GSIMA-17

5.7K 275 4
                                    

Aku tunggu Elya dalam kereta . Waktu terakhir tadi aku skip kelas sebabtu tak keluar sekali . Aku membelek telefon sementara tunggu minah ni . Sesekali aku pandang cermin sisi untuk tengok Elya dah sampai ke belum . Yelah minah ni selalu main sergah je , bukan nak bagi salam .

Aku pandang cermin sisi , dan aku nampak Elya dengan Daniel tengah jalan sama-sama , diorang nampak tengah mesra . Aku menggenggam penumbuk , aku benci dia rapat dengan musuh ketat aku ! Dia terus jalan ke arah kereta dan masuk ke dalam .

Elya pov

"Thanks Elya tolong saya hantar buku .." Ujar Daniel dengan senyuman dia .

"Ohh tak apa lah . Benda kecik je tu ." Aku turut membalas senyuman dia .

"So awak dah boleh terima saya ?" Ragu-ragu Daniel nak tanya .

"Sorry Daniel , saya boleh maafkan awak tapi saya tak boleh terima awak ." Jawab aku berhati-hati .

"Er okay lah saya balik dulu . Bye ." Aku terus berjalan ke arah kereta Ariel .

Aku membuka pintu dan duduk di seat penumpang depan .

"Hai . Sorry lama tunggu ." Sapa aku sambil meletakkan beg galas aku dibelakang .

Dia diam .

"Kenapa kau tak masuk kelas tadi ?" Tanya aku hairan .

Dia masih diam .

"Kawan-kawan kau cari kau tadi tau tak ." Sambung aku .

Dia tetap diam .

Erk? Kenapa dengan dia ni ?

"Asal diam je ni ? " tanya aku setelah dia tidak menjawab soalan aku .

Dia masih diam . Dia masuk gear dan terus pandu pulang ke rumah .

Aku mengetap bibir ,

"Er Ariel ?" Perlahan aku sebut nama dia setelah berhenti di traffic light .

Diam .

"Kenapa kau diam ? Jawab lah ." Aku sedikit meninggikan suara .

Diam .

"Hish kau dah kenapa ni ?" Aku memandang dia .

Diam . Malah dia tak pandang aku langsung . Dengan selamba seperti aku tak ada kat sebelah dia , dia bernyanyi kecil mengikut lagu di radio .

Aku mengembungkan pipi . Kenapa dengan mamat ni ? Ada penyakit ke apa .

"Ariel .." Perlahan aku panggil nama dia .

Dia masih diam seribu bahasa .

Sampai sahaja di rumah dia terus masuk ke dalam rumah meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga di dalam kereta .

Kenapa dengan dia eh ? Gumamku sendirian .

Lagi berapa hari je nak balik kampung dia dah buat perangai . Hish . Aku melangkah longlai ke dalam rumah .

Masuk sahaja dalam bilik Ariel dah terbaring atas katil sambil menutup mata . Eleh ingat aku tak tahu ke dia pura-pura tidur je ?

Aku menukar pakaian dalam bilik pakaian , yelah tak akan nak bogel depan dia kan ? Kang terliur dia tengok body aku nanti . Hehe .

Tanpa mempedulikan dia aku terus turun ke bawah nak tengok tv . Tiba-tiba baru aku teringat ,

"Aku tak suka kau rapat dengan orang yang aku benci . "

Mungkin dia marah sebab nampak aku dengan Daniel tadi ? Hm .

Sudah setengah jam cerita korea ni terpasang , mata aku mungkin tertumpu pada tv . Tapi otak aku jauh melayang memikirkan Ariel .. Macam mana nak pujuk dia eh ? Em .

Kelibat dia turun dari tangga , aku terus menyapa dia .

"Ariel kau marah aku ke ?" Tanya aku serba salah .

Diam . Dia pergi ke rak kasut dan mengambil kasut adidas nya , nak pergi jogging lah tu .

"Kau nak pergi mana ?" Tanya aku lagi .

Diam .

Dia terus keluar dari rumah . Hish !

