Special 38

3.9K 187 3
                                    

Baiklah sebelum tu author nak kabor , author takkan guna pov dah ye . Sekian .

Banyak juadah di bazaar itu , Elya sudah tersenyum sumbing . Terlalu banyak makanan kegemarannya .

"Ha tak payah nak tersengih macam kerang busuk . Kau beli banyak-banyak tapi tak habis aku paksa kau habiskan ." Ujar Ariel seraya menarik tangan Elya ke kedai jual Nasi Ayam .

"Alaa Ariel aku taknak Nasi Ayam .." rengek Elya penuh manja .

Nasib tak ada yang pandang . Gedik pulak Elya ni ujar Ariel dalam hati .

"Abistu kau nak makan ape ?" Tanya Ariel mengangkat kening nya .

Elya membuat gaya-gaya seperti sedang berfikir . Dia tersenyum menggoda..

"Makan awak.." Perlahan Elya menuturkan kata kata itu dengan senyuman penuh menggoda .

Ariel tercengan sebentar . Sejak bila bini aku pandai main ayat macam ni ujar dia dalam hati . Kemudian Ariel pula tersenyum sinis , dia menarik Elya lebih dekat dengannya ,

"Malam nanti awak makan saya ye baby sayangg~~~" bisik Ariel membuatkan Elya pulak yang cuak .

Elya tertunduk malu kerana dia yang mahu mengusik Ariel tetapi terkena pada diri sendiri pula .

"Ish kau ni , aku gurau je ." Elya mencebik .

"Eh takde gurau gurau. Habis lah kau malam ni hehe." Ariel tersenyum jahat .

Pangg !!

"Haa padan muka . Sakat aku lagi ." Merah pipi Ariel ditampar Elya .

Nasib baik tiada orang yang perasaan . Kalau tak buat malu je .

Ariel pula sudah tercengang , bini aku tampar aku ? What the heck ?! Dia memegang pipinya yang ditampar tadi .

"Aduh sakit lah.. Dah la ni ade lagi kesan kene tumbuk haritu ." Ariel mengusap pipi nya .

Muka Elya berubah bersalah . Alamak kuat sangat ke aku tampar tadi ? Aduh kesian laki aku .

"Sakit ke weh .. Alaaa sorry weh aku tak sengaja . Em emm salah kau lah sebab suka sakat aku .. " Elya sudah rasa bersalah . Namun dia tetap salahkan Ariel .

Ariel menjeling Elya dan terus berjalan .

_________________________________________

Perlahan kereta Ariel memasuki kawasan rumah mereka . Mereka sudah selesai membeli lauk untuk berbuka nanti .

Elya memandang Ariel ,

"Kau marah ke ?" Tanya Elya perlahan .

Ariel hanya menjeling .

"Alaa jangan la merajukkk." Rengek Elya penuh manja . Berharap suaminya memaafkan dia . Kesian kau Ariel dapat bini ganas .

"Tampar lah lagi . Muka aku ni memang tempat kau nk tampar je ." Perli Ariel tajam .

Elya mengembungkan pipinya . Ish merajuk teruks dia ni .

"Aloloo meh meh aku cium bagi hilang rasa sakit tu .." Elya mendekatkan bibir ke pipi Ariel .

"Batal puasa aku nanti . Lagi berapa minit je nak buka . Kau jangan memacam ." Ujar Ariel cuba menjauhkan diri dari dicium Elya. 

"Alooo meh laaa awakk saya nak cium awak ni." Rengek Elya penuh manja cuba mendapatkan Ariel .

"Eh eh jangan laa batal la puasa . " Ariel cuba melarikan diri dari Elya yang entah kenapa tiba tiba nak jadi manja pulak ni . Ariel terus pergi duduk di seat belakang .

"Hahahahaah kau ni .. Gurau je hahaa . Aloloo die majuk ye tadii." Ketawa Elya berdekah dekah .

Amik kau selalu kau kenekan aku kan , nah aku balas balik .

"Kau tunggu la malam nanti Elya " kata Ariel dengan muka merah menyala .

Elya masih lagi dengan sisa tawanya . Perlahan dia mengusap pipi Ariel ..

"Alalaa garangnya . Takpe takpe aku usapkan ye . Mana yang sakit tu meh aku usap." Elya mengusap pipi Ariel .

Mata mereka bertautan . Lama .. Tiba tiba air mata Elya menitis .

"Eh eh kenapa nangis ni ?" Tanya Ariel lembut sambil mengelap air mata Elya .

Elya tersenyum ..

"Aku masih rasa bersalah sebab buat kau sakit hati dulu sampai kau pergi.." ujar Elya perlahan .

"Hey sayang , aku dah maafkan kau lama dah . Jangan lah nangis ish dia ni.." Ujar Ariel lagi sambil mengelap air mata Elya .

"Tapi aku jahat , aku ada suami yang selalu lindungi aku , yang selalu buat aku rasa bahagia , tapi aku tetap sakitkan hati kau .." Ujar Elya dengan suara serak basahnya .

Ariel tersenyum ,

"Kau nampak semua tu ? Apa yang aku buat ?" Tanya Ariel sambil tersenyum .

"Aku nampak semua pengorbanan kau untuk aku . Dan aku just nak kau tahu yang aku sayang sangat dekat kau ." Ujar Elya dan terus memeluk Ariel .

Ariel tersenyum sendirian . Tak sangka pengorbanan dia untuk buat Elya gembira , dan sentiasa selamat dihargai .

Aku pun sayang kau Elya .

Bersambung

So macam mana guys ? Maaf sebab tak panjang . InsyaAllah esok author update bab seterusnya . Selamat berbuka puasa guys!

Gengster sekolah tu milik aku Where stories live. Discover now