OMG!!!,Oh My God!!!”
“Ya Allah..banyaknya Bell!!!”
Itu ialah antara jeritan Ika dan Farah sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam kelas 5 Sains 1.Berpuluh jenis hadiah telah tersusun molek di atas meja belajar Bella.Hari itu jatuh pada tanggal 14 Februari 2011,hari kekasih yang sepertimana setiap tahun memang selalu disambut para pelajar berbilang bangsa sekolah mereka.Bella tidak terkejut kerana setiap tahun memang begitu.Para pelajar akan meletakkan hadiah ‘hari kekasih’ di atas meja pelajar kesukaan mereka.Bella hanya mampu mengeluh kecil sebelum duduk di atas kerusinya,bukan saja mejanya,malahan meja yang kosong disebelah mejanya turut dipenuhi dengan hadiah juga kotak pelbagai saiz.
“Aku ni..nak kata takde pakwe..memang takde pakwe pon..tapi setiap tahun..bila hari kekasih jer melambak orang bagi ‘sampah’ percuma..”
Bella merenung tanpa perasaan hadiah yang kini berlonggok di hadapannya.Perlu ker dia buang semua itu??
“Sampah akak kate??Akak tengoklah kita orang ni,dapat sikit jer hadiahnya..kesian kesian,kurang peminat..”
Tengku Atikah melihat beberapa bungkusan hadiah yang boleh dibilang dengan jari di atas mejanya juga meja Farah.Bilangan hadiah hari kekasih mereka memang tidak dapat menandingi hadiah hari kekasih Bella.Tapi..nasib baik ada juga orang yang nak bagi hadiah..Tahun ini Bella dapat lebih banyak hadiah dari ‘secret admire’ nya mungkin kerana ada antara pelajar Omega yang sudah belajar sebumbung dengan mereka berani memberi hadiah pada Bella.
“Assalamualaikum dan selamat pagi semua.”
Suara Syamrein yang tiba tiba memberi salam masuk ke kelas mereka agak mengejutkan para pelajar yang masih sibuk melihat dan membelek belek hadiah yang berada di atas meja masing masing.Padahal,tiada pelajaran Bahasa Melayu pada hari itu.Para pelajar 5 Sains 1 tidak menjawab salam Syamrein dan hanya terkebil kebil melihat guru muda itu.
“Cikgu,salah tengok jadual ker??.Hari ni mana ada subjek bahasa melayu,sekarang ni subjek sejarah.Cikgu dah nyanyuk ker,pergi keluar,masuk kelas lainlah..???”
Syamrein tersenyum sumbing sambil mencari pemilik suara yang wajahnya hampir ditutupi oleh bungkusan hadiah yang meninggi.Syamrein mengerutkan dahi,tak menyangka yang ‘Valentine Day’ sememangnya hangat disambut di Sekolah Meriga seperti dikatakan Bella kali lepas.
“Bella,sebagai seorang islam,hukum menjawab salam sesama muslim ialah wajib,awak tahu tak??Lepas tu sedap mulut awak jer cakap saya nyanyuk dan halau saya keluar dari kelas awak yer,..saya guru kelas awak ok? ”
Syamrein bertenggek di meja gurunya,mencuri pandang wajah Bella yang langsung tidak mengendahkan kehadirannya dalam kelas 5 Sains 1.Hahh..Bella..mulut memang sentiasa berbisa,berbeza dari wajahnya yang kelihatan ‘suci’ itu.Bella tersenyum lebar sebelum bangun dari duduknya.
“Waalaikumussalam dan selamat pagi Cikgu Syamrein.Sorry sebab terlepas cakap..”
Syamrein tersenyum lebar melihat wajah ceria Bella yang tiba tiba berdiri dan menjawab salamnya.Nak kena disindir barulah nak menjawab..
“Hoi,korang ni tak tahu adab ker,bangunlah jawab salam cikgu!!!”
Tengkingan Bella membuatkan semua pelajar bangun dari kerusi masing masing dan menjawab salam Syamrein.Syamrein tergelak kecil,para pelajar lebih hormatkan Bella dari dirinya yang bertugas sebagai guru itu.
“Good Bell,thanks for your help.Macam tulah gaya kepimpinan seorang ‘Ketua Pelajar’.”
Syamrein mengeyitkan matanya ke arah Bella yang nyata mencebik tanda meluat.Sengaja memerli lah tu.
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...