Keesokannya Bella menghadiri sekolah seperti biasa.Dia datang tepat pada waktunya,baru saja Pak Guard hendak menutup pintu pagar,Bella menerobos masuk.Tepat pukul 7.30 pagi!.Dan..nampaknya dialah yang paling akhir datang kesekolah hari itu.Pak Guard yang dikenali Bella sebagai Pak Man,hanya mampu menggeleng geleng kepala melihat tingkah laku Bella.
“Maaf pakcik,lambat.Nasib baik sempat.Pakcik kerja elok elok yer,kalau ada apa apa masalah boleh cakap dengan saya.”
“Yelah princess,cepat masuk kelas.Waktu pembelajaran dah nak bermula ni.”
Pak Man tersenyum kecil,senakal nakal Bella pun,gadis ini masih tidak lupa menghormati orang tua sepertinya.
“Ok pakcik,bye.”
Seperti selalu juga Bella memecut pantas ke kelasnya yang terletak di blok F,mendaki beberapa anak tangga sebelum langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil seseorang.
“Bell,petang ni ada latihan sorak,kau jangan tak datang pulak.”
Suara Nazarul Syamil yang datang entah dari mana membuatkan Bella terpinga pinga seketika.Naz hanya mengeleng geleng kepala melihat beg yang masih tersandang di belakang bahu Bella.Pastilah gadis itu baru datang sekolah.
“Kalau aku tak datang,kenapanya?”
“Susah betul nak cakap dengan princess ni lah..kau tu cheerleader,kalau kau tak datang..siapa nak lead bebudak sorak tu..”
Nazarul menjawab geram.
“Oh..aku cheerleader ek?Em..oklah nanti aku datang,sekarang ni aku nak cepat.Bye.”
“Em,bye,baik baik naik tangga tu,jangan lari lari…nanti jatuh.”
Naz sempat berpesan sebelum bayang Bella hilang di balik tangga.Mujurlah dia sudah lama mengenali Bella jika tidak mahu naik angin jika bercakap dengan gadis itu.
Sampai saja di kelas 5 Sains,Bella menerpa kearah kawan baiknya,Farah dan Ika.Ternyata sahabatnya itu terperanjat besar.Mujurlah tiada guru dalam kelas saat itu.
“Eh budak ni,terperanjat aku,ada yang kena hempuk ni karang.”
Farah mengurut ngurut dadanya.Ika pula sudah ketawa terbahak bahak melihat reaksi Farah.Bella hanya mampu tersengih sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang terletak betul betul di bahagian belakang dan ditepi tingkap kelas.Meja kelas 5 Sains disusun secara berpasang pasangan,memudahkan para pelajar untuk berbincang dengan sahabat mereka.Namun,bilangan pelajar kelas itu ganjil seramai 39 orang.Ketika,para pelajar 5 Sains berebut untuk duduk berpasangan,Bella sukarela ingin duduk seorang diri,asalkan Farah dan Ika duduk di hadapannya.Dan..siapa pula yang berani membantah keputusannya itu?
“Eh budak kecik,yang kau ketawa apehal.Tau gelakkan orang jer kerja kau ek?”
Bella bangun dari kerusinya lantas mengrip kepala Ika yang digelarnya “budak kecik”. Walaupun Ika hanya muda beberapa bulan dari mereka saiz tubuh Ika agak bantut jika hendak dibandingkan dengan ketinggian Farah atau Bella.Ika masih mengekek ngekek ketawa walaupun hampir lemas dibawah lengan Bella.Dan..kerana sikapnya yang “hyper happy” itulah,Bella mampu bersahabat baik dengannya.Tambahan lagi,Bella telah mengishtiharkan Ika sebagai adik angkatnya yang pertama.Memang pelik apabila mendengar Ika memanggil Bella dengan gelaran “akak” kerana umur mereka sebaya.
“Bell,kau ada dengar gossip terbaru tak?”
Farah memusingkan kerusinya ke belakang,berhadapan dengan meja Bella apabila gadis itu sudah kembali ke mejanya.Ika pula duduk di kerusi kosong di sisi Bella.
“Apa,pasal pertandingan sorak ker?Petang ni Naz paksa aku pergi latihan sorak,boring betul..”
“Akak ni cakap..macam dia sorang jer yang masuk pertandingan tu,kita orang masuk juga,taulah dia tu cheerleader,tapi janganlah lupa kat ahli lain.”
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...