Bab 9

729 9 0
                                    

Syamrein dengan perasaan yang bercampur baur,marah,geram dan sakit hati pulang ke Villa Kejora.Niat di hati ingin mengadu hal Bella pada ibu bapanya namun Syamrein tidak melihat kelibat Tengku Hariz dan Tengku Maria di mana mana.Setelah bertanya kepada pembantu rumah,Syamrein mendapat tahu yang kedua orang tuanya keluar atas urusan kerja.Syamrein baru saja hendak berlalu ke bilik tidur,namun dia melihat kelibat Tengku Atikah di ruang tamu sedang menonton televisyen.Segera saja dia mendapatkan adiknya itu.

“Adik,abang nak tanya,apa yang ‘akak kesayangan’ adik tu dah buat pada pelajar abang hari ni ha?”

“Buat dia jatuh menyungkur kat atas gelanggang.”

Ika menjawab selamba dan ketawa kecil namun tawanya mati apabila terpandangkan wajah bengis Syamrein.Syamrein menutup televisyen dan duduk berdepan dengan Ika.Ika yang terkejut kecil dengan tingkah laku Syamrein segera faham apa yang terbuku di benak fikiran lelaki itu.Dari pandangan matanya,mood Syamrein sangat teruk.

“Kenapa Bella sanggup buat macam tu kat Amanda??”

“Abang dengar kan,apa yang kak Bell cakap dekat Amanda tadi??”

“Pasal apa,pasal Amanda pernah patahkan kaki ketua sorak Merien tahun lepas?Abang tak percaya dek.Mesti Bella reka cerita saja.Yang adek pun pandai sangat,boleh percaya temberang dia.”

Entah kenapa,susah betul Syamrein hendak mempercayai cerita Bella.Mungkin kerana perangai gadis itu yang luar biasa biadabnya.Tengku Atikah hanya mampu mengeleng geleng kepala sudah mengagak yang Syamrein tidak akan mempercayai cerita Bella.Hal ini perlu diselesaikan,abangnya tak boleh salah faham pada Bella!!

“Ok,sekarang jom kita ke Taman Melawati,adek nak tunjukkan abang sesuatu..”

“Apa??”

“Ikut jelah,kata nak tahu Kak Bella tu temberang atau tidak kan..”

Syamrein tidak membantah,kalau ada perkara yang dapat mengubah persepsi buruknya pada Bella,dia akan pergi mencari.Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.Tengku Atikah menyuruh Syamrein memandu ke sebuah kawasan perumahan taman yang tidak jauh dari rumah mereka.Tiba di sebuah rumah yang terletak di sudut penjuru Jalan Kenanga 7,Tengku Atikah menyuruh Syamrein memberhentikan kereta BMW E60i yang dipandu.

“Rumah siapa ni dek?”

Syamrein bertanya hairan.Mereka berhenti di depan pagar sebuah rumah batu yang bercat warna biru cair.Rumah taman itu tidaklah sebesar Villa Kejora atau Villa Cenderawasih,namun cukup terjaga dan kelihatan bersih.Halaman rumah itu dipenuhi dengan pokok bunga juga terdapat kolam kecil di bahagian depan.Ika tidak mengendahkan pertanyaan Syamrein dan terus keluar dari kereta.

“Assalamualaikum.”

Ika memberi salam.Selang beberapa saat pintu pagar rumah itu dibuka oleh seorang perempuan tua.Pada pandangan Syamrein,wanita itu berumur dalam lingkungan 60 tahun ke atas dan kelihatan agak uzur kerana beliau menggunakan sebatang tongkat untuk berjalan.

“Waalaikumussalam..oh Ika rupanya,jemput masuk nak.”

Syamrein agak terkejut apabila wanita tua itu mengetahui nama adiknya.Wanita tua itu membuka pintu pagar dan menjemput mereka berdua masuk.Ika menarik tangan Syamrein agar mengikut langkahnya.Syamrein dengan berat hati melangkah masuk ke dalam rumah yang sederhana besar itu.Mereka duduk di kerusi kayu yang terdapat di ruang tamu.

“Dah lama kamu tak datang sini Ika.Rindu nenek kat kamu..Puteri tak datang sekali ke??”

“Nenek rindu kat Ika ker rindu kat Puteri??”

Ika mengusik nenek tua yang tersenyum senang hati dengan kedatangan mereka.Syamrein hanya melihat gelagat adiknya dengan wanita tua itu.Nampak…macam dah lama kenal..Puteri mana pula yang dicakap mereka ini??

BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]Where stories live. Discover now