Pintu lif terbuka,Bella menapak keluar,dah tak sanggup tadah telinga mendengar kemarahan Syamrein.Biarlah dia diberhentikan kerja walaupun belum start kerja lagi.Rasa hati dihiris hiris bila dengar suara tinggi Syamrein.Rasa nak menangis,tapi air mata tak boleh keluar.Cuma hati menanggung sebak tak terhingga.
Syamrein mengeluh panjang melihat susuk tubuh Bella dah jauh meninggalkannya.Rasa bersalah sebab marah Bella tak tentu pasal.Bukan ker Syamrein patut nasihat Bella dengan berhemah,barulah gadis itu boleh terima.Tapi..Bella nak terima ker semua nasihat Syamrein,tahu nak protes saja??.Ini kali pertama Bella diam bila Syamrein bersuara.Syamrein berlari lari anak menyaingi langkah Bella yang dah keluar dari pintu utama Harizen Corporation.
“Awak nak pergi mana??”
Syamrein bertanya lembut,Bella tak menoleh.Sangat terasa dengan kata kata Syamrein sebentar tadi.
“Balik.Awak kan benci tengok saya.Jadi lebih baik saya menjauhkan diri.”
Bella jawab sedih,Syamrein tersenyum hambar.Ingatkan tak pandai terasa tadi..merajuk ker Bella ni??Syamrein benci Bella.??Takkan pernah Syamrein membenci gadis kesayangan yang dah berjaya buat hidupnya tunggang langgang itu.Syamrein menarik lembut lengan blazer Bella membuatkan gadis itu terdorong menghadap wajahnya.Baju dah cantik..cuma skirt saja Syamrein tak berkenan.
“Look at me.Please Bell..look at me…”
Syamrein bersuara lembut,Bella yang tadi menunduk kebawah,baru berani mengangkat wajah untuk bertentang mata dengan pemuda itu.Syamrein terkejut melihat wajah Bella yang agak pucat,pasti gadis itu takut melihat dia yang naik gila sebentar tadi.Siapa tak baran tengok buah hati nak disentuh lelaki lain kan??
“Saya tak pernah benci awak Bell,saya cuma benci tengok skirt yang awak pakai ni.Seksi sangat..Maafkan saya sebab dah buat awak takut.”
Bella merenung dalam anak mata kelabu Syamrein.Hati rasa berdebar tiba tiba.Kenapa pula Bella perlu takut,bukan dia tak pernah berdepan situasi lebih teruk berbanding adegan Syamrein menumbuk mamat Indon tadi.Ntahlah..Bella tak suka tengok Syamrein marah.
“Takpelah..saya nak balik..”
Mood Bella dah hilang.
“Mana boleh balik,awak kan kena jadi ‘little secretary’ saya bermula hari ni.Jom ikut saya,kejap lagi kita balik office semula.”
Syamrien menarik lengan baju Bella.
“Nak pergi mana??”
“Adalah..kejap jer.Jom jom.”
Syamrein bernada ceria cuba mengembalikan mood Bella.Bella diam,ikut saja kehendak Syamrein.Sampai di tempat parking kereta,Syamrein tersenyum lebar menunjukkan Bella kereta BMW Z4 jenis kereta sport yang baru dibelinya.Syamrein mengetuk ngetuk bumbung kereta bewarna biru metallic gelap itu menunggu respon dari Bella.
“Awak baru beli kereta ni ker??”
Bella bertanya dengan nada tak berminat.
“Yup,bakal isteri saya cakap dia suka pakai kereta pintu dua,sebab tulah saya tukar kereta ni.Cantik tak Bell??”
Tersentap tangkai jantung Bella mendengar pengakuan Syamrein,Syamrein dah ada bakal isteri??Sanggup habiskan duit untuk belikan kereta mahal tu sebab bakal isteri dia suka kereta sport??Sob~Sob~,Bella bertambah sedih.
Syamrein menunggu Bella menjawab,saja ingin mengusik gadis itu.Dah lama Syamrein menempah kereta tersebut selepas saja Bella memberitahu sewaktu mereka keluar ke mall dulu,yang Bella sukakan kereta dua pintu.Ingat nak hadiahkan kereta itu pada Bella,tapi..tak sangka plak yang mereka bergaduh.Jadi Syamrein menundakan hasratnya hinggalah hari itu.Syamrein pelik bila Bella tak menjawab,gadis itu terus memasuki keretanya.Syamrein mengikut.
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...