Sabar lah Elya , dapat laki hati keras macam batu ni memang susah sikit . Haa baru aku teringat ! Nenda ada cakap yang Ariel ni suka makan koktel . Heheh plan 1 , cuba bagi dia makan makanan favrouite dia .

Setelah satu jam menunggu Ariel balik dari jogging , akhirnya dia balik . Aku yang sedang menonton tv terus mendapatkan dia . Yela nak pujuk suami yang merajuk lah katako .

"Haa balik pun . Jom makan ? Aku ada buat .... bunyi dram sikitt!!" Sengaja aku bagi suspend .

"Aku buat koktel untuk kau !" Teruja aku memberitahu dia .

Riak muka dia seperti biasa . Dia simpan semula kasut ke dalam rak . Aku mencebik ,

"Em kau tak nak makan ke ?" Tanya aku lagi .

Diam .

"Ish kau ni ! " Aku menghentak kaki geram .

Dia dengan selamba terus naik ke atas .

Hish merajuk mengalahkan perempuan lah ! Nasib comel masa dia merajuk ni hehe .

Petang itu aku tertidur di ruang tamu . Tetiba aku terjaga sebab ada dengar bunyi dari dapur . Dengan mamai aku melihat jam pukul 6:50 pm , lama jugak aku tertidur . Aku menggosok mata , dan terdengar lagi bunyi seperti pinggan dari arah dapur .

Aku terus melangkah ke dapur untuk memeriksa . And gues what ?! Ariel tengah duduk kat meja makan sambil melantak koktel yang aku buat tadi . Terus tersenyum aku ..

"Ehh budak merajuk ni makan koktel yang aku buat lah . Ingatkan tak nak makan .." Sengaja aku perli dia setelah duduk di hadapan dia .

Riak wajah dia terus berubah terkejut . Tergagap-gagap dia ..

"Hahaah kau ni . Dah lah tak payah nak marah sangat . Tadi tu aku tolong Daniel hantar buku sebab cikgu suruh je ." Terus direct aku cakap kat dia . Malas nak berbelitkan cerita dah .

"Oh and kalau kau nak tahu , Daniel tu .. ex aku ." Perlahan aku berkata di akhir ayat .

Dia menggaru tengkuk dia .

"Eleh kau . Sengaja je aku tak layan kau . " Katanya dengan selamba .

Aku mencebik bibir .

"Eleh . Tak marah aku dah kan ?"  Tanyaku sambil kening terangkat-angkat .

"Sekarang maybe tak , cuma . Aku nak pesan lagi sekali , tolong jangan rapat dengan orang yang aku benci dan musuh aku . Aku tak suka . Bukan cemburu just aku tak suka !" Keras dia memberi amaran .

"Em yelah Ariel . Haa sedap tak koktel tu?"

"Tak sedaplah ." Selamba dia menjawab .

Aku mengetap bibir , terus aku rampas mangkuk dia yang berisi koktel itu ...

"Tak sedap sudah ! Takyah makan !" Kataku sambil merampas mangkuk itu .

"Alah alah alah gurau je ! Aku nak lahh !" Dia menjerit walaupun aku baru acah nak bangun .

Aku tersenyum bangga .

"Haa tahu pun . Nah makan sampai habis ." Aku menghulurkan kembali pada dia .

Dengan rakus seperti orang dah setahun tak makan dia makan koktel itu .

"Amboi-amboi ! Gelojoh naw !" Aku tersenyum melihat dia .

Dia tidak menjawab malah makin gelojoh pula dia makan . Aku menggeleng perlahan .

"Erm malam ni kita pergi rumah ibu boleh ? Rindulah kat ibu . Haritu ibu call aku suruh datang ." Perlahan aku menutur kata .

"Ohh boleh je . Ha pergi siap cepat , satgi kita gerak . Kau tu siap dah lah lambat ." Katanya sejurus pergi ke sinki .

Aku mengetap bibir , hm asyik mengetap bibir je haih .

•••••••••••••••••••••••••

Okay done for this chapt ! Eid mubarak 3 guys ! Hoho bila nak raya kat rumah author ? Meh lah . Hahahaah . Keep vote n comment ya guys ? Bye !

Gengster sekolah tu milik aku Where stories live. Discover now