Ariel pov
Lepas habis waktu sekolah aku terus balik . Malas lah nak singgah mana-mana . Penat ! Hm tiba-tiba rasa rindu pula kat adik perempuan aku , ya aku ada adik . Tapi dia tinggal kat asrama masa aku masih tinggal kat sana dulu . Sekarang dia dah sekolah macam biasa .
Baru je aku nak terlelap , Iphone SE aku berbunyi . Ada orang call , aku terus jawab panggilan tu .
"Hello."
"Er he-helo."
"Kau nak apa lagi ? Jangan kacau aku lagi ! Tak puas lagi ke kau nak sakitkan hati aku hah?!" Sergah ku .
"Sa-saya nak minta maaf . Takpe kalau awak tak boleh nak terima saya balik , saya sedar salah saya . Tapi saya cuma nak awak maafkan saya ." Sayu suara nya memohon maaf . Ah lantaklah !
"Aku takkan maafkan orang yang pernah sakitkan hati aku!" Keras suara aku berkata
Panggilan terus aku matikan .
Walaupun aku masih sayangkan dia , tapi rasa benci aku telah mengusai diri .
Flashback
"Sebenarnya kau tu bukan siapa-siapa pun bagi dia . Dia cuma nak mainkan kau je , kitorang yang cabar dia untuk buat kau tunduk kat dia . And now berjaya !" Kata Fika dengan penuh sinis .
"Awak , saya mintak maaf . I can explain this ." Dania bersuara menahan sebak .
"Kau! Kau memang perempuan tak guna ! Pergi mati dengan maaf kau !" Tengking aku dan terus pergi .
Hmm begitulah kisah nya . Haih abis dah tisu mengenangkan kisah lama . Bukan tisu habis sebab aku nangis , hm tapi sebab tadi air tertumpah pula .
__________________________
Now waktu BI , hm malas aku nak masuk kelas . So aku sorang skip jelah , diorang tu rajin sangat nak belajar hm , padahal nak usha ni Elya tu . Tah ape yang menarik kat perempuan tu pun aku taktau . Em tapi lawa jugak . Erk ?
Aku nampak Elya kat depan libery , eh dia macam terloncat-loncat ? Aku tengok ada 3 budak form 4 tengah buli dia , diorang sengaja ambil buku dari tangan Elya main pass-pass buku tu , em biarlah dia . Hm kesian pulak . Ah sekali sekala tolong orang .
Aku pergi ke mereka .
Bukkk!
Satu penumbuk tepat kat muka salah seorang budak tu . Kawan dia yang lagi duaorang dah tercengang ,
"Kau kenapa sial!" Marah budak yang aku tumbuk tu .
"Kau asal kacau dia ?" Tanya aku sambil merenung tajam mata budak tu .
"Er er ...." tergagap dia setelah melihat gerangan yang menumbuk dia tadi .
"Weh jom ah blah.." bisik kawan dia .
"So..sorry abang Ariel.." kata salah seorang budak itu .
Elya juga terkejut , huih selamba je dia tumbuk muka anak orang kata hati Elya .
"Te--terima ka..kasih ." Ucap Elya gagap setelah budak-budak tu pergi .
"Mm . Lain kali kalau tak boleh jaga diri kat sekolah ni , berhenti je ." Ujar aku selamba . Hehe sengaja nak cari pasal .
"Ey kau ni ! Aku cakap terima kasih pun kau nak cari pasal . !" Marah dia sambil menjeling aku .
"Aku sorang je boleh buli kau . Pendek !" Kata aku sambil tersenyum sinis .
"Buli lah ! Ingat aku takut ke ! Nampak sangat tolong tak ikhlas ." Dia memandang aku tajam .
"Heh yelah pendek ." Aku terus melangkah pergi .
"Woi kau nak pergi mana ?! Masuk kelas lah ! " jerit dia .
