Bab 12

809 8 0
                                    

Bell..”

“Em..”

Bella sedang tekun menyiapkan latihan Matematik Tambahan yang diberi oleh Syamrein.Bella telah memutuskan yang bila bersama dengan Syamrein dia tidak boleh banyak bersuara,jika dia banyak bersuara,Syamrein akan menjawab dan apabila Syamrein menjawab,Bella akan mula menghamburkan kata yang bukan bukan dan pastinya Syamrein tidak dapat bertahan untuk jadi tutor peribadinya dan keluar dari Villa Cenderawasih.Akibatnya,Bella tidak akan dapat menyambungkan pelajaran ke Julliard University.

“Awak tau tak,saya kagumlah dengar awak berucap kat dewan semalam.”

Syamrein memancing minat Bella untuk berbual,selama 1 jam belajar Bella hanya mendiamkan diri.Bagaimana hubungan mereka hendak berkembang jika mulut masing masing terpaku untuk berbicara.Tapi..memang betul Syamrein kagum dengan cara tegas yang digunakan Bella dalam ucapan pengawas semalam.

“Kagum dengan ikhlas,dengan tipu atau saja jer nak memerli saya??”

Bella bertanya kembali namun matanya tidak memandang wajah Syamrein,dia masih terus menulis jawapan yang dia pun tak tahulah betul atau tidak.

“Ikhlas lah..perli apanya,tapi kan Bell..kenapa semalam awak pakai vest kelabu,bukan pengawas pakai vest putih ker??”

Syamrein bertanya seperti orang bodoh,Bella menatap wajah tampan tutornya itu.Hati Bella agak bergetar apabila merenung lama wajah itu.Suara Syamrein mirip suara gemersik Aaron Aziz,pelakon melayu berasal dari Singapura yang diminati Bella.Suara Syamrein agak romantic dan intonasi suaranya ‘cool’ sahaja.Namun,wajah Syamrein ni kalau sekilas pandang macam…mamat korea pun ada..macam mat salleh celup pun ada.Hahh sudah!!Bella menggeleng geleng kepalanya sendiri.Entah ke mana fikirannya menerawang sebentar tadi,mujurlah Syamrein tak perasan.

“Er..saya tak suka pakai vest putih..cepat kotor.”

“Amboi,boleh plak awak cakap macam tu..bukan ker awak tu ‘Penolong Ketua Pengawas’ juga ‘Ketua Pelajar’..kalau awak tak ikut peraturan sekolah,macammana pelajar lain nak ikut??”

“Alah..semalam jer saya tak pakai vest putih tu..nanti lepas ni,saya pakailah..”

“Ok,saya selaku salah seorang dari guru pengawas,akan memantau cara pemakaian uniform juga kelakuan awak.”

Sela Syamrein bersunggguh,Bella mencebik,macamlah besar sangat tugas guru pengawas itu dimatanya.

“Sukahati awaklah..tapi awak bukan pantau uniform dan kelakuan saya sorang saja but semua pengawas Sekolah Meriga..”

Bella membuat pembetulan dalam penyataan Syamrien dan pemuda itu tersenyum sumbing.Sedar yang dia telah salah cakap.Sebenarnya memang Syamrein agak tak kisah dengan hal pelajar lain.Dia hanya ambil berat pasal Bella.Layakkah dia menjadi seorang guru??

“Em..Bell,masa awak gertak nak rendam pelajar yang buat bising masa pengetua berucap tu,awak bohong jer kan??”

Syamrein terus bertanya,sekarang ni lidahnya lebih suka memanggil Bella dengan panggilan ‘Bell’.Sebabnya,Syamrein merasakan perangai Bella seperti ‘lonceng’,semakin kuat orang mengetuk semakin kuat ia mengeluarkan bunyi.

“Awak ingat saya buat lawak jenaka ker??.Tahun lepas saya pernah rendam 20 orang pelajar junior dalam kolam ikan yang lebih dua tahun tak bercuci dekat belakang Sekolah Merien sebab dia orang main ‘daun terup’ kat sekolah.”

Bella tersenyum sinis tanda dia sememangnya berani merendam para pelajar dalam tempat yang teramat kotor itu.Syamrein baru teringat yang Bella tiada pula menyebut peraturan tentang tindakan yang diambil untuk pelajar yang berjudi dalam kawasan Sekolah Meriga.

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now