Setibanya di pasar basah basah,Syamrein agak kaget melihat penjual penjual yang terjerit jerit memanggil pelanggan yang lalu lalang agar beli di kedai mereka.Ada kedai yang menjual ayam,daging,makanan laut dan ikan.Syamrein melihat lantai tempat dia berpijak,basah dan bewarna coklat.Nasib baik dia memakai short jeans seperti yang disarankan Bella,jika tidak mungkin hujung kaki seluarnya akan kotor terkena kotoran di lantai pasar basah tersebut.Syamrein yang pada mulanya masih asyik melihat kelibat orang ramai yang sibuk membeli tersedar apabila jari kelingkingnya ditarik lembut oleh Bella menuju ke satu tempat.Syamrein tersenyum,seperti ada arus eletrik mengalir dalam sentuhan itu.Bella melepaskan jari Syamrein apabila tiba disebuah kedai yang menjual pelbagai jenis ikan.
“Ha,cik adik cantik,encik abang kacak.Nak beli ikan apa,murah murah saja.Pilih yang mana satu..”
Pakcik yang menjual ikan itu berseloroh pada Bella yang sedang khusyuk mengamati susunan ikan di hadapannya.Syamrein turut sama memerhati.Dia selalu makan ikan yang telah dimasak,namun semua jenis ikan didepannya itu tidak dikenali spesisnya.
“Ni ikan apa pakcik??”.
Syamrein menunjukkan jarinya pada selonggok ikan yang bewarna hitam dan bertompok tompok bulat kecil pada sisiknya.
“Ikan kerapu encik,sekilo RM 17.”
“Ooh..yang ni plak ikan apa??”
“Ikan siakap”
“Yang ini??”
Selesai penjual itu menjawab,Syamrein menunjukkan jarinya kearah ikan lain pula.Seekor ikan yang kelihatan menarik bewarna merah dan agak besar saiznya.
“Itu ikan merah encik.”.
Penjual itu tidak penat menjawab.Sekali lagi Syamrein hendak bertanya nama ikan yang terdapat disitu,tangannya ditampar Bella.
“Apsal??”
“Kita ke sini nak beli ikan,bukan nak buat research nama ikan untuk awak.”.Perli Bella.
“Alah..saya tanya dengan pakcik ni jer kan,bukan tanya dengan awak,yang awak sibuk apsal plak??”.Syamrein tak puas hati
“Ok,fine.Biar saya yang bagitahu nama semua ikan kat sini.Yang atas sekali tu ikan gelama,sebelahnya,ikan selar kuning,sebelahnya ikan merah,sebelahnya ikan kerapu.Yang bawah tu ikan yu,ikan mayong,ikan siakap dan ikan jenahak.”
Syamrein terpaku mendengar penerangan Bella.Tidak menyangka yang gadis itu amat arif tentang ikan.Dia rasa begitu bodoh kerana tak tahu apa apa pasal ikan.Tahu makan saja.Penjual ikan itu tersengih sengih melihat gelagat mereka berdua.
“Nampaknya isteri encik ni arif mengenai spesies ikan,betul semua jenis ikan yang disebutnya tu.”
Penjual ikan itu memuji Bella yang disangkanya isteri Syamrein.Walaupun Bella kelihatan muda,tidak mustahil gadis zaman sekarang berkahwin awal.Syamrein tersenyum lebar mendengar gelaran ‘isteri’ itu.
“Saya memang pandai pakcik,tapi suami saya ni bodoh sikit,tahu makan ajer..semua jenis ikan pun dia tak tahu.”
Giliran penjual ikan itu tercenggang,sewenang wenangnya isteri zaman sekarang mengata suami sendiri bodoh di khalayak ramai.Syamrein benggang,dilukunya lembut kepala Bella.Gadis itu mengaduh kecil sebelum tergelak.
“Saya cikgu dan tutor awak ok,kalau saya bodoh.Takdelah saya ajar awak.”
Syamrein berkata dengan nada merajuk.Agak tersinggung dengan kata kata Bella.Mulut memang bisa bikin hati panas!!
“Alahai,merajuk ker??Sorry..Yalah..yalah,awak pandai,nanti saya belanja awak makan ikan ni yer,nak tak??”
Bella mengambil seekor ikan kerapu yang agak kecil saiznya dan mensuakan ikan itu ke mulut Syamrein.Macamlah ikan itu boleh dimakan mentah sahaja.Syamrein yang mulanya ingin menarik muka masam tergelak kecil melihat telatah nakal Bella.Dia menolak lembut tangan Bella dan meletakkan kembali ikan itu di tempat asal.Ada juga mereka berdua dimarahi penjual ikan itu kerana bergurau tidak kena tempat.Ikan masih belum dibeli lagi.
YOU ARE READING
BAKAL ISTERIKU GENGSTERNYA![ON HOLD]
RomanceZyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya...