BBaru tiga hari Syamrein menjadi tutor peribadi Bella namun Bella merasakan dia sudah bertahun belajar dengan lelaki itu.Apa yang di ajar Syamrein langsung tidak dapat di cerna otaknya.Bagaimana hendak mencerna pelajaran jika setiap kali Syamrein mengajar,setiap kali itu jugalah Bella mula mencari gaduh.
Ketika itu,mereka berdua berada di bilik bacaan.Tempat yang ditetapkan Bella untuk mengikuti kelas tuition.Syamrein menetapkan jadual pembelajaran Matematik Tambahan iaitu hari isnin hingga jumaat,dua jam setiap hari.Bermula pukul 9.00 -11.00 malam.Pada mulanya,Syamrein ingin mengadakan kelas pada waktu siang,namun kesibukan Bella nampaknya mengalahkan kesibukkannya yang bekerja sebagai guru Omega.Tak tahulah sama ada Bella benar benar sibuk atau buat buat sibuk.
"Untuk selesaikan soalan ni,awak perlu gunakan formula.."
Syamrein menunjukkan satu formula yang berada atas helaian buku rujukannya pada Bella.Gadis itu sedari tadi seolah olah langsung tidak mendengar apa yang di ajarnya.Bella duduk berlunjur kaki di atas lantai berdepan dengan meja yang berbentuk meja makan orang jepun.Sungguh tidak sopan cara duduk Bella di mata Syamrein.
"Huargh..ngantuknya..!!"
Bella menguap sambil menekup mulutnya.Syamrein merenung tajam,padahal mereka baru saja memulakan sesi pelajaran selama 5 minit.Bella memang sengaja cari pasal.Syamrein tidak mengendahkan tingkah laku Bella dan meneruskan kata katanya.Sebuah formula ditulis di atas buku nota Bella.Baru saja dia ingin meneruskan pengajarannya,handphone Bella berbunyi.Bella membiarkan nada dering lagu 'What the hell by Avril Lavigne' yang agak bingit bunyinya,bernyanyi lama sebelum mengangkatnya.Sengaja ingin melihat Syamrein berang.
"Em..hello,apehal talifon aku malam malam buta ni??"
Garang sekali Bella bertanya,Syamrein hanya mendengar.Tak bagi salam,terus saja menengking nengking.Macam ni nak jadi isteri aku??.Hmph..tak taulah boleh ke tak..Merana satu badan kau Syam...Eh,tapi ingin ke Bella jadi isteri kau??.Aku berani potong tangan kalau dia nak.Amboi,Syamrein..takburnya kau bercakap.Kuasa Allah siapa yang tahu.Jodoh pertemuan kan berada di bawah kekuasaanya.Kau Cuma mampu berusaha dan berdoa untuk dapat yang terbaik.Syamrein melalut seketika.
"Apa?Dah dapat tangkap banyak??.Hmphh..bagus bagus.Esok kita jumpa."
Syamrein meningas perbualan Bella.Tangkap banyak???.Entah apalah yang hendak di buat si Bella ni.Minta minta gadis ini tidak terlibat dengan aktiviti mafia...menangkap orang dan menyiksa mereka seperti cerita cerita gangster.Eh,kesitu plak kau merepek Syamrein!!.
"Awak dah tangkap apa Bell??".Syamrein menyoal.
"Jangan sibuk boleh tak..bukan urusan awak..".Bella jawab.
"Bella,boleh tak..awak silent kan handphone awak masa saya tengah mengajar?"
Syamrein menegur sebaik saja Bella kelihatan ingin terus bermain dengan handphonenya.Betul kata Mak Jah,angin berlawan dengan api hanya menyebabkan api semakin marak.Jadi untuk menghadapi Bella yang 'berapi' ini Syamrein perlulah menjadi air.Barulah kepanasan api akan berkurangan.Tapi..mampu ke Syamrein jadi air??.Jadi puting beliung bolehlah.
"Kalau saya cakap tak boleh,awak nak buat apa??"
Nampak,baru tegur sikit jer ni..dah berapi dah.
"Saya akan tambah dua jam lagi masa tuition awak."
Bella mencebik bibir,macamlah dia takut dengan ugutan Syamrein.Boleh blah!!!.Syamrein baru hendak memulakan pengajaran dan sekali lagi juga handphone Bella berbunyi.Belum sempat Bella hendak mengangkat panggilan dari I phone 4 nya,tangan Syamrein lebih pantas merampas handphone itu.Bella terkejut besar.
"Saya kalau bercakap sekali sahaja,pantang betul kalau orang tak nak dengar."
Syamrein memasukkan handphone Bella ke dalam poket seluarnya.Bella mencerlung marah.Gadis itu bangun dari duduknya dan bercekak pinggang.Gadis itu seperti lembu naik minyak,seperti setan bertanduk tiga.Begitulah pandangan Syamrein saat itu apabila melihat wajah Bella.
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...