Tamat bacaan Yaasin , semua orang terus balik meninggalkan kubur itu . Yang hanya ada ahli keluarga sahaja .
Aku memandang sepi kubur itu , dan memandang Elya yang menangis teresak-esak .
Aku mendekati Elya dan memeluk bahu nya ,
"Dah jangan nangis . Kalau kau nangis arwah ayah pun sedih tengok kau macam ni ." Pujuk aku sambil mengusap bahu dia .
"Lepas aku .. Tinggal aku sendiri kat sini ! Pergi." Kata Elya dengan esak tangis nya .
Ibu memegang bahu aku , dan memberi isyarat supaya biarkan Elya sendirian .
Aku mengeluh kecil dan akur . Kami semua pergi ke kereta masing-masing ,
"Ibu dengan Khai gerak dulu ye . Nanti Ariel bawa Elya datang rumah . Ada tahlil malam ni .." Kata ibu .
Aku mengangguk lemah .
"Haliza , Mahmud , Engku dengan Hana pun datang ye ." Kata ibu pada mereka .
Mereka mengangguk dan tersenyum .
"Sabar la Ariel . Semua ni ada hikmah . InsyaAllah Elya akan maafkan Ariel nanti ye ." Pujuk nenek sambil mengusap belakang aku .
Aku tersenyum kelat .
"Ariel jumpa kat sana ye ." Kata maklang pula .
Aku hanya mengangguk .
Mereka semua terus pergi ke rumah ibu . Sekarang hanya aku seorang bersandar di pintu kereta sambil melihat Elya yang sedang menangis lagi di kubur ayah nya .
Haih. Aku mengeluh dan melangkah ke arah Elya .
"Elya . Jom ? Kita balik mandi lepastu pergi rumah ibu . Ada tahlil ." Aku memegang bahu Elya .
Elya menepis tangan aku .
"Tolong jangan kacau aku . Kau lah sebab aku tak dapat jumpa dengan arwah ayah untuk kali terakhir . Aku benci kau Ariel ." Kata Elya sambil memandang aku dengan tajam dengan mata nya yang sudah merah dan bengkak sedikit .
Kenapa susah sangat kau nak faham Elya ? Ikutkan aku , aku taknak rahsiakan dari kau . Puas dah pujuk diorang supaya kau tahu , tapi diorang tetap nak rahsiakan dari kau .
Aku minta maaf Elya .
Lama aku berdiri di situ , dan akhirnya Elya melangkah juga ke kereta aku . Aku mengikut langkah nya dari belakang dan dia masuk ke dalam kereta diikuti aku .
"Susah ke kau nak faham Elya ? Susah ke kau nak faham yang aku tak ada niat nak rahsiakan dari kau . Tolonglah faham keadaan aku ." Pinta aku dengan lembut .
"Kau diam . Aku tak nak dengar apa yang kau cakap , aku taknak tengok muka kau . " Kata Elya dengan keras sambil tidak memandang aku .
Aku mengeluh lagi .
Dan aku terus pandu pulang ke rumah untuk mandi .
___________________________
Selesai sahaja tahlil , orang-orang yang hadir semua menyalam dan mengucap takziah , dan pulang ke rumah masing-masing .
Aku nampak Elya tengah termenung di buaian luar rumah nya , aku duduk disebelah dia .
"Ariel . Please leave me alone !" Pinta Elya dengan keras .
Aku meletakkan pinggan yang berisi nasi dan lauk di sebelah , dan bangun terus masuk ke dalam .
"Elya masih marah kan kau ?" Tanya Khai setelah aku duduk disebelah dia .
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Novela Juvenil#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...