Special 41

4K 176 2
                                    

Setelah Ariel dan Elya turun ,terlihat la keluarga Ariel sudah ada di bawah . Ariel hanya memandang mereka dengan pandangan kosong . Tetapi tidak pada Ariana , adik perempuan nya . Perlahan dia melangkah ke arah Ariana ,

"Ehem adik durhake ni tak reti mintak maaf ke ?" Perli Ariel .

Ariana mencebik ,

"Yelaa . Mintak maaf kalau ada tersilap kata abangku . Adik tak durhake ." Ariana menyalam tangan Ariel .

Ariel hanya tergelak kecil sahaja .

Datang papa dan mama Ariel , mereka tersenyum tengok Ariel . Sesungguhnya mereka masih lagi rasa bersalah dengan apa yang jadi .

Ariel hanya buat tak tahu dengan kehadiran mereka . Suasana Awkward antara mereka .

Sebenarnya jauh di dalam hati Ariel , dia masih mengharapkan mereka . Keluarganya . Walaupun sejak insiden 2 tahun lepas , dia telah tekad untuk jadi manusia yang tak ada perasaan . Namun sebahagian dari dirinya masih mengharapkan mereka .

"Ariel.." panggil papa dan mamanya .

Papanya menghulurkan tangan salam , Ariel memandang tangan itu , lama . Akhirnya dia menyambut huluran tangan papanya dan seraya itu mereka berpelukan .

Semua disitu memerhati mereka dengan senyuman . Maklang , nenda dan saudara Ariel yang lain tersenyum melihat keluarga itu sudah bersatu semula .

Elya juga tersenyum , tanpa sedar air mata nya menitis . Dia rindukan ayahnya . Ayah yang selalu ada untuk dia , yang tak pernah kenal erti penat demi memewahkan dia , ya dia rindukan ayahnya . Ibunya datang disebelah Elya dan memeluk anaknya itu . Dia tahu Elya sangat rindukan arwah ayahnya .

"Sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah ye sayang .." Ibu memeluk Elya yang sedang teresak esak menangis .

Khai pula sudah duduk di luar rumah , melayan perasaan .

"Papa dan mama minta maaf .." Papanya makin mengeratkam pelukan . Mamanya turut peluk bersama mereka .

"Ariel pun nak mintak maaf sebab kurang ajar sebelum ni ." Ariel tak mampu tahan air matanya lagi .

Semua disitu bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk mereka merasai kenikmatan mereka .

__________________________________________

Malam itu semua orang duduk di ruang tamu menonton filem.  Raya kan , confirm banyak filem . Sepupu Ariel yang lelaki pula ada yang melepak di gazebo .

Elya sedang mencuci pinggan yang di guna tadi sambil bernyanyi kecil . Sepasang tangan memeluknya dari belakang . Elya hanya ketawa kecil , sudah tahu siapa .

"Nak apa Ariel ?" Tanya Elya lembut sambil masih lagi mencuci pinggan .

"Dah dah la tu buat keje . Daripada tadi kau buat keje , tak penat ke ?" Tanya Ariel yang setia memeluk Elya dari belakang .

"Takpela , kan aku nak jadi isteri mithali . Nak jadi isteri mithali kena lah rajin . " Elya ketawa kecil .

Ariel mencium leher Elya ,

"Eee jangan la geli lah ..!" Elya ketawa .

"Dah dah ,jom naik atas . Asyik buat keje je dia ni ." Ariel menarik Elya .

Elya hanya menuruti sahaja .

"Ha Ariel Elya , sini la tengok tv . Buat apa lagi situ ?" Panggil papa .

"Ariel nak buat persiapan untuk esok lah . Jap lagi Ariel turun ." Jawab Ariel .

Muka Elya sudah blur . Persiapan ? Persiapan apa ? Persiapan dia nak kawin dua ke ?!

Mereka masuk dalam bilik .

"Kemas baju .." ujar Ariel .

Lagi bertambah blur Elya .

"Kemas baju untuk apa?" Tanya Elya dengan wajah polos .

"Untuk esok la ." Jawab Ariel lagi .

"Yela esok gi mana ? Kau ni pun aku pukul kang ." Elya sudah membuat muka geram .

Ariel yang sedang duduk di atas katil itu ketawa . Dia menarik Elya duduk di atas ribanya ,

"Esok kita pergi honeymoon . Langkawi ." Bisik Ariel .

Terbuntang mata Elya .

"NAKKKKKKK!!!" Elya sudah melompat gembira .

Ariel hanya ketawa kecil .

"Dah dah , kemas la baju . Esok nak pergi daa . Bawak lebih sikit , kita pergi seminggu tau ." Kata Ariel .

Elya masih lagi melompat gembira . Ariel hanya mampu menepuk dahi , bini sapa ni ?

Selesai mereka mengemas baju , mereka turun duduk di bawah bersama yang lain .

"Dah kemas ke baju ?" Tanya nenda .

"Dah nenda . Semua dah bawak da ." Jawab Elya teruja .

"Amboi excited naw kau , untung lah pegi honeymoon ." Isha bersuara sedih .

"Alaa kau , takpe nanti aku bawak balik buah tangan ye . Jangan la sedihh ." Elya memeluk Isha .

Mereka hanya tersenyum sahaja .

Ariel keluar rumah ,

"Ariel mai la lepak . Esok kau tkde dah nak lepak ." Panggil sepupunya . Ezwan juga ada disitu .

"Hahaha macam la tak bole jumpa dah lepasni ." Jawab Ariel ketawa kecil .

"Mai laa ala kau ni ." Panggil sepupunya yang lain .

"Kejap nak pergi kat kereta ." Ariel berjalan ke arah kereta kesayangannya . Mazda RX-8 .

"Seminggu lah kita tak jumpa . " Kata Ariel perlahan . Sayang betul dia kat kereta dia , patutla Elya cemburu haha .

Setelah selesai membelai keretanya , Ariel pergi melepak dengan sepupunya yang lain .

             Bersambung

Maaf sebab bab ni tak panjang dan banyak update . Busy sikit heheh sorry geng

Gengster sekolah tu milik aku Where stories live. Discover now