Bab 25

972 13 0
                                    

Dalam bilik mesyuarat yang berkeluasan lebih kurang dua buah kelas digabungkan semua mata memandang ke arah Bella yang buat muka bodoh bermain I Pad kepunyaan Ilham.Syamrein dah bagi jelingan maut.Ilham dan Danish hanya garu kepala.Tak tahu nak cakap apa.Nak halau Bella keluar dari bilik mesyuarat itu tak boleh sebab Bella dikirakan pemegang saham juga.Pemegang saham terbesar tu.Tapi..lantaklah,Bella tak buat apa pun cuma kedatangannya menjadi tanda tanya ahli lembaga pengarah yang lain.Kasut roda yang dipakai masa datang Harizen Corporation telah dicabut Bella dan dilemparkan di luar bilik mesyuarat.Suka suki dia saja.

“Ok,memandangkan semua ahli lembaga pengarah dah hadir,we will proceed our meeting now.”

Danish memulakan bicara setelah Syamrein kelihatan tak berminat untuk memulakan mesyuarat selain dari merenung wajah ‘budak comel’ yang menimbulkan seribu satu persoalan di benak fikiran Danish.Syamrein mengeluh panjang sebelum menumpukan perhatian pada mesyuarat itu.

“As we all know,sekarang Malaysia dah jadi antara tempat perlancongan yang paling popular di Asia Tenggara.Our country harmonies,have many races and live peacefully.Untuk mesyuarat hari ni,saya akan serahkan kepada bakal peneraju Harizen Corporation,Tengku Syamrein Ashraf Tengku Hariz untuk berikan keterangan yang lebih lanjut.”

Setelah berkata sepatah dua kata Danish meminta agar Syamrein meneruskan agenda penting mereka untuk hari itu.Syamrein bangun dari duduknya setelah menjeling Bella yang masih leka bermain game di I pad kepunyaan Ilham.

“Untuk memperkembangkan lagi keuntungan kita dalam bidang pelancongan,Harizen Corporation mempersembahkan satu projek baru untuk anda semua,taman tema terbesar di Asia Tenggara.. ‘World Paradise Theme Park’”

Semua mata yang terdapat dalam bilik mesyuarat itu memandang slide show mengenai pembinaan taman tema baru yang dikatakan Syamrein.Bella yang turut berminat dengan slide show itu mula melihat dengan penuh serius.Lebih kurang 10 minit,barulah tayangan itu tamat.Bilik mesyuarat yang tadinya sunyi sepi kini mula berbunyi dengan suara bisikan ahli lembaga pengarah mengenai projek yang bakal dibina tidak lama lagi.Syamrein dan Danish berasa lega apabila melihat ahli lembaga pengarah yang macamnya bersetuju dengan projek itu.

“Mengapa projek ni nak dibina di Sarawak,kita serba tahu yang tenaga beli di sana tidak setanding dengan semenanjung??”.

Dato Megat Rafiuddin bertanya setelah berbincang dengan ahli lembaga pengarah yang lain.Bella dan Ilham masih diam,seperti ada sesuatu yang tak kena pada projek itu.

“Sarawak ialah sebuah negeri yang paling besar di Malaysia,walaupun tenaga beli kat sana kurang,tapi kami yakin yang dengan pembinaan ‘World Paradise Theme Park”,semua warga Malaysia akan tertarik untuk ke sana.”

Syamrein cuba meyakinkan ahli lembaga pengarah yang hanya mengangguk anggukan kepala.

“Janganlah yakin sangat..cuma orang kaya jer yang boleh terbang dari semenanjung untuk ke Sarawak..theme park bukan hanya tempat untuk warga elit bersosial..fikirlah sikit..”

Semua mulut terpaku apabila mendengar satu suara lembut yang tiba tiba masuk campur perbualan mereka.Syamrein merengus geram melihat Bella yang selamba memandangnya dengan pandangan redup.

“Em..saya setuju dengan pendapat Cik…”

“Cik Muda Bella,dia ni anak Tan Sri Iskandar,pewaris Mapple Corporation.”

Penerangan Ilham kepada Dato Megat Rafiuddin menyebabkan semua mata ahli lembaga pengarah kembali menumpu ke arah Bella dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“Oh ye ker,anak Tan Sri Iskandar rupanya.Em..berbalik pada projek tadi,saya setuju dengan kata kata Cik Muda Bella,tiket penerbangan pergi balik ke Sarawak dari semenanjung hampir mencecah RM 500,mungkin bagi golongan elit,harga tiket ni bukan satu masalah,tapi as we all know tu,purata gaji rakyat Malaysia,hanya 20% yang mencecah 5 angka ke atas.Taman tema lebih menjurus untuk menarik minat semua orang untuk mengunjunginya.”

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now