Bab 4

856 11 0
                                    

Apalah malang nasib kereta saya dilanggar kereta perempuan tak bermoral macam awak ni yer..em..pastilah sebab pemandunya memang suka langgar undang undang?”

Syamrein menyangkutkan kaca matanya di atas kepala sebelum berpeluk tubuh memandang wajah putih yang merah menahan marah juga panas terik matahari itu.Sengaja dia ingin melihat sejauh mana Bella mampu menangkis kata katanya.Takde angin takde rebut tiba tiba saja gadis ini muncul di depannya..

“Hahh..tak bermoral kepala dia..eh sekarang ni kau yang brek mengejut,apehal plak kau nak kata aku langgar undang undang,kepala kau sihat ke tak??”

Lancang sekali mulut Bella berkata,dia yang selalunya ‘cool’ bila berhadapan dengan incident seperti itu mula mengeluarkan taring bila melihat wajah pemandu yang sudah dilabel sebagai musuhnya,siapa lagi kalau bukan Syamrein.Masuk ini,sudah tiga kali pemuda itu mencari pasal dengannya.Bella menyinsing lengan bajunya yang sedia pendek sehingga paras bahu.Gadis itu betul betul naik angin.

“Kepala saya sihatlah…Ada kucing melintas jalan….sebab tulah saya brek mengejut.”

Syamrein cuba memberi penjelasan.Walau seburuk manapun perangai seseorang,Syamrein tidak akan sesekali menggunakan bahasa yang kasar seperti ‘kau’ dan ‘aku’.Ibu bapanya selalu mengajar tatatertib kesopanan sesama manusia..Adakah Bella tidak di ajar dengan ilmu seperti itu??.Hatinya tidak dapat lari dari memuji kecantikan gadis yang hanya mengenakan sepasang jeans lusuh dan tshirt bewarna putih yang berdiri di hadapannya itu.

“Oh..kucing,..kalau kau langgar jer kucing tu lagi bagus tahu tak,tak lah habis bumper kereta aku kau buat.”

Bella masih mengherdik Syamrein,tangannya beberapa kali diajukan ke arah bumper depan kereta sport Mazda RX-8 bewarna silver yang telah remuk.

“Awak ni memang tak berperikemanusiaan lah.” Syamrein menjawab.

“Ada aku kisah?”.Bella tak mahu kalah.

“Awak ni kan memang mulut jahatlah,sepatutnya awak hormat saya sebagai seorang guru,kawan kepada kawan awak dan orang yang lebih tua dari awak,ni tak..cakap ikut sedap mulut jer..belajarlah berbahasa sikit cik adik oi.”

Sempat pula Syamrein memberi ceramah percuma di tepi jalan raya,mujurlah kawasan perumahan itu sunyi.Semua penghuni masih bekerja atau duduk di dalam rumah masing masing.Jika ada orang yang melihat incident itu,pastilah Syamrein tidak berkesempatan mematahkan kata kata biadap Bella.

“Mulut aku jahat ke baik,kau tak payah ambil kisah,kau bukan guru sekolah aku,bukan kawan aku juga bukan orang tua aku.So,tak perlulah aku nak hormat kau.Kau tak payah nak ‘sekolahkan’ aku kat sini,bumper depan kereta aku dah rosak,aku nak ganti rugi sekarang!!”

Syamrein mendengus kasar,kalau diikutkan hati ada juga ditamparnya mulut gadis cantik itu.Cantik memang cantik,tapi bahasanya sungguh hodoh untuk didengar!!.Namun,bukan lelaki namanya jika dia menampar seorang wanita.Syamrein beristighfar dalam hati sebelum mengeluh panjang,Dia melihat jam Swiss Polonya,pukul 4.30 petang,sudah terlewat setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk berjumpa dengan Zyya.

“Ok,saya pun malas nak berleter panjang kat sini dengan perempuan kurang ajar macam awak,saya ada perjumpaan dengan ‘bakal isteri’ saya,awak boleh ambil kad nama saya ni..esok hubungi saya,saya akan bagi awak ganti ruginya.”

Selamba saja Syamrein menekankan perkataan ‘bakal isteri’,seperti sudah yakin saja Zyya akan menjadi isterinya.Kad nama yang dihulur Syamrein ditepis kasar oleh Bella.Bella mencerlung marah.

“Ha??Esok??.Aku peduli apa kau nak jumpa ‘bakal isteri’ or ‘bakal suami’ kau,aku tak nak esok,aku nak hari ni juga.Kau bayar ganti rugi sekarang atau kita sama sama pergi balai.”

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now