"Aku dah pandai ." Kataku tidak memandang dia .
"Aku bagitahu cikgu ." Ugut nya lagi .
"Do i care ?" Aku memandang nya dengan senyuman sinis . Nak takut dengan cikgu ? Not me . Kalau nak jadi gengster sekolah kene berani ! Kalau tak jadi gengster taik anjing je .
Hm padahal aku tak takut sebab maklang aku PIBG paling banyak menyumbang , hehehe .
Aku duduk sorang-sorang kat tingkat 3 , di tangga belakang . Tak ramai orang lalu sini . Hm aku termenung kejap .
Flashback
Hm sejak pertama kali aku tengok dia , hm lawa lah dia . Tapi macam sombong ? Ah biarlah . Seperti biasa harini aku lepak kat starbucks , setiap petang sabtu dia ada kat sini . Tu yang aku suka lepak sini , boleh usha dia .
Dia dengan sorang kawan dia , dia seperti sedang bercakap dengan kawan dia lepastu dia pandang aku , whatt !! Dia pandang aku lepastu senyum ?! Huh aku terus balas senyum sampai ke otak .
Dia jalan ke arah aku , kawan dia hanya memerhati je , dia duduk di kerusi bertentangan dengan aku ,
"Haii . Can i sit ?" Tanya nya .
"Ohh er yes can ." Balas aku gugup . Yela kau bayangkan crush kau tetiba tegur kau ? Wtf mesti hati berbunga kan ?
"Dania Maisara ." Dia menghulurkan tangan nya sambil tersenyum manis .
"Tengku Ariel Denyel ." Aku menyambut huluran salam itu dengan senyuman manis juga .
"Setiap petang sabtu saya nampak awak lepak kat sini . Tak bosan ke ?" Dia membuka bicara .
"Tak lah . Sedap air ni tu yang suka lepak sini ." Jawab aku masih gugup tapi kene lah belagak macho kan ? Ya ya .
"Oh ya memang sedap pun . My fav !" Dia menunjukkan Coffe Latte nya .
Aku tersenyum . Entah kenapa rasa senang pulak dengan dia ni .
"Btw saya kene pergi , ya nah ." Dia menghulurkan kertas kecil yang tertulis no telefon nya .
"Okay thanks ." Aku membalas sambil tersenyum .
"Jangan lupa call saya ya ." Katanya dan berlalu pergi dengan kawan nya .
"Hoii!! Sergah Elya .
"Oh hati aku berbunga !" Eh aku termelatah lah pulak .
"Hahahahahaahah gengster sekola melatah ." Ketawa Elya . Terbahak-bahak dia ketawa . Hm lawak ke ?
"Haih dahlah tu . Kau buat apa kat sini hah ?!" Aku cuba menukar topik .
"Cikgu suruh cari kau . " balas nya dengan sisa tawa nya .
"Cakap lah dengan cikgu kau tak jumpa aku ." Kata aku .
"Baik kau masuk kelas . Kalau tak aku heboh yang gengster sekolah ni konon nya orang gerun sangat dengan dia , padahal kuat melatah ." Dan dia terus ketawa terbahak-bahak lagi .
"Haih kau ni ! Yelah pendek!" Aku luku kepala nya dan terus ke kelas .
"Aduh sakitlah!" Dia menggosok kepala nya .
__________________________
"Haa Ariel ? Baru jumpa jalan ke kelas ke ?" Perli Cikgu Safina setelah aku masuk ke kelas .
"Haah . Tadi entah macam mana boleh sesat kat Paris ." Balas aku selamba dan terus ke tempat aku .
Cikgu menggeleng kepala melihat aku .
Aku menjeling Elya yang sudah tersenyum bangga ke arah aku . Tunggu kau minah pendek . Siap kau nanti .
Done for this chapt! Hm korang ni vote n comment lah . Kasi lah author semangat sikit ! Caiyok !
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Teen Fiction#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...