Harini kecoh sikit kat kelas sebab cikgu BM tak datang . Aku duduk berkumpulan dengan kawan-kawan aku ,
"Elya sejak dah 'berumah' tangga ni makin berseri lah muka ." Usik Shera dan ketawa . Mereka juga ketawa .
Aku mencebik merajuk .
"Korang ni . Bukan nya kahwin sebab suka sama suka ! Sebab keluarga lah ! Janganlah usik aku macam ni ." Aku memuncungkan bibir .
"Ariel ! Ni Elya merajuk ni . Pujuk lah dia ." Selamba Syafiqa panggil Ariel yang sedang berborak dengan geng dia kat meja kosong belakang .
Ariel pandang Syafiqa dengan tajam , terus pucat muka syafiqa .
"Hehe sorry .." Ucap Elya perlahan .
Kitorang dah bantai ketawa dah . Tula berani sangat nak usik gengster sekolah ni .
"Tula kau ! Dengan Elya boleh lah kita usik . Laki dia jangan ! Nanti kena ngap dengan harimau tu kang !" Kata Misha dengan ketawa nya dan membuat gaya seperti harimau menerkam mangsa nya .
Syafiqa mencebik . Hahaah .
Tengku Ariel pov
"Eh asal Syafiqa cakap kat kau Elya merajuk ?" Tanya mereka hairan .
"Er er tak ada apa lah . Gila kot budak tu ." Bohong aku dengan dahi yang sudah minitik peluh .
"Ke kau dengan Elya ada apa-apa kann?" Izmi tersenyum macam kambing dah .
"Argh banyak lah kau ! " Bentakku ,
Mereka ketawa terbahak-bahak kecuali Firash . Dia daripada tadi tengok aku semacam je . Tiba-tiba dia tarik aku pergi ke luar kelas ,
"Betul kan kau dengan Elya ada apa-apa?" Tanya Firash dengan muka serious nya .
Aku diam . Tak tahu nak jawab apa .
Dia mengeluarkan telefon dia dari poket , dia menekan screen telefon nya dan dia tunjuk pada aku . Gambar aku dengan Elya dekat Baskin Roben semalam . Oh patutla aku rasa macam diperhati semalam ."Aku ni kawan baik kau Ariel . Kalau kau ada benda nak diceritakan , cerita lah kat aku . Aku dah kawan dengan kau dah lama dah ." Dia cuba memancing aku untuk cerita perkara sebenar .
"Betul kau nak tahu ? " aku memandang dia dengan kening yang terangkat-angat .
Dia mengangguk .
"Aku dengan Elya dah kahwin ." Tenang perkataan itu keluar dari mulut aku .
Terbuntang terus mata dia .
"What ?! Like seriously?! Sejak bila ?" Terkejut beruk terus anak orang ni .
"Tak sampai sebulan pun . Baru je lagi . Tapi bukan sebab suka sama suka , sebab arahan keluarga ." Aku mengeluh di hujung ayat aku .
"Diorang dah tahu ?" Tanya Firash sambil memandang ke arah Izmi , Aiman , dan Alif yang sedang bergurau kasar .
"Belum . Perlu ke diorang tahu ? Nanti kecoh lah ." Satu keluhan kecil dilepaskan .
"Jangan risau . Yang pasal nak cerita kat diorang tu biar aku setelkan ." Katanya dengan penuh yakin .
"Hahaha yelah ..." tiba-tiba bahu aku ditepuk perlahan dari belakang .
Aku dan Firash menoleh ke arah orang yang menepuk bahu aku , Daniel dan geng dia . Dia tersenyum sinis ,
"Kitorang dah kembali .." Katanya dengan penuh sinis .
"Huh .. Tak sabar nak ambil tahta kat sekolah ni balik . Kan ?" Senyuman jahat masih tak lekang dari bibir dia .
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Ficção Adolescente#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...