Bab 28

981 9 0
                                    

Danish,kenalkan budak ni pada staf staf then tunjukkan dia apa yang patut dekat syarikat kita ni,kalau di buat hal,report kat aku,taulah aku nak mengajarnya.”

Selesai membeli 7 pasang seluar slack untuk kegunaan Bella selama seminggu dia bekerja di Harizen Corporation,Syamrein membawa Bella bertemu Tengku Danish Fakri.Bella hanya mengikut dengan mulut tercebik sana tercebik sini,meluat tengok perangai Syamrein yang macam angin.Kejap cool,kejap marah,kejap romantik.Bikin Bella binggung saja.

Ingatkan nak beli sepasang saja seluar slack untuk menggantikan skirt seksi Bella,bila tiba di mall Syamrein membelikannya 7 pasang sekaligus.Kata Syamrein dia taknak Bella terlupa atau buat buat lupa sampai terpakai skirt seseksi hari itu lagi.Syamrein memang sangat tegas masa tu.Bella malas nak protes.Takut tanduk Syamrein keluar,dia plak terkejut nanti.Cukuplah sekadar melihat Syamrein menumbuk muka cleaner Indon yang cuba meraba Bella dalam lif.Jantung Bella betul betul nak keluar tengok Syamrein naik gila macam tu.Huhhh…

“Budak ??Report kat dia??Bercakap mengalahkan papa ajer..nak buat apa kat aku entah..”

Danish tersenyum kecil melihat Bella dalam suit office menggumam gumam memarahi Syamrein.Nampak sangat cantik dan bergaya.Untunglah Syamrein dapat buah hati macam ni..Eh,tapi betul ker Bella ni buah hati Syamrein??.Syamrein dah bercerita pada Danish tentang identiti sebenar Bella,tapi tak pula Danish pasti samaada mereka ni pasangan kekasih.Tengok Bella ni..macam selamba ajer melayan Syamrein??Syamrein jer yang terlebih angau.

“Welcome to Harizen Corporation Zyya..”

“Please call me Bella,saya dah lama tak guna nama Zyya.”

Bella memandang Danish dengan pandangan tak berminat.Danish mengerutkan dahi.Syamrein selalu cerita pasal Zyya,tapi Bella..tak guna nama Zyya pula.Syamrein dah lama masuk ke dalam office.Meninggalkan Bella dengan sepupunya.Malas berlama lama tengok muka Bella,nanti semua kerja Syamrein terbengkalai.Hari itu saja,Syamrein dah lewat masuk office kerana membawa Bella beli seluar slack di mall.

“Well,welcome to Harizen Corporation,Bella..”

Danish mengulang balik ayatnya.Mereka berdua sedang berdiri di depan office Syamrein yang berdepan dengan lebih kurang 20 buah meja kerja staf staf Harizen Corporation.Em..ternyata semua mata memang asyik menjeling jeling Bella dari tadi.Pasti mereka tertanya tanya siapa pula gadis muda lagi cantik yang dibawa Syamrein ke dalam tempat kerja mereka itu.

“Attention please..”

Danish meninggikan suara,semua staf berdiri dan memandang Danish juga Bella.

“Saya nak kenalkan anda semua anak Tan Sri Iskandar,pemegang 30 percent saham Harizen Corporation..Cik Muda Zyya Adrianna Bella.Untuk minggu ni..”

“Maaf semua kerana menggangu kerja anda,saya ni jenis yang tak pandai nak berformal sangat.Nama saya Bella,umur saya 17 tahun.Untuk cuti sekolah selama seminggu ni,saya akan berada di Harizen Corporation.Seminggu berada di sini,saya tak bolehlah nak cakap yang saya serius mahu bekerja,cuma..saya cuba untuk bekerja.Saya harap kita semua dapat bekerjasama dan berkawan rapat.Terima kasih.”

Danish tercenggang apabila Bella pantas memotong ayatnya dan memperkenalkan diri sendiri dengan penuh merendah diri.Bella menundukkan kepala ,staf staf Harizen Corporation kelihatan tersenyum melihat dirinya.Seorang gadis cantik bertudung litup,menghampiri Bella dan menghulurkan salam.Bella menyambut.

“Saya Noor Afiza Mazlan,secretary Tengku Syamrein Ashraf..selamat berkenalan Cik Muda..”

“Panggil saya Bella jer.”

“Oh..baik Bella,Bella boleh panggil saya Kak Fiza sebab Bella muda lagi.”

Bella tersenyum melihat gadis itu,jadi inilah setiausaha Syamrein.Mereka pernah berjumpa kali lepas.Sopan sekali gayanya,berbaju kurung dan lengkap bertudung.Macammanalah Syamrein tak marah bila tengok Bella overdressing,setiausaha betul dia pun tak pakai seseksi Bella.

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now