Sabtu
Elya pov
Hmm harini ibu ajak pergi rumah kawan lama dia . Ayah tak boleh ikut pulak sebab harini ramai orang kat kedai baju dia nak buat tempahan .
"Elya cepat la !" Laung Ibu di kaki tangga .
"Yee dah siap dah." Aku segera berlari menuruni tangga .
"Siap pun lambat . " kata ibu setelah aku sampai di bawah .
"Ala lambat-lambat pun lawa kann ." Aku membuat muka comel .
"Hmm yelahh." Ibu mencebik . Ketawa kami pun pecah hahahahaha . Ape tah yang lawak nya .
Kami terus melangkah ke kereta Alza milik ibu .
"Ibu , rumah kawan ibu tu kat mana?" Aku membuka bicara setelah masuk ke dalam kereta .
"Dekat-dekat sini je . " jawab ibu .
"Ohhh . Kenapa Elya kene ikut ? Elya nak rehat la harini ." Rungut ku .
"Saje . . " jawab ibu ringkas macam malas nak layan aku atau taknak aku tahu sesuatu . Hm?
"Tapi kenapa? Apa salahnya kalau ibu je pergi sorang ." Kata aku malas .
"Sampai sana nanti Elya tahu la." Ibu tersenyum sinis .
Erk? Hm malas nak layan aku keluarkan telefon Galaxy A5 aku dan layan Instagram .
___________________________
Kami sampai di kawasan rumah banglo yang agak mewah dan besar . Kereta ibu berhenti di sebuah rumah banglo yang unik design nya , cantik ! Macam rumah agam kat USA , pagar rumah itu terbuka dengan sendiri . Perlahan kereta ibu memarkir di sebelah kereta Mazda RX8 , hm macam pernah tengok kereta ni . Tapi dimana ya?
Kami keluar dari kereta .
"Asalammualaikum Maria ." Sapa seorang perempuan tua yang nampak muda dengan mesra sambil tersenyum manis . Hm pakai Safi Ranis Gold gamaknya .
"Waalaikumsalam Engku Sofia ." Ibu tersenyum manis ke arah Engku Sofia .
"Lama dah tak jumpa . Maria sekarang macam mana ? Sihat ?" Tanya Engku Sofia setelah kami masuk ke dalam .
"Tulah kan . Sihat alhamdulillah ." Jawab ibu . Aku hanya jadi pendengar tak berbayar je . Hm hm .
"Ni Elya ye ?" Tanya Engku Sofia setelah memandang aku dan tersenyum .
"Yee la Engku . Saya ada sorang je anak dara . Lagi sorang tu teruna ." Jawab ibu sambil ketawa kecil . Aku cuma mampu tersenyum sumbing je . Yela takkan nak muka masam je kat rumah orang kan ?
"Cantik Elya ni . Padan la dengan Areil nanti kan hahahaah." Engku Sofia ketawa kecil .
Ariel ? Hmm macam pernah dengar nama tu . Ohhh mamat gengster taik kucing tu . Hm ape dia tengah buat sekarang eh ?
"Padan sangat lah Engku . Ni cakap pasal Areil , mana tuan empunya badan ?" Tanya ibu setelah tidak nampak kelibat manusia bernama Areil . Hm sape Ariel ni? Sesuka hati je nak padankan aku dengan dia . Kalau handsome aku pertimbangkan . Hehehe .
"Dia ada kat atas tu . Mak nah tolong panggilkan Ariel ye ." Pinta Engku Sofia .
"Baik puan ." Mak Nah terus naik ke atas .
"Elya umur berapa ?" Tanya Engku Sofia pada aku .
"Elya umur 17 er Auntie ." Aku tersenyum manis . Eceh manis lah sangat .
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Roman pour Adolescents#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...