Keesokannya Bella lewat bangun tidur,pukul 11.00 pagi baru dia bangun.Mujurlah hari itu hari sabtu dan Tan Sri Iskandar pergi bermain golf dengan rakan peniagaanya,jika papanya ada, pasti papanya akan membebel kerana dia lewat bangun tidur.Anak dara mana elok bangun tidur tengah hari buta,tak de orang nak masuk meminang nanti kata Tan Sri Iskandar.Tan Sri Iskandar menangguhkan perkerjaannya di luar negara walaupun sebulan sudah dia berada di Malaysia.Dia ingin memastikan yang rencana keluarganya dengan keluarga Tengku Hariz berjaya!
“Amboi,awalnya awak bangun.Siapalah nak masuk meminang anak dara yang bangun pukul 11.00 pagi ni..”
Mengelak bebelan Tan Sri Iskandar, ada pula orang lain yang jadi gantinya.Siapa lagi kalau bukan Syamrein yang tersenyum sinis melihat Bella yang baru keluar dari bilik.Rambut Bella yang kusut masai jelas menunjukkan gadis itu baru bangun tidur.Bella menguap tidak mempedulikan Syamrein.
‘Dia yang buat aku tidur lewat,ada hati nak membebel plak..’
“Takpelah..kalau takde orang meminang,saya jer yang pergi buat pinangan..”
Syamrein tergelak besar mendengar kata kata Bella yang kini sedang menuruni tangga menuju ke tingkat bawah.Syamrein mengikuti langkah Bella dari belakang.
“Adat mana awak belajar Bell??.Adat orang India,perempuan pinang lelaki??.Awak orang India ker??”
“Adat tu bukan wajib..zaman nabi dulu..Saidatina Khatijah pinang Nabi Muhammad untuk dibuat suami kan..jadi..kenapa plak sekarang perempuan beragama islam tak boleh buat macam tu??”
“Memanglah adat tu tak wajib..but..awak berani ker pinang lelaki??”
“Why not??”
“Kalau saya jadi perempuan..malu lah saya nak pinang lelaki..”.Syamrein berkata jujur.
“Buat apa nak malu kalau kita nak buat sesuatu kebaikan..”
“Bagusnya prinsip awak Bell..”
Syamrein agak kagum mendengar hujah Bella.Bila kita hendak membuat kebaikan sememangnya kita tidak wajar untuk malu,tapi malulah untuk melakukan kejahatan.
“Tapi..sebenarnya…saya lebih rela jadi ‘andartu’ daripada terpaksa pinang lelaki..”
Syamrein ketawa geli hati,tadi cakap bukan main berdegar degar.Kesimpulannya,takut juga si Bella ni nak meminang lelaki.
“Takpelah Bell,kalau takde orang nak pinang awak,biar saya jelah yang pinang awak..boleh?”
“Boleh blah.”
Syamrein tidak henti henti menyakat,Bella buat bodoh saja.Dia berlalu ke dapur dan membuka peti sejuk.Sebotol air mountain dew ditogaknya tanpa perasaan.Mak Jah tidak ada di dapur,pastilah orang tua itu ke pasar untuk membeli barang keperluan harian.Pembantu rumah yang lain pasti sedang melakukan tugas masing masing.
“Awak ni Bell,pagi pagi dah minum air bikarbonat,tak baik tahu untuk kesihatan.Sebab tulah otak awak tu lesu,payah betul nak terima pelajaran.Penuh dengan gas,awak tahu tak??”
Bella tersedak kecil,kuat juga si Syamrein ni membebel,kalah ayahnya.Entah fakta dari mana yang dibelajar Syamrein,minum air bikarbonat membuatkan otak penuh dengan gas.Setahu Bella,banyak minum air bikarbonat akan menyebabkan penyakit kronik seperti darah tinggi,diabetes dan sakit jantung.Eh,ye ker..??
“Pagi-pagi macam ni,cubalah minum air jarang ker..ataupun jus.Kan baik untuk badan..”
Bella hanya melihat saja Syamrein mengambil botol air mountain dew dari tangannya dan menyimpan kembali botol air tersebut ke dalam peti sejuk.Syamrein mengeluarkan sekotak besar jus oren ‘Peel Fresh’ yang masih belum dibuka penutupnya dan diberi kepada Bella.
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...