Aku terus melentokkan kepala di dada Ariel dan menangis . Tangisan kegembiraan . Aku rindu kau !
"Shh dahlah jangan nangis . Aduh kau ni cengeng lah hahaha .." Ariel meluku manja kepala aku .
Aku rindu diusik sebegini oleh Ariel .
"Biarlaaa . Kau jangan tinggalkan aku lagi tauu .." kataku dengan manja sambil kepala ku masih di dada Ariel .
"Kalau aku nak tinggalkan kau lagi macam mana ?" Sengaja Ariel nak mengusik aku .
Spontan aku terus memandang dia dengan tajam . Dengan mata yang sembab .
"Heheh okok aku gurau je .." Ha tahu takut .
Ariel memeluk pinggang aku ,
"Kenapa kau nangis ni ? Cuba bagitahu aku ." Tanya Ariel dengan lembut sambil menghadap aku . Kini kami duduk di atas sofa dengan berhadapan .
"Kau tak ada pengganti aku kan ? Cuma aku je kan dalam hati kau ?" Aku tidak menjawab soalan Ariel , malah mengajukan soalan pada dia .
"Apa kau cakap ni . Aku ada kau sorang je tau . Isteri yang manja , comel , CENGENG lagi tu hahaha ."
Wah rasa bahagia . Betul kata orang , bila kita derita rindukan seseorang itu , pasti bahagia menunggu di hadapan .
"Buka puasa nanti aku nak bawa kau pergi tempat special ." Kata Ariel dengan senyuman penuh makna .
Aku mengerutkan kening ,
"Special ? Tapi kesian ibu dengan Khai nanti buka puasa berdua je ." Kataku lemah .
"Jangan risau lah . Harini aku nak buat kau jadi orang paling bahagia , so just wait honey ." Ariel tersenyum manis .
Erk ? Mana kau belajar jadi romantik ni Ariel ? Takpa takpa aku suka hehehe .
"Udah ler tu . Sakit mata aku tengok tauu ." Sampuk Khai .
Ariel terus meleraikan pelukan . Kami sama-sama merah muka .
Malu !
"Kau ni potong stim lah Khai . Baru je aku nak bagi kau anak buah . " kata Ariel selamba .
Aku mencubit lengan dia . Amboi dia ni ! Berani sungguh !
"Anak buah ? Erm boleh gak . Tapi pergi buat kat atas lah . Aku nak tengok tv kat sini . Kang tak pasal aku tengok benda lain pulak ." Balas Khai selamba badak !
Aku membaling bantal pada dia . Jaga kau dik !
Ariel dah bantai ketawa dah . Ey geram nya aku ! Aku mencubit peha Ariel . Padan muka ! Suka sakat aku kn.
Ariel terus merangkul pinggang aku dan membawa aku naik ke atas . Sempat dia memberi senyuman penuh makna pada Khai . Khai sudah gelak terbahak-bahak , aku ? Aku dah cuak . Em .
Sampai di dalam bilik , Ariel membaringkan aku dan dia berada di atas aku , dia memandang tepat pada mata aku .
"Kau rindu aku ?" Soal Ariel dengan lembut .
Aku menutup mata . Malu ! Muka dia betul-betul depan muka aku .
"Jawab . Kalau tak aku cium bibir kau ni . Dah lama aku ngidam ni .." Ariel tersenyum nakal .
"Eleh ! Tak puasa ke nak cium-cium aku ni ? " kataku dengan pandangan tajam .
"Alah kalau batal puasa salah kau lah . Siapa suruh goda aku ." Balas Ariel dengan nakal .
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Teen Fiction#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...