Setibanya di Villa Kejora milik Tengku Hariz,Ika segera saja menapak ke bilik tidur Syamrein.Dia memasuki bilik itu dengan tergopoh gapah.Bilik itu kosong,tidak berpenghuni.Mungkin abangnya belum pulang dari sekolah Omega.Namun,sudah 4 hari juga Syamrein tidak tidur di rumah.Abangnya hanya balik untuk makan tengahhari dan keluar semula.Katanya ada urusan kerja.Ika percaya saja..Adakah abangnya itu tidur di rumah Bella???.Kepala Ika penuh dengan tanda tanya.Dia wajib menyiasat hal itu.
Ika mahu menemui Tengku Maria yang pasti sedang sibuk di dapur waktu itu kerana jam menunjukkan pukul 1.30 tengahhari.Waktu makan tengahhari.Namun,langkah Ika yang hendak menuruni tangga ke tingkat bawah terhenti apabila mendengar suara ibu dan ayahnya dari bilik bacaan.Ika yang tak sedap hati,mencuri dengar perbualan kedua ibu bapanya dari balik pintu.
“Rindu plak bang saya kat Syam tu, sekarang jarang balik rumah, kena tinggal kat rumah Is plak.”
Jantung Ika berdegup kencang,dia pasti yang Is itu ialah nama singkat bagi kawan baik papa,Tan Sri Iskandar.Nama ayah Bella.
“Ke situ pula awak ni Maria,dulu Syamrein belajar dekat Amerika awak tak cakap rindu plak,ni baru berapa hari budak tu duduk kat umah Is,awak dah rindu.Syamrein pun bukannya tak balik terus,kejap lagi mesti dia balik untuk makan tengahhari.”
Ika mendengar suara papanya pula.Tengku Hariz pasti pulang ke rumah untuk makan tengahhari walau bagaimana sibuk pun papanya itu dengan urusan pejabat.Suara papanya yang tenang itu menggambarkan yang tiada masalah besar akan berlaku.
“Taklah..sebenarnya…saya bimbang yang Syamrein,tak mampu nak teruskan rancangan kita bang..”
Rancangan??.Rancangan apa pula ni???.Tengku Atikah tertanya tanya,sudahlah di sekolah sibuk dengan perancangan Bella sekarang ini dia terpaksa menyibukkan diri untuk ambil tahu perancangan rahsia ibu bapanya pula.
“Awak ni Maria..cepat sangat mengaku kalah..perancangan kita baru jer nak bermula kan??”
“Bukan macam tu bang,tapi abang dengar kan apa yang Syam cakap semalam…Zyya tu bukan Zyya yang dulu bang..perangai dia dah berubah.”
“Memanglah dah berubah,Zyya tu kan dah besar.Dulu masa kita kenal,budak tu berhingus lagi.Sekarang ni dah boleh dijadikan calon isteri anak kita.”
“Ah..abang,ke situ pula lepasnya.Saya bercakap pasal perangainya bukan paras rupanya.”
Walaupun Villa Kejora lengkap dengan penghawa dingin,ia masih tak mampu menghalang seluruh tubuh Ika basah dengan peluh.Zyya??.Zyya mana pula yang dikatakan mama ni??.Takkan lah Zyya yang bersahabat baik dengan abang waktu kecil dulu??.Sudah lama dia tidak menemui gadis yang bernama Zyya itu.
“Ya,saya dengar Maria.Dan..awak pun dengar kan yang Syam cakap ‘dia takkan berputus asa untuk ubah perangai Zyya kembali macam dulu.Sebab anak kunci terakhirlah yang selalunya dapat buka pintu hati seseorang’.”
“Awak mana tahu yang anak kita tu ‘anak kunci terakhir’,manalah tahu kalau ada banyak ‘kunci’ lain lagi yang boleh buka pintu hati anak dara Is tu??”
“Jangan takut dan segan dalam setiap tindakan yang kita lakukan.Ini semua ujian dari Allah kepada kita juga Syamrein untuk mencapai jodohnya.”
Hah..Tengku Hariz kalau bertutur penuh dengan kata kata hikmah dan sebab itulah Ika tak suka mendengar ayahnya membebel.Tak faham..Cuma Tengku Syamrein saja yang mampu berbual lama dengan papa.Yalah..sama sama matang,mana boleh remaja sepertinya memahami cara percakapan orang dewasa yang penuh dengan maksud tersurat lagi tersirat..
“Baiklah bang..saya redha..apa pun yang berlaku kita akan usahakan yang terbaik untuk satukan Syamrein dengan…”
“Bella.Kata Syamrein,Zyya takkan menyahut kalau sesiapa panggil dia Zyya,tapi nama Zyya sekarang ialah Bella.”
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...