Bab 11

864 8 0
                                    

Maafkan saya..saya belum perkenalkan diri.Nama saya Syamrein Ashraf bin Hariz.Bekas guru Sekolah Omega.Sekarang ni saya bertugas di Sekolah Meriga sebagai guru bahasa melayu juga merangkap guru kelas kamu semua.”

Entah apa yang menggembirakan,semua pelajar bertepuk tangan mengalu alukan kedatangan Syamrein kecuali Bella yang mencebik bibir.Teruklah hari hari yang bakal di laluinya kelak..Sudahlah di rumah dia menatap wajah pemuda itu kini di sekolah pula Syamrein menjadi guru kelasnya..Hampeh!.Tapi mengapa pula Syamrein jadi guru bahasa melayu???Bukan guru Matematik Tambahan ker??

Ika tidak terkejut dengan berita itu kerana Syamrein dari awal sudah memberitahunya.Tapi Ika diminta merahsiakan hal itu.Terutamanya dari pengetahuan Bella.Syamrein sendiri tidak meletakkan nama ‘Tengku’ di hadapan namanya, takut di ketahui Bella yang dia dan Ika sebenarnya ialah adik beradik.

“Oklah,disebabkan ini hari pertama cikgu masuk kelas kamu,cikgu beri peluang untuk kamu semua tanya apa apa soalan tentang cikgu?”

Syamrein tersenyum lebar memandang wajah para pelajar yang bakal di ajarnya.Matanya jatuh pada seraut wajah putih bersih yang langsung tidak mengendahkan kehadirannya dalam kelas itu dan kelihatan gadis itu sedang khusyuk membaca majalah.Nah….sudah namanya Bella,walaupun Syamrein pernah menjadi hero yang menyelamatkannya dulu,gadis itu tetap dengan sikap lamanya…

“Cikgu dah kahwin belum??”

Para pelajar tergelak mendengar soalan pertama yang ditanya Farah.Farah siapa yang tak kenal..walaupun berkawan baik dengan Bella.Perangai gediknya masih terbawa bawa.Bella buat tidak peduli,majalah E-POP yang baru dibelinya di baca tanpa sudi.

“Belum,masih single..tapi sekarang ni..saya tengah mencari calon isteri yang sesuai.Sesiapa nak mendaftar,isi borang dulu yer..”

Bertambah bising kelas itu mendengar jawapan Syamrein.Seperti mengadakan ‘fans meeting’ saja keadaan kelas mereka.Ada yang ketawa,ada yang mengeboo dan ada yang buat bodoh saja.

Bella menggigit bibir,bercakap soal ‘isteri’ dia baru teringat yang Syamrein pernah memberitahu sewaktu kereta mereka berlanggar dahulu yang Syamrein ingin berjumpa ‘bakal isterinya’ di sekitar kawasan perumahan Bella.Mungkinkah ‘bakal isteri’ Syamrein ialah salah seorang anak Tan Sri yang tinggal di kawasan Villa Cenderawasih??.Kawasan perumahan Bella sememangnya kawasan perumahan elit,tiada orang yang tidak berpangkat tinggal di situ kecuali mereka yang mempunyai gelaran Dato,Dato Sri,Tan Sri dan yang berseri seri bagai.

“Cikgu tak nampak macam melayu tulen.Mix blood ker??”

Tanya Jeremy pula.Syamrein menyedari yang pelajar berambut perang itu ialah salah seorang kawan Bella yang ditemuinya di mall kali lepas.Sungguh fasih Jeremy berbahasa melayu.

“Em..datuk belah ayah saya melayu tulen kahwin dengan nenek saya yang berbangsa Korea.Datuk belah ibu saya pula orang british tapi kahwin dengan nenek saya yang berbangsa melayu tulen.Bila ibu dan ayah saya kahwin,dapatlah saya yang berdarah campuran melayu,british dan korea ini.Apa nama awak,saya rasa awak pun mix blood kan??”

Kedengaran pelajar berbisik sesama sendiri apabila Syamrein mengatakan neneknya berdarah Korea.Bagaimana para pelajar tidak teruja..artis Korea sekarang merupakan artis trend remaja Malaysia.Eh..tapi apa pula kaitannya dengan Syamrein??.Tahulah..wajahnya tampan macam artis Korea.

“Nama saya Jeremy.Ayah saya orang British dan mama saya Chinese.”

Syamrein mengangguk angguk tanda faham.Bella yang sedari tadi mendengar perbualan Syamrein dengan Jeremy baru menyedari yang selama ini dia langsung tak ambil tahu latar belakang tutor peribadinya itu.Siapa keluarganya,berasal dari mana dan apa yang di lakukan Syamrein sebelum ini.Ntahlah..Bella memang tak berminat untuk ambil tahu..

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now