah-kalah mama 😂.

Kami pun jalan, saya sempat babai si Silis, terinjut-injut badan dia tengok saya. Dei, kesian 😅.

Sampai airport, daddy sama mommy tolong saya pigi scan beg, lepas tu check-in. Saya berSMS sama si Coll tanya mana dia, on the way dia bilang. Tidak lama tu dia pun membubut di blakang queue. Berlambai-lambai kami dengan excited.

Mau masuk boarding sudah.

Ni yang saya tidak suka ni 😒.

Nangis-nangis si mommy mau kasih lepas anak kesayangan dia. Si daddy pun berabis suruh si mommy control, bikin malu dia bilang. Padahal si daddy pakai spek hitam, cover mata lah tew... 😂. Saya relax ja. Jangan risau saya bilang. Banyaklah pesan-pesan dari dorang tu, mau sampai 10 muka surat buku teks.

AMBER (18+), SEASON 1 & 2. Completed.Where stories live. Discover now