Kami sampai di rumah ibu . Hm rindu pulak kat ibu . Padahal baru seminggu lebih tak jumpa hehehe .
Ariel mengetuk pintu sambil member salam .
"Waalaikumsalam.." sahut ibu dari dalam .
Pintu dibuka ,
"Eh Ariel dengan Elya .. haa masuk masuk ." Pelawa ibu dengan senyuman manis dia .
"Sape bu ?" Haa tu dia . Adik lelaki aku . Khai ..
"Ni haa Elya dengan Ariel .." jawab ibu dengan senyuman manis dia .
Kami duduk di sofa ,
"Lah ingatkan tak nak balik dah .." Perli Khai ..
"Aku tumbuk muka kau kang . " Aku menjeling dia .
Khai mencebik .
"Haa Ariel , Elya ni mesti ganas kan ? Tidur mesti lasak kan ?" Tersengih-sengih Ariel bila ditanya begitu .
"Ish kamu ni Khai .. Asal jumpa je gaduh je korang ni ." Kata ibu mengeluh .
"Dia ni ha bu . " aku menjelir lidah pada dia .
Dia menjeling aku dan sambung tengok tv .
"Ariel Elya Khai jom makan . Ni ibu dah siap masak ni ." Panggil ibu dari dapur .
Kami terus melangkah ke dapur macam lipas kudung dah . Berebut-rebut ! Aku dengan Khai siap tolak-tolak lagi nak sampai awal punya pasal . Hm Ariel hanya mampu menggelengkan kepala melihat bini dia yang childish dan comel ni . Heee
"Ya Allah korang ni .. Ingatkan lama tak jumpa makin elok , rupanya makin teruk .." ibu mengeluh sambil menggeleng .
Aku dengan Khai dah tersenyum sumbing dah kena bebel dengan ibu .
"Tula ibu . Elya ni perangai memang macam budak-budak ke ibu ?" Perli Ariel selamba sambil memandang aku sekilas .
Aku terus pijak kaki dia ! Ha rasakan !
Terjengket-jengket dia menahan sakit . Hahaha .Semua disitu menggeleng kan kepala melihat teletah aku . Eh baru aku perasan , ayah mana ?
"Ibu Ayah mana ?" Tanya aku setelah duduk di meja bersama mereka .
Baru je ibu nak jawab tiba-tiba pintu utama diketuk dan dibuka .
"Asalammualaikumm.." maka terpangpanglah wajah ayah yang kepenatan di kedai dia harini .
"Waalaikumsalam ." Jawab kami serentak seraya aku dan Ariel terus menyalam tangan ayah .
"Eh Elya dengan Ariel pun ada .." Ayah mengusap kepala aku .
Aku hanya tersenyum .
Kami makan sambil berborak-borak ,
"Kakak bila nak bagi Khai anak buah ?" Selamba Khai tanya .
Terus tersedak aku ! Ariel ni boleh rilek je .
Aku menjeling Khai dengan sangat tajam , dia boleh selamba makan je . Hm biadap punya adik
"Ish Khai .. Kakak ni kan sekolah lagi .." Kata ibu ,
Khai mencebik .
"Ibu , lusa Elya dengan Ariel balik kampung Ariel .." Ujar aku dengan lembut .
"Ohh bagus lah macam tu . " sampuk ayah .
"Ibu izinkan ke ?" Tanya aku ragu-ragu .
"Eh apa pulak tak izinkan .. Kan kampung Ariel . Seorang isteri kena ikut suami dia tau .." Kata ibu dengan lembut .
Erk abis kalau Ariel pergi tandas aku pun kena ikut ke ?
"Hehe okay ibu .."
Kami sambung makan dengan senyap .
Aku dengan ibu duduk berdua di ruang tamu , Ariel Khai dengan ayah pula kat luar berbual .
"Elya rindu lah kat ibu .. " aku memeluk bahu ibu ..
"Ibu pun rindu jugak dengan Elya ." Ibu tersenyum manis .
