Bab 17

696 10 0
                                    

Setelah menyalin uniform sekolahnya kepada jersi basketball Bella memasuki gelanggang basketball yang sudah dipenuhi oleh 10 orang pelajar lelaki Meriga.Bella sangat bersyukur kerana Sekolah Omega tidak mempunyai wakil dalam permainan basketball.Jika ada pasti setengah daripada pemain basketball Sekolah Merien akan dikeluarkan.Dan…ini akan menyusahkan Bella.

“Ok guys,tournament hujung bulan ni saja..tak banyak masa yang tinggal,aku tahu korang semua adalah yang terbaik dari yang terbaik.So,latihan kali ni tunjukkan yang terbaik untuk aku lihat yer.”

“Ok princess.”

Bella sempat memberikan sepatah dua kata sebelum memulakan latihan basketball tersebut.Para pemain basketball kelihatan bersemangat untuk berlatih hari itu.

“Disebabkan hari ni pemain ada 10 orang,jadi aku akan tengok dan ajar mana yang salah..sila ambil kedudukan masing masing..dan mulakan!!”

10 orang pelajar tadi mengambil posisi masing masing,5 lawan 5.Bella berlegar legar di luar gelanggang basketball melihat team Sekolah Meriga bermain dengan wisel tergantung dilehernya.Permainan basketball tidak semudah netball. Dalam permainan basketball, terdapat 5 posisi utama pemain, iaitu Center (5 – C), Power Forward (4 – PF), Small Forward (3 – SF), Shooting Guard (2 – SG), dan Point Guard (1 – PG). Biasanya, posisi ini juga diwakilkan dengan angka untuk mempermudah penyebutannya.

Pemain tengah (center) biasanya ditempati oleh pemain yang bertubuh paling tinggi dalam team.Dalam team Meriga,Nazarul berperanan sebagai Center.Pada saat menyerang, Center bertugas menerima bola dan menembakkannya ke ring, sedangkan pada saat bertahan, pemain ini menjadi pertahanan terakhir.

Power forward juga biasanya juga ditempati oleh pemain bertubuh tinggi kerana bertugas sebagai penangkap bola yang gagal masuk ke dalam ring (rebound), terutama saat bertahan. Dalam posisi menyerang, seorang PF diharapkan menangkap bola rebound dan segera menembakkannya kembali ke dalam ring.Fareez,pelajar tingkatan 6 Bawah memegang posisi ini.

Small forward, umumnya diisi oleh pemain bertubuh kecil yang agresif dalam melakukan serangan ke daerah musuh dan juga memiliki tembakan yang konsisten dari bahagian luar garis dan tembakan bebas.Posisi inilah yang selalu dimainkan Bella.Sebab itulah,dia dapat membaling bola ke kepala Amanda semasa latihan sorak kali lepas dengan tepat.

Shooting guard umumnya diisi oleh pemain dengan kemampuan bertahan dan mencuri bola yang baik.Dalam posisi menyerang, SG berperan sebagai pemegang bola kedua dan juga menembakkan lemparan tiga angka.

Point guard adalah pemimpin penyerangan yang biasanya memiliki umpan (passing) dan dribble.Bella telah melantik Kamarul,juga pelajar Tingkatan 6 Bawah untuk mengisi posisi ini kerana Kamarul memiliki gerak tangan yang agak pantas berbanding pemain lain.

Selang 30 minit mereka bermain,Bella mengantikan SF(Small Forward) yang dimainkan Aliff dan mula beraksi dalam gelanggang basketball.

“Korang mesti ingat,kita bermain selama 48 minit,12 minit satu sesi,aku nak make sure korang tak bazirkan setiap saat yang ada dalam pertandingan kelak.Cuba jaringkan seberapa banyak bola dalam ring.”

Bella sempat memberi arahan kepada para pemain basketball Meriga walaupun bola berada di tangannya.Setelah Berjaya melepasi kepungan Nazarul yang kononnya berada dalam team lawan, Bella memasukkan bola tepat ke dalam ring.Kedengaran satu tepukan yang agak kuat dari tempat duduk penonton.Mereka semua terhenti dan memandang ke arah itu.

“Hebatlah Bell awak shoot bola.”

Syamrein masih bertepuk tangan atas aksi Bella.Setelah melihat dengan matanya sendiri,barulah Syamrein percaya cakap Rizal yang Bella sememangnya mahir dalam permainan basketball.Bella sudah melopong,entah bilalah lelaki itu berada di situ.Bella tidak bermain lagi dan terus menuju ke arah Syamrein.

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now