Bab 29

893 8 0
                                    

Setiausaha Syamrein kelihatan serba salah,Syamrein menjeling Bella yang selamba saja duduk di atas sofa yang terdapat dalam ruang pejabatnya.Lagak macam seorang businesswoman saja.Fiza tak pernah mengabaikan protokol kerja Harizen Corporation yang amat menghormati majikan,tapi Bella..baru jer masuk kerja,suka suki dia saja nak buat apa.Masuk office bos pakai redah saja.

“Kak Fiza,akak panggil Syam dengan Danish..dua dua Tengku,macammana dia orang boleh faham sebenarnya akak nak sebut nama siapa???”

Bella bertanya selamba,langsung tiada riak bersalah.Pelik juga bila mendengar Fiza memanggil Syamrein dengan Danish hanya dengan menggunakan gelaran Tengku.Dahlah kedua pemuda itu ada gelaran ‘Tengku’ di awal nama masing masing.

“Er..”Fiza teragak agak untuk menjawab

“Betul cakap Bella tu Fiza,saya pun kadang kadang confuse,start hari ni awak panggil saya Tengku macam selalu dan awak boleh panggil Syam ‘Bos’ macam staf lain panggil.”

Danish memberi arahan setelah Fiza kelihatan tak tahu nak jawab apa.

“Cepatnya awak tengok selok belok syarikat ni,Fiza awak dah tunjuk semua kawasan kerja syarikat ni kat dia ker??”

Syamrein bertanya seraya merenung Fiza yang jelas kelihatan mengelabah.

“Er..sebenarnya Bos,..”

“Saya penatlah nak jalan sampai 17 tingkat syarikat awak ni,bukan ada apa yang menarik pun.Mana meja kerja saya??”

Danish ketawa kecil bila lihat Syamrein dah buat muka benggang.Segera saja Danish dan Fiza keluar dari pejabat meninggalkan Bella bersama Syamrein.Syamrein mengeluh kecil sebelum bangun dari duduk dan bertinggung di meja kerjanya.Matanya tertumpu ke arah seraut wajah manis yang langsung tak nampak penat itu.

“Awak kalau melompat lompat dalam pasukan sorak,berpeluh peluh dalam pasukan basket,awak tak pandai penat plak,ni saya baru suruh round tengok sekitar syarikat pun awak dah malas.”

Syamrein mula membebel.

“Mana meja kerja saya?”

Bella buat tak dengar bebelan Syamrein.

“Tulah meja kerja awak.”

“Mana??”

Bella pelik melihat Syamrein,mana ada meja kerja dalam pejabat Syamrien itu.Cuma ada satu meja kopi dan satu meja kerja kepunyaan Syamrein.

“Meja kopi tu meja kerja awak,awak kan setiausaha kecil saya,so..awak sentiasa kena ada depan mata saya dan buat apa juga kerja yang saya suruh buat.”

Syamrein beri arahan tegas,Bella dah buat muka,apehal plak dia kena berada depan mata Syamrein sepanjang waktu bekerja.Sebilik plak tu.Sengaja Syamrein ni..

“Apsal plak,sengkek sangat ke company awak ni sampai nak bagi satu meja kerja untuk staf pun tak boleh??Ada ke meja kopi boleh dijadikan meja kerja..Kak Fiza tu secretary awak kan,kenapa plak dia boleh ada pejabat sendiri??”

Bella dah membuka mulut,benggang dengan arahan Syamrein.Tadi dia dah ditunjukkan dengan ruang Fiza bekerja.Molek saja meja kerja Fiza terletak dalam satu bilik yang lebih kecil dari ruangan pejabat Syamrein.Bella ingat dia juga akan dapat ruangan bekerja seperti itu.Tapi..Hampeh!!!

“Company saya tak sengkek,tapi company saya taklah suka membazir nak bagi meja kerja untuk staf baru yang hanya bekerja selama seminggu dan takde kelayakan untuk jadi staf Harizen Corporation pun.SPM pun tak lepas lagi..ada hati nak meja kerja macam Fiza.Ada meja kerja pun tak guna,bukan boleh buat kerja..tahu nak main ajer..”

Syamrein memulang paku buah keras.Telinga Bella dah berasap,mulut dah mula nak mengeluarkan ayat yang bukan bukan.Astagfiriullahhalazim..sabar Bell..

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now