GSIMA-22

5.7K 275 5
                                    

Tengku Ariel pov

Malam itu aku duduk diluar rumah sambil menikmati keindahan kampung . Bunyi cengkerik yang menenagkan , bagai tiada masalah yang perlu difikir bila hanyut dengan keindahan kampung ini .

Sedang aku leka menikmati keindahan , ada sebuah kereta Toyota Avanza masuk parkir di rumah jiran . Macam aku pernah tengok kereta Avanza ni , No plat pun macam aku kenal .

Keluar lah susuk tubuh seorang perempuan diikuti oleh seorang lelaki tua dan seorang wanita tua dari kereta itu . Sebenarnya tak ada lah tua mana pun .

Aku lihat budak perempuan itu yang membelakangi aku , macam aku kenal perempuan ni . Dari gaya dia jalan pun macam aku kenal , tapi siapa . Perempuan itu berpaling wajah nya , terkejut terus aku .

Dania .

Dia lah perempuan yang telah beri aku bahagia , kebahagiaan yang palsu . Seperti tak bermakna semua kenangan aku dengan dia . Kenapa dia ada kat sini ? Dia pernah cakap kampung dia kat Pahang , tapi tak sangka pula kampung dia sama dengan kampung aku .

Terkaku aku melihat dia , ya aku rindu . Tapi perasaan benci aku lebih banyak . Aku benci dia , dia cuma gunakan aku . Aku tahu aku tak bermakna apa-apa untuk dia .

Mata kami bersatu , mata dia tepat pada mata aku . Seperti aku , dia juga terkejut . Aku nampak mulut dia menyebut

Ariel .

Ya aku tahu dia cam aku . Lama mata kami bersatu , dan dia mula mengukir senyuman pada aku . Aku terus masuk ke dalam rumah . Tak sangka akan jumpa kat sini , tak sangka .

"Haii Ariel ? Kenapa muka pucat je ni ? Nampak Cik Ponti ke apa ?" Perli Afi yang sedang menonton TV dengan Ezwan .

Aku diam tidak menjawab . Aku memandang dia ,

"Kau kenal jiran sebelah rumah ni ?" Tanya aku dengan nada serius .

"Kenal lah . Nek jah orang panggil . Fuh cucu dia cun meletop tau ! Asal ?Cucu dia balik rumah nek jah ke ?" Dari nada suara Afi memang dia tengah teruja .

Aku diam dan terus melangkah ke bilik meninggalkan Afi yang terpinga-pinga .

Masuk sahaja dalam bilik aku diuji lagi . Aku nampak Elya tengah tidur dengan kain batik yang dipakai nya terselak sehingga ke peha dia . Aku terus mengucap , banyak betul dugaan harini .

Haih Elya asal lah kau pakai kain batik malam ni ? Tengok kau dah buat iman aku tak kuat . Aku tanpa memandang Elya terus baring disebelah dia sambil membelakangi dia .

Elya tersedar , mungkin sebab aku menghempaskan badan atas katil dengan kuat tadi .

Dengan mamai ,

"Kau ni baring tu slow-slow tak boleh ke ? Kacau aku nak tidur je ." Kata Elya dalam mamai setelah duduk bersila .

Dia dah duduk kiranya dah tak nampak seksi lah kan ?

Aku bangun duduk menghadap dia ,

"Asal kau pakai kain batik ni ? Seluar biasa tak ada ke ?" Tanya aku dengan tegas .

"Tadi aku malas nak bukak beg tu , so aku pakai jelah kain batik ni . Yang kau nak marah kenapa ?" Tanya Elya dengan hairan .

Aku bukan marah , aku tergoda .

"Asal awal sangat kau tidur ? " aku mengubah topik . Malu lah aku kalau dia tahu pasal tadi .

"Tertido lah . " balas Elya sambil tersengih .

Dah agak dah . Tidur jelah yang kau tahu Elya . Aku mengguling kan biji mata .

"Erm lapar lah .. Makanan tadi ada lagi tak ?" Tanya Elya sambil mengusap perut nya .

Gengster sekolah tu milik aku Where stories live. Discover now