Syamrein seperti hendak melonjak lonjak kegembiraan apabila melihat kelibat Bella yang muncul di Times Square pada hari Sabtu.Sungguh tidak menyangka yang Bella akan ikut sama.Tengku Atikah dan Farah turut mendapat markah 80% ke atas lagi tak percaya yang Bella sanggup hadir ke mall itu untuk mendapatkan ‘hadiah’ dari Syamrein.Bukan seperti Bella yang biasa..
“Bell,aku tengok kau ‘sweet’ semacam jer hari ni,kenapa??”
Farah menegur,pelik dengan penampilan Bella hari itu.Selalunya Bella kalau ke mall hanya memakai short jeans lelaki longgar ala hip hop dengan t shirt biasa.Namun hari ini gadis itu kelihatan cantik dan comel,Bella mengenakan sepasang short jeans tight paras lutut dan sehelai t shirt fit.Rambut yang selalu diikat dibiarkan lepas dan beralun cantik.Bella yang jarang mengenakan makeup hari itu kelihatan begitu berseri dengan lipstick,eyeliner juga foundation.Tengku Atikah tak sedap hati..takkanlah Bella sanggup bersolek sedemikian rupa untuk menarik perhatian Tengku Syamrien??.Tak munasabah..
“Aku memang selalu ‘sweet’ apa..”
Bella menjawab ringkas,matanya agak berbulu melihat Syamrein yang sedang berbual mesra dengan Amanda dan langsung tidak mengendahkannya.Syamrein kelihatan kacak di mata Bella,dia hanya mengenakan t-shirt berkolar jenama Texan juga jeans biru Levis.Bila Syamrein berkumpul dengan pelajar 5 Sains 1,Bella rasa macam Syamrein sebaya mereka saja.Hahh sudah!!Kalau hati dah suka..ada saja yang nak dipuji!!
Tengku Atikah berdiam diri,rasa tidak selesa atas hubungannya dengan Bella yang sudah renggang.Bella sudah tidak mahu bertegur sapa dengannya seperti dulu.
“Princess..boleh tak saya nak ambil gambar for memories dengan Princess??”
Jeremy kelihatan agak comel dengan jeans koyak longgar juga baju tshirt New York menghampiri Bella dengan sebuah kamera digital di tangan.
“Yeah,why not.Awak nampak comel hari ni Jeremy.”
Bella memberi pujian ikhlas,Jeremy tersipu malu.Setiap kali Bella melihat Jeremy pastilah gadis itu membayangkan watak ‘Jeremy’ dalam drama Korea ‘Youre Beautiful’ yang paling diminatinya.Syamrein menggigit bibir melihat Bella yang tampak senang hati bergambar dengan Jeremy.Susahnya kalau ada perasaan cemburu ni..asyik jeles saja!!
“Eh Bell,bukan awak kata tak nak join ke hari itu??”
Syamrein menegur dengan nada menyindir,hati Syamrein tak dapat berhenti dari memuji kecantikan Bella.Bella kelihatan sangat cantik dan feminim dimatanya saat itu.Tak pernah dia melihat Bella bersolek,ini ialah kali pertama.Alangkah bagus kalau Bella bersolek untuk menarik perhatiannya..Hmph..berangan jelah..Namun,Syamrein lebih suka melihat Bella dengan wajah biasa..natural beauty lah katakan.Sungguh rindu dia ingin menatap wajah itu.
“A..ah Bella,hari tu kau kata tak nak join Cikgu Syamrein belanja kita orang tengok wayang dan makan makan,apehal plak kau ada kat sini hari ni??”
Amanda nyata tidak senang dengan kehadiran Bella di mall itu.Amanda yang memang nampak cantik dengan mini dress paras lutut juga make up yang tebal beberapa inci dengan selamba memegang lengan Syamrein.Syamrein sedikit terkejut namun membiarkan saja Amanda berbuat begitu untuk melihat reaksi Bella.Bella tidak berkata apa apa tapi Syamrein tahu yang Bella cemburu dengan aksi Amanda.Mata Bella jelas mengambarkan perasaannya.
“Ada masalah ke kalau aku ada kat mall ni??.Ayah kau tak de share pon dalam mall ni kan??So,kau tak payahlah nak sibuk..”
Bella menjawab sinis,dia mengeluarkan I Phone 4 dan mengambil gambar Jeremy melalui handphonenya pula.Amanda benggang.Sengaja dia memegang lengan Syamrein apabila pemuda itu kelihatan leka memerhati Bella.
“Kita nak tengok cerita apa hari ni cikgu??”
Farah segera menyampuk apabila melihat Amanda dah mula nak melakukan sesi bertegang urat dengan Bella.
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...