Ariel meregangkan badan . Lenguh badannya naik kapal terbang . Dia dan Elya berjalan beriringan sambil menarik bagasi yang besar . Penuh dengan barang Elya je .
Uwarghh!!
"Oi dah puas tido pun nak menguap macam tu ke ." Bebel Ariel .
"Mana ada puas tido . Kau asyik dok kacau aku je tadi asal ." Elya menjeling Ariel .
Ariel hanya mencebik .
"Dah , tunggu sini jap . Aku nak uruskan hal kereta sewa kita kat sini ."
Elya hanya mengangguk sementara mata dia melilau melihat orang sekeliling . Banyak mat saleh je sini . Getus hati Elya .
"Eeii mana Ariel ni , lenguh dah kaki aku tunggu ni ." Rungut Elya .
Beberapa minit datang sebuah kereta Honda Civic FD berhenti betul betul di depannya .
Ariel keluar dari kereta ,
"Kau sewa kereta ni ?" Tanya Elya dengan nada sarkastik .
Ariel hanya mengangguk , dia mamasukkan bagasi ke dalam bonet . Dia dan Elya masuk ke dalam kereta .
"Lagi cantik kereta ni daripada kereta kau ." Ujar Elya .
Ariel memandang Elya ,
"Kereta aku lagi cantik lah ." Cebik Ariel .
Kereta mula bergerak .
"So kita nak tidur kat hotel mana ni ?" Tanya Elya memandang Ariel .
Ariel tersenyum ,
"The Danna Langkawi ." Ujar Ariel .
"Whattttt!!!!" Jerit Elya .
Ariel menutup telinga . Aduh dia ni kalau tak jerit tak sah .
"Srsla ? Aku teringin sangat nak tidur hotel tuuu." Tanya Elya dengan teruja .
Ariel tersengih ,
"Sebab kau teringin la aku booking hotel tu . " Jawab Ariel .
"Thankss . Kau la suami paling baikk ." Elya tersengih manja .
"Elehh , dulu kata aku suami tak guna la apa la . " Ariel acah acah merajuk .
Elya memeluk lengan Ariel ,
"Alaa tu dulu sebab kau suka buli aku . " Elya memuncung bibir .
Teringat dia masa mereka mula mula kawin dulu , suka sangat Ariel ni buli dia .
"Tapi sekarang pun kau tetap suka buli aku hehe ." Ujar Elya tersenyum menampakkan baris giginya .
Ariel hanya tersengih dan menggeleng , kenapa lah kau comel sangat Elya .
Akhirnya mereka sampai ke The Danna Langkawi . Ariel parking kereta ,
"Oit mengelamun apa ? Jom la . " Ariel mencuit Elya yang sedang terpegun melihat kecantikkan resort tersebut .
"Mesti mahal kan ? Susah kan kau je bawak aku pegi tempat mahal macam ni ." Ujar Elya dengan nada serbesalah .
"Susahkan apa nya ? Kan honeymoon kita . Takkan la aku nak bawak kau tinggal kau hotel bajet pulak . " Balas Ariel .
"Dah dah jom ." Mereka keluar dari kereta .
Ariel mengeluarkan bagasi dari bonet belakang . Dia dan Elya berjalan beriringan masuk ke lobby resort itu .
"Saya yang book haritu . " Ujar Ariel pada reception .
"Nama ?" Tanya penjaga kaunter itu.
"Tengku Ariel Danyel . " Balas Ariel .
Elya di sebelah hanya diam membisu sambil melihat decoration lobby di situ . Sungguh cantik , sungguh kreatif . Memang patutla resort 5 star .
"6 malam ye . "
Ariel hanya mengangguk .
Setelah mendapat kad , mereka terus berjalan masuk ke bilik .
"Bulan madu la tu ." Ujar kawan yang menjaga kaunter tadi.
"Mesti anak orang kaya kan . " Balas kawannya .
___________________________________________
Pintu bilik dibuka , perlahan kaki mereka melangkah masuk ke dalam. Elya sudah tercengang sewaktu melangkah masuk ,
"Cantik nya!!" Teruja Elya dengan mata yang bersinar .
Di bahagian tengah ada jakuzi , dan di bahagian belakang sikit tempat untuk rehat , ada tv , sofa yang sangat cantik , design yang sangat puas hati .
Dan di bilik mereka ada katil quin saiz , bunga ros sudah siap dihias lambang "love" di atas katil mereka . Elya jadi jakun kejap .
"Kot ye pun jakun , cover lah sikit weh . " Ujar Ariel meletakkan bagasi di dalam bilik tidur mereka .
Elya datang pada Ariel yang sedang membuka kemeja dia . Elya memeluk Ariel dari belakang ,
"Thanks sebab bawak aku pegi sini ." Ujar Elya dengan gembira .
Ariel tersenyum ,
"Kalau macamtu malam ni aku kene dapat habuan la sebab berjaya buat kau happy ." Ujar Ariel dengan senyuman .
Elya mencubit perut Ariel ,
"Jangan mengada eh , kita muda lagi . " Ujar Elya dengan muka tahan malu .
Ariel hanya menggeleng dan tersenyum kecil .
"Aku nak jadi jakun jap , aku nk pusing satu bilik nak je hehe . " Elya terus pergi meneroka bilik mereka itu.
Ariel hanya tersenyum ,
"Bini sape lah comel sangat ni ." Ujar Ariel perlahan.
Ariel baring sebentar untuk rehat , akhirnya dia terlelap juga . Elya pula sedang duduk di depan sambil tengok tv .
Klik ! Klik ! Klik !
Dia mengambil beberapa selfie dan post di instagram nya. Tersenyum dia melihat beberapa komen , dan komen dari kawan kawan dia .
Bersambung
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Roman pour Adolescents#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...