Itu ke tadi gerangan lelaki yang buat awak susah hati Bell??”
Bella mengangguk angguk kecil.Faryzal tersenyum simpul,bukan mudah untuk melihat Bella dalam keadaan seperti itu kerana seorang lelaki.Bella dan Faryzal sudah berkawan lama,cuma mereka jarang berjumpa kerana kesibukan masing masing.Dulu masa Bella di Tingkatan 1,Faryzal adalah salah seorang dari senior yang menjaga keselamatan Bella.Mereka berdua berbual sambil makan aiskrim di Baskin br Robbins.
“Entahlah Ryz..saya tak tahu nak buat apa..tapi saya rasa sangat kehilangan bila dia tak duduk serumah dengan saya lagi..saya rasa marah gila kat dia pada mulanya,tapi tak mampu nak bencikan dia pun..”
Bella meluahkan perasaannya,Faryzal adalah salah seorang dari lelaki yang sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri.Faryzal yang terkenal dengan sikap ‘casanova’ nya sangat mahir dalam hal hal percintaan.Sebab itulah Bella berkeputusan untuk meminta pendapat rakannya itu.
“Saya mengaku yang saya setuju kalau dia jadi teman lelaki awak,dia kacak,kaya dan berpelajaran tinggi juga.Sama sempurna dengan Addryan Faramy.”
Faryzal berkata tiba tiba.Bella mengerutkan dahi.Masa bila plak Bella cakap yang dia nak jadikan Syamrein teman lelakinya.Guru bercinta dengan pelajar sendiri??Sudah gila ker??.Tapi..tak mustahil kan…
“Apa yang awak merepek ni Ryz…apsal plak saya nak jadikan dia teman lelaki saya??”
“Sebab awak cintakan dia Bella,tapi awak tu ego sangat..tak nak mengaku..asyik nak marah orang lain ajer..bila awak dah mula jatuh hati kat seseorang,apa pun kesalahan yang orang tu buat,hati awak akan berbelah bagi untuk tidak memaafkannya.”
Mudah sekali Faryzal membuat kesimpulan yang Bella cintakan Syamrein.Betul ker yang Bella cintakan Syamrein??.Mengapa dia berasa resah dan gelisah bila Symarein tidak mempedulikannya??.Mengapa dia rasa cemburu bila Syamrein rapat dengan Amanda??Mengapa fikiran Bella dipenuhi dengan bayang pemuda itu??.Cintakah Bella pada Syamrein???
“But,im not sure about my feeling…”.Bella sendiri tak tahu akan perasaannya..
“Memanglah perasaan cinta tu tak pasti pada mulanya,kalau awak tak bagi dia peluang untuk dekati awak macammna awak nak pastikan perasaan cinta awak tu..”
Faryzal menyuap aiskrim perisa vanilla ke dalam mulutnya.Sudah hampir 6 bulan tidak menemui Bella,tak menyangka yang gadis itu sudah jatuh cinta pada orang lain..dulu dia pernah jatuh hati pada Bella,namun Bella telah jatuh hati pada sahabat baiknya sendiri.Terpaksalah Faryzal mengalah dan membawa diri yang kecewa hingga ke perantauan.Tak sangka pula yang sekarang Bella sudah berubah hati.
“Tapi..saya tak nak jadi macam dulu..”
Bella mengeluh kecil.
“Awak selalu dihantui bayangan silam Bell,lupakan pasal Rayyan..dia dan awak memang tak ditakdirkan untuk bersama..dan daripada pandangan saya Tengku Syamrein sama kacaknya dengan Rayyan.Tapi..kalau nak dibandingkan dengan saya memanglah saya lagi kacak,hahaha..”
Faryzal membuat lawak di hujung ayatnya.Bukan Faryzal tak tahu yang Bella sangat sensitif dengan nama Addryan Faramy.Rayyan yang menyebabkan hidup Bella tunggang langgang satu ketika dahulu,Rayyan yang membuatkan Bella dibuang dari Sekolah Maxwell dan Rayyan yang menyebabkan Bella yang lemah lembut jadi seorang gadis yang kasar dan panas baran.
“Cehh..tak berhabis dengan habit memuji diri sendiri tu yer..”
“Betullah apa yang saya cakap,awak dengan Tengku Syamrein tukan pernah berkawan dari kecil,macam hubungan awak dengan Rayyan juga,so kenapa nak buang dia dari kehidupan awak??.Dari cerita awak Bell..im seriously know yang Tengku Syamrein tu memang dah tangkap cintun dengan awak,awak tengoklah tadi cara dia pandang saya,macam nak makan ajer..”
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...