Bab 16

676 10 0
                                    

Bella,Farah dan Ika berjalan jalan di sekitar blok Sekolah Omega yang dulunya tidak pernah dijejaki mereka.Yalah..sekarang sekolah sudah bergabung,bolehlah Bella merayap ke sana sini.Bella sengaja lewat pulang ke rumah agar tidak mendengar bebelan Syamrein,sejak Bella melantik Syamrein jadi ‘guru moral’ nya setiap kelakuan Bella mulai terbatas.Menyesal pula menjadikan Syamrein guru moralnya.

“Kak,Ika tengok akak dengan Cikgu Syamrein sekarang macam dah kurang bergaduh jer dalam kelas??”

Tengku Atikah sengaja ingin mengorek rahsia Bella juga abangnya.Masakan tidak,kalau dahulu pantang Syamrein masuk kelas mulalah sesi ‘bertikam lidah’ antara guru muda itu dengan Bella.Sekarang ini..Bella lebih suka mendiamkan diri dan menjawab setiap soalan yang ditanya Syamrein.

“Malas nak gaduh,nanti ilmu tak berkat,susah nak dapat ‘Straight As’ dalam SPM nanti..”

Bella mengulang ayat yang pernah dikatakan Syamrein kepadanya dulu.Farah dan Ika sudah menggaru garu kepala.Betul ke tu Bella??.Lain benar prinsip ilmunya.

“But Bell,bukan ke selama ni kau berpegang pada prinsip ‘kejayaan tu semua terletak pada diri sendiri bukannya pada pertolongan seorang guru’??”

Farah bertanya,tidak pernah lupa akan prinsip Bella yang selalu mempertikaikan kredibiliti seseorang guru.Kata Bella,guru tu tak sesuai diibaratkan dengan ‘lilin yang membakar diri sendiri’,sebabnya lilin takkan menyala kalau tak dibakar dengan api.Api tu dengan erti kata lain ialah ‘gaji guru’.Bella pernah kata,kalau guru tu betul betul membakar diri sendiri untuk pelajarnya,tidak perlulah diberi gaji setiap bulan.Bella cakap yang guru zaman ibu bapanya dulu tidak perlu diberi gaji untuk mendidik,itu barulah sesuai dikatakan membakar diri sendiri.Hmph..entahlah,pemikiran Bella memang tak sama dengan orang lain.

“Em..entahlah,fikiran aku kan boleh bertukar dalam tempoh sesaat..”.Sahut Bella.

“Takpelah kalau macam tu kak,bertukar ke arah kebaikan kan bagus,hari ni dan 11 Februari..lagi dua hari 14 Februari..”

“Habis tu kenapa,kau nak kena hempuk dengan aku nak sambut ‘Valentine Day’?”

Bella memotong ayat Ika sebelum gadis itu habis bercakap.Ika tahu yang Bella paling pantang orang menyambut hari kekasih itu.Bukan apa,Ika saja bertanya,dia agak terkejut bila Syamrein menalifon semalam dan bertanya betul ker Bella pernah mendapat 1000 kuntum bunga ros merah pada hari kekasih tahun lepas.Tengku Atikah mengiyakannya,memang betul ada pelajar lelaki yang telah menghadiahkan 1000 kuntum bunga pada Bella dan benar juga Bella telah menjual kesemua bunga itu dalam masa 1 hari!!!

“Taklah,Ika mana pernah sambut..tapi kak,kalau Ika tak sambut pun mesti pelajar Meriga lain akan sambut,betul tak Farah?”

“A..ah Bell,2-3 hari ni aku asyik dengar bebudak dalam kelas asyik bercerita nak bagi hadiah apa untuk kekasih dia orang masa Valentine Day nanti,ada yang cakap nak bagi coklat lah,bungalah..Macam macam..”

Pelajar Sekolah Meriga terdiri dari pelbagai bangsa dan agama,bagi Bella pelajar bukan islam hendak menyambut Valentine Day,lantaklah.Ni tidak.. pelajar melayu yang beragama Islam pun nak join sama..memang tak tahulah nak kata apa remaja masa kini..Setiap tahun seperti kebiasaan Bella yang tidak menyambut hari kekasih turut mendapat hadiah hari kekasih yang tak terkira banyaknya.

“Suka hati dia oranglah nak sambut ke tak.Bukan dia orang tak tahu bezakan dosa atau pahala kan.Kubur masing masing..”

“Memanglah kubur masing masing cik Bella oi,tapi kat akhirat sana dosa awak sebab tak nak cuba menegur atau menegah orang yang melakukan keburukan akan dikira tau…”

Tiga sahabat itu memberhentikan langkah mereka,entah suara sumbang mana yang tiba tiba saja menyampuk ayat Bella.Mereka berpaling ke belakang,kelihatan wajah Syamrein yang terjenggul di muka pintu perpustakaan Sekolah Omega.Pastilah dari tadi Syamrein mendengar perbualan mereka.

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now