Bab 15

764 7 0
                                    

Baru dua hari tidak tidur di Villa Cenderawasih Syamrein sudah mula tidak senang duduk.Hatinya asyik mengenangkan Bella.Rindu sungguh untuk menatap dan mendengar bicara gadis garang itu.Mujurlah hari isnin cepat menjelma,dapatlah dia melihat wajah Bella dalam kelasnya.Bella pula sedang runsing memikirkan cabaran Rayyan yang tidak tahu bagaimana hendak menjayakannya.

“Bella,boleh berikan saya tema bagi sajak ‘Seruling Malam’ yang kita belajar minggu lepas??”

Syamrein bertanya soalan kepada Bella sebaik saja 15 minit memulakan kelasnya.Pelajar lain hanya mendiamkan diri,tampaknya guru muda itu tidak serik serik untuk bertanya soalan pada Bella.Asal ada waktu Bahasa Melayu pasti Syamrein akan bertanya soalan pada Bella.Selalunya Bella pastilah yang pertama ditanya juga yang pertama tak menjawab soalan yang di soal.Mereka semua pasti yang ‘princess’ mereka hanya akan memberi jawapan yang menyakitkan hati.

“Buat apa tanya saya,ramai lagi pelajar lain dalam kelas ni..kenapa tak tanya dia orang jer??..”

Bella menjawab selamba sambil memandang wajah Syamrein yang sudah dua hari tidak ditatapnya.Rindu untuk mengenakan lelaki itu.Tengku Atikah sudah mengekek ngekek mengetawakan abangnya.Pelajar lain hanya berani memandang.Syamrein mengeluh kecil.

“Bella,saya suruh awak jawab soalan saya,bukan suruh awak tanya saya soalan lain.”

“Takpelah cikgu,biar saya jer yang jawab soalan tu.Agaknya ‘Princess Bella’ dah lupa apa yang cikgu ajarkan minggu lepas.”

Amanda yang sentiasa ingin mengatasi Bella juga menarik perhatian Syamrein segera menawarkan diri untuk menjawab soalan itu.Sengaja Amanda menekankan perkataan ‘Princess Bella dah lupa’ dalam ayatnya,sengaja ingin buat Bella sakit hatilah tu..

“Ha,cikgu suruhlah Amanda yang ‘berlagak bijaksana’ tu,jawab soalan cikgu..saya tak dapat fikirlah apa jawapan untuk soalan cikgu tu..”

Berdesing telinga Amanda mendengar perlian Bella,Amanda baru hendak melawan namun Syamrein mengarahkan Amanda menjawab soalannya yang terbiar tadi.Tidak ingin melihat pelajarnya terus bertikam lidah.

“Baiklah Amanda,awak boleh jawab soalan saya.Otak Bella penuh dengan gas agaknya sebab tu dia tak dapat jawab soalan yang mudah macam tu…”

Pelajar 5 Sains 1 ketawa kecil,tidak berani ketawa besar walaupun penyataan Syamrein sangat lawak di telinga mereka.Bella,Farah dan Ika melopong mendengar bicara Syamrein.Amanda pula tersenyum sinis,berjaya membuat Bella disindir guru kelas mereka.Bella mendengus geram.Ada saja modal Syamrein untuk buat dia naik angin.

‘Kringgg.!!!’

Lonceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula.Bella menggeliat malas tanpa menghiraukan pandangan Syamrein yang jelas sakit hati melihatnya.

“Bella,tunggu sekejap,saya ada hal nak cakap dengan awak..”

Syamrein menghalang Bella dari keluar rehat.Bella mengarahkan Farah dan Ika pergi ke kantin dahulu dan dia akan menyusul kemudian.Setelah kelas itu lenggang,Bella mendapatkan guru kelasnya itu.

“Ya cikgu…ada apa apa soalan lagi ker nak tanya??”

Bella bertanya sebelum tersenyum sinis.Syamrein menyerahkan sekeping buku latihan Bahasa Melayu kepadanya.

“Buku apa ni??”

Bella bertanya pelik.Dia menyelak buku latihan itu,kosong sahaja semua jawapannya.

“Sebab awak tak dapat jawab soalan saya yang mudah tadi,saya denda awak mesti siapkan semua latihan dalam buku tu selama sebulan.”

Bella mengerutkan dahinya.Sudahlah dia kena buat latihan Matematik Tambahan yang berlambak kini Syamrein menambahkan satu lagi tugasan untuknya.Ini tak boleh jadi!!.

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now