Aku termenung sendiri di dalam kelas . Sebenarnya aku masih terfikir siapa Dania ? Kenapa dia call Ariel malam tadi ? Haih serabut lah .Sedang kushuk aku termenung , pintu kelas diketuk beberapa kali dan muncul lah wajah Cikgu Siti bersama seorang pelajar perempuan yang aku tak pernah nampak . Erk mungkin budak baru .
"Asalammualaikum kelas .. okay senyap semua !" Cikgu Siti bercekak pinggang .
Beberapa saat kemudian satu kelas mula diam dan menumpukan perhatian pada Cikgu . Ada yang berbisik-bisik .
"Bagus . Okay saya nak kenalkan kamu semua pelajar baru kelas kita . Sila kenal kan diri." Ucap Cikgu Siti .
"Nama saya Nur Dania , korang boleh panggil Nia . " Dania memperkenalkan diri .
Kelas mula kecoh . Yela bila ada budak baru lawa macam tu siapa tak kecoh kan ? Tapi Ariel ni muka dia tegang je kenapa ?
"Kau okay ?" Soal ku pada Ariel .
Dia menghela nafas berat . Lalu menggeleng kecil .
Aku sudah rasa pelik . Kenapa dengan Ariel ni ? Dia ada sembunyikan sesuatu ke ?
______________________________________________
Fuh penat nya . Yela orang lain semua balik awal , aku pulak kena tolong cikgu angkat buku . Dah lah berat aishh .
Aku berjalan ke arah kereta Ariel sambil membebel . Langkahku terhenti . Aku melihat Ariel dan Dania , mereka di tangga sedang berdiri berhadapan . Seperti bertekak ?
Dania memaut tangan Ariel dan merayu , Ariel hanya diam membisu . Aku yang tak sanggup nak tengok semua tu terus berlari keluar sekolah .
Air mata aku gugur . Mungkin ini yang Ariel sembunyikan dari aku ? Dia ada hubungan dengan Dania ? Ya Dania , mungkin orang yang sama menelefon Ariel malam tadi .
Aku duduk di sebuah taman sambil termenung . Sampai hati kau buat aku macam ni Ariel .
Ariel datang dan duduk disebelah aku . Aku mengalih ke tempat lain .
"Hey kenapa ni ? Kenapa kau menangis ni ?" Soal Ariel .
Aku hanya diam . Sendiri fikir lah .
"Kenapa kau jalan kaki ni ? Lama tau aku tunggu tadi . Kau tu perempuan , lawa pulak tu , bahaya lah jalan kaki . Ishh ." Bebel Ariel lagi .
Arh suka hati aku lah nak jalan kaki ke apa ke . Kau sibuk apahal ?
Ariel menarik lembut dagu aku menghadap dia ,
"Kau marah aku sebab apa ni ? Hmm ?" Soal Ariel prihatin .
Aku mengalihkan memandang tempat lain .
"Seronok tadi dating dengan Dania kat tangga ? Aku taknak kacau so aku jalan kaki lah ." Perli aku .
Ariel diam seketika .
"Kau salah faham ni." Kata Ariel .
"Salah faham ? Pft .. Sokay lah kau bukan sayang aku pun , sebab tu kau buat macam tu ." Air mata aku menitis .
Pantas Ariel memeluk aku dan mengelap air mata aku .
"Okay biar aku terangkan . Dania tu cuma kenangan lama aku , dia just exgirlfriend aku , n tadi dia merayu minta maaf kat aku . Tu je .. " terang Ariel sambil mengusap bahu aku .
"Tipu.." serak suara aku .
"Betul aku tak tipu .."Aku mengangkat muka memandang Ariel ,
"Janji kau tak ada apa-apa dengan dia .." Aku menghulur jari kelingking .
"Janji ngekk .. Hahaha kau ni manja sangat ni kenapa .." Ariel ketawa kecil sambil mengusap kepala aku
"Manja pun salah ke .." aku membuat muka sedih dan menarik muncung .
"Bukan salah , tapi comel sangat . Aku risau terbatal je puasa aku harini sebab kau .." kata Ariel .
Aku tersenyum . Haih dia ni , pandai buat aku selalu tersenyum .
Huhh kita berjumpa lagi ye gaisss hahah . Maafkan author sebab lama tak update .. huhuhu author broken ahahahah .. sokayla lepasni insyaAllah author selalu update ye .
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Novela Juvenil#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...