Huh bosan nya ! Aku terus keluar dari bilik dan turun ke bawah . Sampai di kaki tangga terus terbuntang mata aku melihat Ezwan yang mungkin baru balik dari jogging , memakai kasut yang baru aku beli online tiga hari lepas ."Woi ! Sesuka hati atok nenek kau je pakai kasut aku pesal jahanam !" Jerit aku di kaki tangga .
"Alah aku pinjam lah . Kasut aku koyak ." Balas dia selamba .
"Kepala hotak kau . Kau fikir kau siapa main ambik je barang aku ?! Sial lah !" Tengking aku .
"Ek--"
"Ape bising-bising ni Ariel ? Ezwan ?" Tanya mama setelah muncul dari dapur .
"Takde lah . Dia ni sesuka hati je nak ambik barang Ariel pehal ." Keras suara ku . Mata aku masih tajam memandang dia .
"Barang apa ni ?" Tanya mama hairan .
"Ezwan pinjam je kasut ni ma . Kasut Ezwan koyak ." Ezwan bersuara selamba .
"Lah pasal kasut je korang ni , Ariel ni . Nanti beli lah baru ." Kata mama .
"Kasut ni limited editon , and this is last !" Aku cuba kawal intonasi suara aku supaya tak tinggi tapi kedengaran keras sambil menunjuk kasut Nike berwarna Midnight Blue itu .
"Ariel ni pasal kasut ni pun nak mengamuk ke?" Tanya mama sudah pening kepala .
"Kasut ni Ariel tak rasmi lagi ! Masih dara lagi kasut ni ! Budak ni tetiba sesuka hati je nak pakai pesal! " Aku memandang Ezwan tajam .
"Dah dah jangan macam ni dah . Biar jela Ariel , lagipun kasut Ezwan koyak kan ." Kata mama lagi . Haih nak menangkan mamat cilaka tu lah !
"Mama memang selalu nak menangkan dia je !" Bentakku terus naik ke atas .
Mama menggeleng kepala ,
"Ariel tu memang macam tu Ezwan . Jangan ambik hati ye ." Ujar mama sambil tersenyum dan terus ke dapur menyambung kerja yang tertangguh .
Aku menghempaskan pintu bilik . Huh rasa kurang ajar pula . Arghhh kalau mamat cilaka tu tak sentuh barang aku , takde nya aku nak melenting macam ni !
Aku mencapai Samsung Galaxy Note 4 aku , ear phone disumbat dalam telinga , lagu Get Back Up jadi peneman . Terlalu layan lagu ni sampai aku terlelap .
Mungkin dalam 15 minit aku terlelap ,
Tok tok tok !
"Ariel , mama panggil turun makan tengah hari . " Kata Mak Jemah disebalik pintu .
"Kejap lagi Ariel turun ." Balas aku dalam mamai .
Aku pergi ke bilik air untuk mencuci muka dulu . Huh hari cuti macam ni lah mereput je kat rumah .
Dari atas aku boleh dengar bunyi orang bergelak ketawa . Hmm macam familiar je suara ni . Segera aku turun ke bawah . Sampai di bawah tersenyum aku melihat nenek , Maklang dan Maksu ada .
"Ehh Ariel !"
Aku tersenyum dan menyalam tangan mereka . Fuh mama masak sotong masak merah , udang berempah , ikan siakap 3 rasa , and macam macam lagi .
"Besar dah Ariel ." Kata Maklang .
Aku hanya tersenyum nipis .
"Lepas ni tak sunyi lah Ariel ada Ezwan kat rumah ." Nenek pula bersuara .
Terus mati senyuman aku .
"Memang tak sunyi lah mak , bising je diorang ni ." Kata mama . Mereka ketawa kecil .
"Biasa lah budak-budak ." Kata Maksu .
"Ariel bawak lah Ezwan jalan-jalan nanti . Dia tak penah jalan kat bandar kan ." Nenek -
Aku mengangguk kecil . Angguk je tak bermakna aku setuju hehehe . Bawak dia jalan- jalan? Hehe boleh je . Tapi pergi berdua , balik aku sorang muahahaha ! Jahat ke aku ? Gurau aja dong !
"Ni mana Mahmud ?" Tanya Maksu .
"Ohh dia pergi jumpa client . Pasal projek kat terengganu tu ." Terang mama .
Aku hanya jadi pendengar . Ezwan dari tadi diam je .
"Ohh . Pasal projek 2 juta tu ya ?" Maklang pula bertanya ingin kepastian .
Mama mengangguk . Hm ada sekor je udang berempah lagi dalam pinggan , baru tangan aku nak ambil pantas Ezwan ambik . Eh jilaka betul !
"Tu aku punya !" Kata ku keras .
"Sape cepat dapat ." Balas dia selamba .
"Kepal--"
"Ariel ." Mama memandang aku tajam .
Haih cilaka . Aku terus pergi ke sinki untuk cuci pinggan . Dan terus naik ke atas . Mama menggeleng kepala melihat kelakuan aku .
"Macam tu lah diorang ." Kata mama .
"Alah biasa lah tu . Tak biasa lagi tinggal sekali . Nanti lama okay lah tu ." Kata nenek .
________________________
"Kami balik dulu ye." Kata nenek sambil tersenyum .
Aku salam tangan mereka , Maksu menghulurkan aku duit not Rm100 ,
"Buat belanja sekolah ." Kata Maksu sambil tersenyum .
Aku angguk dan tersenyum kembali .
Selepas kelibat kereta Chefrolet milik Maksu hilang di jalan raya , aku terus ke ruang tamu . Huhh bosan nya . Aku buka TV , dok tekan-tekan remote ni , yes pencarian dah jumpa ! Cerita menarik ! Hmm ada scene lucah sikit , buat lagi cerita ni jadi menarik . Hehehe . Ezwan datang entah dari mana dan duduk di sofa sebelah sofa aku duduk ,
"Haa Ariel , mama mana ?" Tanya papa . Eh bila pulak papa balik ni ? Hm lantaklah tadi aku rasa aku dengar pintu depan ada orang buka .
"Mama kat atas ." Jawab aku .
Aku melihat papa bawa balik plastik yang ada lambang Apple , thats mean Iphone lah .
"Apa tu?" Soalan bodoh keluar dari mulut aku .
"Ah ? Ohh ha ni Ezwan papa belikan kamu telefon , senang sikit nanti . " papa mengeluarkan kotak yang berisi Iphone 7 ,
"Thnks pa." Ucap Ezwan .
"Ape ni ?! Ariel mintak tu daripada bulan lepas lagi ! Asal dia yang dapat ?!" Ha sudah mula lah angin aku ni . Sebab ni lah aku tak suka dia ada kat sini , semak ! Apa yang aku nak mesti dia yang dapat .
"Telefon Ariel kan elok lagi tu ." Balas papa sambil menunjukkan telefon aku yang ada di atas meja .
Aku merengus . Aku terus naik ke bilik .
"Kenapa tu bang ?" Tanya mama yang berselisih di tangga dan nampak muka aku bengis .
"Em ni haa." Papa menunjuk kotak Iphone itu pada mama .
Mama faham dah lah tu .
______________________
Aku hempas pintu bilik . Aku buka Aplikasi Whatsapp pada telefon aku ,
Group;
Weh kat mana? Jom lepak
Send✅Ada ni kat depan rumah
Aiman . Datang ah!
Kitorg ada kat sini.
Alif-Cepat sikit .
Firash-Aku terus bersiap dan terus pergi melepak kat rumah diorang . Hilang kan stress sikit !
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Подростковая литература#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...