"Kalau Elya nak tinggal sini boleh ?" Aku memberikan ibu senyuman yang mampu buat semua lelaki cair ! Hehe .
"Ish kamu ni .. Alah nanti kalau ada masa ibu datang lah melawat korang ." Jawab ibu sambil mencuit lengan aku .
"Alah .. hm yelah ." Aku acah-acah sedih . Hehe .
"Elya , Elya kena kuat tau . Walau apapun yang jadi Elya kena kuat ya ?" Tiba-tiba ibu cakap macam tu . Kenapa ?
"Kenapa ibu cakap macam tu ?" Perlahan suara ku .
"Takde apa lah . Elya mesti kuat ya ? Janji dengan ibu ?" Sekali lagi ibu berkata sambil tersenyum . Senyuman yang tersirat seribu satu makna .
"Ermm okay ibu .. "
___________________________
Tengku Ariel povAku duduk di ruang tamu sambil tengok tv . Sebenarnya tv yang tengok aku tengah termenung ni . Kenapa ayah tak bagitahu Elya ? Elya patut tahu . Tapi kesian pula kat Elya kalau dia tahu . Dia paling rapat dengan ayah dia . Hmm ...
"Menungkan apa tu ? Girlfriend ?" Tiba-tiba Elya duduk disebelah aku .
"Haah teringat kat Shera ." Selamba aku jawab .
Apa ? Dulu memang lah aku minat jugak kat Shera tu . Ye la dia lawa , muka macam korea sikit .
"Eleh kau . " Elya mencapai remote tv dan tukar siaran lain .
Aku biarkan jelah .
"Baju semua dah kemas ? Lusa nak gerak dah ." Tanya aku sambil memandang dia .
"Ohh dah .. Ezwan ikut sekali kan ?" Tanya Elya dengan kening terangkat-angkat .
Haih ! Aku benci betul dengar nama tu .
"Kau jangan sebut nama dia !" Kuat suara aku . Aku terus naik ke atas .
Pantang betul kalau orang mention budak yang aku benci ni . Malah dia yang hancurkan hidup aku ! Fitnah aku . Semua pun percaya kat dia . Yelah konon dia tu baik sangat . Konon lah !
Aku menghempas pintu bilik . Apa lagi ? Main Xbox lah ! Kalau tengah marah aku akan main game . Lebih menenangkan .
Elya masuk dalam bilik .
"Ariel .." panggil dia perlaha dari atas katil .
"Apa?" Mendatar suara aku .
"Tadi mama call , dia cakap esok lepas balik dari sekolah terus gerak kampung ." Kata Elya .
"So ? Suka lah dapat jumpa mamat tu ? Sukalah dapat borak dengan dia ?" Perli aku sambil mata masih fokus pada game .
"Haah . Suka sangat !" Sindir dia kembali dan terus keluar .
Haih . Sabar jelah dengan kau ni Elya . Tunggu kau malam pertama nanti , tak ada belas kasihan bagimu . Aku tersenyum sinis . Hehehehe .
__________________________
Elya pov
Haha suka pulak aku usik Ariel macam tu . Dia marah ? Kesah apa . Hehehe .
Kalau jeles tu cakap jelah . Kenapa perlu berdalih ? Sebenarnya aku pun tak berapa suka dengan Ezwan tu . Dia tu macam , er scary lah .
Yelah dari pandangan mata dia tu . Fuh takut aku . Tengok aku macam nak terkam je . Sekali aku jolok mata dia tahu lah .
Tiba-tiba aku teringat balik kata-kata ibu tadi . Kenapa ibu cakap macam tu ? Macam ada sesuatu yang tak kena je . Aku tengok ibu sihat walafiat je . Cuma ayah lah batuk-batuk sikit .
••••••••••
Done for this chapt ! Sorry sebab lama tak update . Banyak open house org jemput tu yang tak berkesempatan tu hehe . Btw teruskan vote dan commet ! Comment lah positiv supaya author rajin cari ilham ! Heheh .
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Teen Fiction#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...