Bab 3

988 18 0
                                    

Syamrein duduk di kerusi yang terdapat dalam bilik tidurnya,sebuah bingkai gambar yang sudah bertahun tahun disimpannya terletak cantik di satu sudut meja.Syamrein tersenyum kecil sebelum mengelus elus lembut wajah gadis kecil yang berpegangan tangan dengannya dalam foto tersebut.Gambar yang diambil 7 tahun lepas.Syamrein merenung gadis kecil dalam foto itu dengan satu perasaan yang kerap dirasainya sebelum ini.

“Hahh..Zyya..dah lama betul saya tak berjumpa dengan awak.Kata mama dengan papa,Uncle Is kata awak dah banyak berubah..dah tak suka menangis macam dulu.Kata mama awak dah membesar dengan sangat cantik….Sampai hati awak langsung tak ingat untuk jumpa saya.Padahal,kita rapat masa kecil dulu.Awak tahu tak yang saya sangat rindukan awak..”

“Ehem,ehem!”

Syamrein berkata sendirian sebelum dia terkejut besar apabila terdengar suara seseorang berdehem kuat.

“Mama,terperanjat Syam.”

Tengku Maria tersenyum manis kearah anak bujangnya yang baru saja 3 bulan pulang dari America Syarikat setelah menamatkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.Syamrein yang menyedari pandangan penuh makna ibunya segera saja meletakkan foto tersebut ke tempat asalnya.

“Tak payahlah tenung lama lama gambar tu,nanti kalau Syam dah jumpa dia,Syam lamarlah dia jadi menantu mama yer?”

“Apa yang mama merepek ni,Syam belum sedia nak kahwin lagilah mama.Syam cuma nak jumpa dengan dia jer,dah lama betul Syam tak jumpa dia..”

“Hmph..yelah tu,rindu sangat nampaknya anak mama ni dekat anak Uncle Is yer..?”

“Mama..”

Tengku Maria menggiat dan wajah Syamrein mula merah menahan malu yang datang tiba tiba.

“Dahlah Syam,tak lama lagi jumpalah kamu dengan Zyya tu,jom turun bawah,kita makan tengah hari bersama.”

“Ok.”

Syamrein dan Tengku Maria beriringan menuruni tangga villa mereka sebelum langkah mereka terhenti apabila Tengku Emylia Atikah nyaris nyaris saja merempuh mereka dan meluru berlari ke meja makan.Syamrein merengus geram.

“Adik tu nak ke mana,dalam rumah pun nak berlari ker.”

“Nak keluar dengan kawan kawan dialah tu,tu tak lainlah nak minta duit dengan papanya.”

Syamrein mengeleng geleng kepala melihat adiknya yang sedang merengek rengek manja ke arah Tengku Hariz yang sedang duduk di meja makan.Memang pandai membodek.

“Ika nak buat apa duit banyak macam tu,baru jer minggu lepas papa masukkan RM 5000 dalam akaun Ika kan,takkan seminggu dah habis kot?”

Tengku Hariz memandang wajah puterinya itu.Puterinya itu memang agak kecil tubuhnya dan jika orang tidak mengetahui umurnya pastilah beranggapan anaknya itu masih berada di sekolah rendah.Namun,wajah comelnya memang tidak boleh dinafikan.Lebih lebih lagi kalau dia merengek meminta sesuatu.

“Duit tu ada lagi,tapi Ika malas nak keluarkan dari mesin ATM,bolehlah papa..seribu jer,Ika nak beli tiket konsert Girls Generation.Takut nanti dah sold out.”

“Seribu jer?Adik ingat seribu tu macam seringgit ker?Papa jangan bagi muka dekat budak ni pa,jangan ikut jer permintaan dia.Tak habis habis dengan konsert artis Korea dia tu.”

Syamrein dan Tengku Maria yang kini sudah duduk di kerusi makan menyampuk perbualan ayahnya.Saja ingin menyakat adiknya itu,bukan dia tidak tahu yang Ika tidak pernah terlepas dari menonton konsert artis artis Korea yang bertandang ke Malaysia.Entah apa yang menarik sangat tentang artis negara itu jika hendak dibandingkan dengan artis tanah air sendiri.

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now