Keesokan harinya,pagi yang indah menjadi kelam kabut apabila Bella terjerit pekik bangun dari tidur kerana telah terlambat ke sekolah.Setelah mandi dalam kadar masa terpantas Bella menyarungkan Uniform sekolah yang telah diseterika oleh Mak Jah.Mulutnya terkumat kamit memaki Syamrein kerana membuat fikirannya berserabut sejak semalam dan dia lewat bangun tidur.Setelah bersiap ala kadar,Bella berlari keluar rumah memasuki kereta Mitsubishi Lancer yang telah siap sedia menunggu kehadirannya.Pak Mail diarahkan supaya memandu kereta itu agar Bella lebih cepat sampai ke sekolah.
Walaupun Pak Mail telah memandu selaju yang mampu,pagar sekolah tetap juga telah ditutup.Jam telah menunjukkan pukul 7.40 pagi.Bella telah terlewat 10 minit.Dan…seperti biasa jugalah,pagar belakang Sekolah Omega menjadi pilihan.
Bella melingas melihat ke kiri dan ke kanan sebelum menerobos masuk ke dalam Sekolah Omega.Bella tersenyum puas apabila kakinya sudah sampai di kawasan tembok yang memisahkan sekolah mereka,baru saja dia ingin mengambil jarak sebelum berlari dan melompat satu suara memberhentikan pergerakkan jantungnya.
“Hoi,awak buat apa tu?!”
Lariannya terhenti,matanya terpaku apabila menatap wajah orang yang menegurnya secara tiba tiba itu…
“Kau??!”
“Awak??”
Syamrein yang baru saja ingin memulakan harinya dengan tenang mula berasa benggang apabila terpandang wajah jelita yang muncul tiba tiba seperti hantu itu.Dia baru saja ingin melupakan kemalangan yang terjadi semalam namun gadis itu muncul lagi dalam harinya.Bagai bayang bayang pula.Sudahlah mimpinya dihantui wajah gadis itu.Pening..pening…
Bella mengelabah seketika apabila Syamrein melihat dirinya dari atas ke bawah.Pemuda itu melihat jam tangannya sebelum tersenyum sinis,senyuman yang menyakitkan hati Bella.
“Ha..dah pukul 7.40..awak baru datang sekolah ke Cik Bella??.But..awak salah sekolah ker,ni Sekolah Omega bukan Sekolah Merien.???.Atau sebenarnya awak ada niat nak panjat tembok belakang sekolah kami untuk melompat ke sekolah awak??”
Bertalu talu pertanyaan Syamrein,seperti dapat mengagak pula apa yang hendak dilakukan gadis itu.Masakan tidak,aduan dari Pengawal Keselamatan Sekolah Omega menyatakan yang terjadi beberapa incident pelajar dari Sekolah Merien telah menceroboh masuk ke sekolah mereka demi cubaan melompat tembok yang memisahkan Sekolah Omega dan Sekolah Merien.Ini semua terjadi kerana mereka terlewat datang ke sekolah dan pagar sekolah telah bermangga.Syamrein tidak menyangka yang Bella terlibat sama dalam aktiviti tak bermoral itu.Namun, setelah melihat gadis itu hari ini,dia pasti yang tanggapannya tidak salah.Mujurlah hatinya tergerak untuk meronda ronda di kawasan tembok tersebut sebelum memulakan kelas.
“Er…sebenarnya…er…saya…nak ..jum…pa..pengetua!.Ya,saya ada urusan dengan pengetua Omega.”
Bella yang pada mulanya agak gugup berdepan dengan situasi itu mula mendapat idea untuk meneruskan bicaranya.Syamrein hanya tersenyum jengkel.Dia tidak akan diperbodohkan untuk kali kedua!
“Awak ingat,,awak boleh perbodohkan saya macam semalam ker..ok..awak nak jumpa pengetua kan,jom saya bawa awak jumpa pengetua.”
Muka Bella sudah memucat,bagaimana dia boleh kantoi kali ini!.Nak tak nak terpaksa jua dia menapak ke bilik pengetua mengikut Syamrein dengan mulutnya terkumat kamit menyumpah seranah pemuda itu.
Setibanya di bilik pengetua,Tuan Haji Ghani menyambut Bella dengan baik sekali,sepertilah gadis itu membuat lawatan di pejabatnya.
“Oh..cik muda Bella,ada apa hal datang ke pejabat saya,jemputlah duduk.”
Bella sudah tersengih seperti kerang busuk apabila melihat layanan baik pengetua itu dan melihat juga ekspresi wajah Syamrein yang membersut marah.
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...