Tengku Ariel pov
Aku berjalan longlai ke kelas . Aku perhati sekeliling , senyuman terukir dibibir . Welcome back to me .
Dari jarak yang tidak jauh dari aku , aku nampak ada 1 kumpulan lelaki sedang membuli seorang junior . Tak pernah nampak pun diorang tu ?
Aku menapak ke mereka , tangan seorang lelaki itu diangkat dan dihayun ke arah junior itu , pantas tangan aku menepis kasar .
"Jangan biadap !" Aku tersenyum sinis .
"Ekeleh mamat ni apahal sial ! Kau nak cari pasal dengan kitorang ke?!!" Tengking lelaki yang aku tepis tangan nya itu .
"Dia tak kenal siapa kita kat sini . Duhmak ai! " kata salah seorang dari mereka .
"Aku rasa kau yang tak kenal aku siapa kat sini ." Kata aku dengan tenang dan tersenyum sinis .
Suasana menjadi tegang . Murid-murid yang ada disitu berbisik ,
"Kurang ajar kau ni !" Kata salah seorang dari mereka dan terus menerpa ke arah aku .
Kaki dia pantas ingin menendang aku , aku menangkap kaki nya dan siku aku hinggap di peha dia . Cukup untuk buat dia diam .
"Arghhh!!!" Jerit lelaki yang aku pukul itu .
"Kau patut tanya semua orang kat sini , siapa aku ." Aku tersenyum sinis dan terus berlalu pergi .
Sedang aku berjalan , aku nampak Elya sedang memandang aku dengan tajam . Dah kenapa minah ni ? Erk ?
"Kenapa kau ni pandang aku macam nak makan aku . Malam nanti boleh sayangg.." sengaja aku mengusik dia .
Dia memukul lengan aku ,
"Kau ni ! Baru je hari pertama dah bergaduh . Kau puasa ke tk ? Ishh!" Elya berpeluk tubuh .
Alaa dia ni merajuk pula dah .
"Diorang tu yang biadap . Jap , siapa diorang tu ?" Tanya aku dengan kening berkerut .
Elya menghela nafas .
"Tu budak-budak baru . Lepas je kau jadi pelajar pertukaran , seminggu macamtu diorang masuk sekola ni ." Kata Elya dengan menyampah .
"Dahla budak baru . Buat hal je . Buli orang sana sini . Ish menyampah aku dengan diorang tu ." Sambung Elya sambil muka memuncung .
Alah comel nya kau ni .
"Macam tu ? Gengster sekolah ? Hahahaaha macam budak bodoh je aku tengok . Dah jom masuk kelas ." Aku terus menarik tangan Elya ke kelas .
Elya , kalau kau tahu aku macam mana kat sekolah di Cameron tu , hahahaha .
Aku dan Elya melangkah masuk ke dalam kelas . Ada sudah budak-budak kelas aku disitu . Geng aku turut ada . Mereka tersenyum sinis memandang aku ,
"Welcome back to yours ." Ujar Firash sambil menepuk bahu aku .
Aku hanya tersenyum .
"Kau ni ! Jadi pelajar pertukar kat Cameron bukan nak bagitahu . Biadap betul !" Izmi menumbuk bahu aku .
Haha korang tak berubah , tetap bengon macam dulu . Hahaah .
Aku mengambil tempat dan duduk disebelah Alief .
"Aku dengar ada kumpulan baru kat sekolah ni . " kataku mengubah topik .
Mereka memandang sesama sendiri .
"Ya ada . Diorang budak baru . Semua budak kat sekolah ni takut kat diorang . " Aiman bersuara . Dia mengeluh .
"What ? Takut dengan kumpulan bodoh macam tu ? Hahah ." Aku ketawa sinis .
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Roman pour Adolescents#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...