Bab 1

1.7K 27 1
                                    

Oh damn!!!Dah lambat!!!”

Bella membetulkan skirtnya yang tersingkap ke atas sebelum turun dari kereta Toyota Camry mewah milik papanya dengan terburu buru.Segera saja dia memecut laju ke perkarangan Sekolah Tinggi Persendirian Merien.Kelihatan pagar utama bermangga rapat.Beberapa orang pelajar merangkap senior juga juniornya terkandas di hadapan sekolah.Pak Guard sekolah ni memang tak makan gaji buta…lambat sikit pon..jangan harap nak dibukanya pintu pagar..Betul betul straight dan ikut peraturan!

Ini semua gara gara menonton drama Korea hingga lewat pagi…Bangun lambat..ada driver pon tak pandai drift kereta macam filem Too Fast and Too Furious,kalau tak mesti cepat sampai sekolah.Cehh..aku ni..menyalahkan driver plak..kalau naik kenderaan awam,basikal atau motorsikal pasti lagi lambat,eh asyik membebel jelah aku ni!!.Bila nak sampai sekolah!!

Satu part yang aku suka pasal sekolah aku ni..sekolah persendirian Merien yang boleh disamakan dengan sekolah menengah kebangsaan ialah..sekolah aku bersebelahan dengan sebuah sekolah lain yang bernama Sekolah Tinggi Persendirian Omega.Tapi apa plak bagusnya???.Apa yang bagus ialah..pagar belakang Sekolah Omega mengalami kecederaan teruk dan hampir saja tidak berpagar disatu bahagian atas tindakan vandalism para pelajarnya.Dan apa yang paling pasti..aku pun turut serta merobohkan sebahagian kecil dari pagar itu.Ia ialah satu aktiviti yang menyeronokkan!!!

Bella dengan segera berlari ke bahagian belakang Sekolah Omega dan memasuki sekolah itu melalui satu bahagian pagar yang telah rosak dan terbuka.Pantas saja dia berlari,sepertilah berada di sekolahnya sahaja.Dia perlu sampai ke Sekolah Merien sebelum pukul 8.00 pagi,kalau tak mahu pekak telinganya mendengar bebelan pengetua.Sebagai “PENOLONG KETUA PENGAWAS” dia perlulah memberikan contoh yang baik kepada pelajar lain..

Bella berlari dan terus berlari di koridor bahagian belakang Sekolah Omega.Dengan yakin yang langkahnya tidak akan dilihat sesiapa.Mujurlah legging sentiasa tersarung dikaki.Jika tidak mahu rabak skirt bewarna kelabu yang dipakainya.Tiba di satu selekoh,jantung Bella seperti mahu tercabut apabila dia terlanggar seorang pemuda dan menyebabkan fail fail yang dipegang pemuda itu bertaburan di atas lantai.Spontan pula Bella membantu pemuda itu mengutip semua fail yang berselerakan.

“Terima kasih awak..”

Syamrein terpaku,darimana pula datangnya pelajar jelita bervase purple dan berskirt kelabu disekolahnya itu.Pelajar barukah???.Uniform pelajar perempuan Sekolah Omega bewarna firus.Setahunya uniform gadis itu ialah uniform sekolah sebelah???

“Most welcome!!Saya nak cepat ni,maaf sebab langgar awak tadi,by the way..awak handsomelah!!!”

Syamrein tercenggang seketika atas pujian mendadak gadis yang pasti bukan pelajar sekolahnya itu.Dia cuba mengikuti langkah gadis cantik itu namun niatnya tidak kesampaian apabila namanya dipangggil guru lain.Syamrien mengeluh kecil sebelum berlalu ke bilik guru dengan seribu satu pertanyaan tentang gadis jelita yang ditemuinya tadi.

Bella pula sudah tiba di tembok yang memisahkan Sekolah Omega dan Sekolah Merien.Dia membetulkan tali kasut,mengambil beberapa langkah kebelakang sebelum berlari dan melompat tembok yang berketinggian lebih kurang 10 kaki,.Mujurlah ada sebuah kerusi buruk tersadai disitu,senanglah dia hendak memanjat.

“MISSION COMPLETED!!!”

Bella menjerit kecil setelah berjaya masuk kesekolahnya seperti selalu.Rambutnya yang menggerbang sedari tadi diikat ala ala samurai.Vasenya dibetulkan juga tag ‘Penolong Ketua Pengawas’ yang disimpan dalam beg sandangnya dipakai kemas.Bella mencapai sebatang kayu- batang penyapu lama, yang disimpannya di satu sudut tangga sekolah sebelum berlari ke pintu pagar utama sekolahnya pula.Beg sandangnya awal awal sudah dicampak di tangga.Seperti tiada buku saja didalamnya.

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now