GSIMA-11

5.9K 291 2
                                    

Tengku Ariel pov

"Mulai harini kau bukan lagi anak aku ! Aku tak pernah ajar anak aku buat benda tak senonoh!" Bentak papa .

"Papa Ariel tak salah." Kata aku dalan tidur .

"Berambus kau dari sini ! Kau tak layak duduk dalam keluarga ni!" Papa menolak aku dengan muka bengis nya .

"Bang sudahlah bang . Jangan macam ni . Kesian dia bang.." suara mama sayu memujuk .

"Mama..." bergeletar suara aku .

"Kau dah malukan aku ! Pergi kau !" Tengking papa .

"Mahmud , jangan percaya semua tu . Fitnah je tu .." maklang cuba memujuk .

"Kenapa..? Kenapa papa buat macam ni kat Ariel ?" Sendu suara ku .

"Apa lebih dia ? Kenapa papa dengan mama selalu lebihkan dia ?! Apa salah Ariel ?!" Bentakku dengan amarah dan ego .

"Ariel ? Ariel kau okay tak ?" Elya menampar lembut pipi Ariel yang tidur disebelahnya .

"Dia tu baik ! Dia tak pernah melawan cakap aku ! Kau anak tak guna ! Berambus kau !" Papa menolak tubuhku dengan kuat .

Mama dan maklang hanya mampu berdiam sahaja .

"Ariel bangun..kau mimpi nii," Elya masih menampar lembut pipi aku .

"Kenapa buat Ariel macam ni?" Aku menggenggam cadar katil dengan muka berkerut .

Papa mengambil semua barang aku dan campak di luar pintu .

"Kau tunggu apa lagi ?! Pergi !" Papa menolak aku sehingga jatuh .

"Papa .. mama..." sayu suara aku kedengaran  .

"Satu hari nanti .. korang akan menyesal sebab pernah buat aku macam ni . Dan masa tu , korang tak akan kenal Tengku Ariel Denyel yang sekarang ." Aku berkata sinis dan bangun mengambil semua baju aku yang dicampak tadi .

"Korang akan menyesal .." Suara aku sudah kuat kedengaran .

"Ariel bangun .. bangun weh ..." Elya menguatkan suara nya .

Terus terbuka luas mata aku terkejut dengan mimpi tadi . Aku terus terduduk dari baring tadi . Aku memandang Elya , muka dia jelas menampakkan dia risau .

"Kau kenapa tidur sini ? Asal tak tidur bilik kau ?" Lemah aku berkata . Jelas aku lemah dengan mimpi tadi . Aku sakit bila ingat semua peristiwa hitam aku .

"Tadi masa aku tertidur kat ruang tamu maklang datang . Dia paksa aku tidur sebilik dengan kau . Mak noh lah jadi cctv dia ." Elya mencebik .

"Kau okay ? Kau mimpi buruk tadi .. nak air ? Aku ambikkan ?" Sambung Elya dengan riak muka risau .

"Aku..aku okay." Lemah nya suara aku nak bersuara . Kenapa aku jadi lemah ni ?

"Sekarang pukul berapa ?" Tanya aku .

"Pukul 4 pagi dah . " Elya bangun dan keluar dari bilik . Pergi mana dia ni ?

Biarlah dia . Aku bangun dari katil dan menuju ke balkoni bilik aku . Aku termenung seketika sambil melihat bulan yang menyinari malam .

Kenapa setiap kali aku cuba nak lupakan semua tu , mimpi tu datang balik ? Kenapa bahagia tak pernah berpihak pada aku ? Aku buat baik tapi orang pijak kepala . Aku jadi jahat orang benci aku . Bahagia memang tak pernah berpihak pada aku .

Elya datang berdiri disebelah aku yang sedang termenung ,

"Nah minum ni . Tula kau tidur tak cuci kaki sebab tu mimpi buruk ." Elya menghulurkan segelas air kosong .

Gengster sekolah tu milik aku Where stories live. Discover now