Ariel dan Elya berjalan turun tangga ke bawah sambil berpegang tangan . Terlihat senyuman bahagia di wajah mereka . Mana tak bahagia nya , dah kiss tadi HAHA .
"Haa turun pun .. ingat taknak turun ." Perli Wani sepupu Elya .
"Yela dah ada suami kan , asyik nak berkepit je dengan suami ." Sambung Isha pula .
Elya menjeling mereka .
"Eleh . " Elya mencebik .
" Haa Ariel Elya sini makan ni . " Panggil nenda .
"Korang taknak makan ?" Tanya Elya pada mereka berdua .
"Dah makan dah tadi . Kau tu asyik berkepit je ngan suami sampai tak sempat makan , takut suami kene kebas ke ." Perli mereka lagi .
Elya mencebik . Dia menarik tangan Ariel ke meja makan . Pakcik makcik Elya semua sudah ada disitu . Ibu Elya juga ada disitu. Ariel menyalam tangan mereka dan duduk bersebelahan Elya .
" Ni la suami Elya ye , tak sempat jumpa kan . Masa korang kawin pun tak sempat datang ." Ujar Pak Ngah Elya .
"Haah Pak Ngah ." Elya tersenyum .
Ariel hanya diam dan tersenyum . Mereka makan sambil berbual dengan mesra . Meriah sungguh rumah nenda masatu . Semua nampak gembira sekali .
Semua orang salam dan maaf bermaafan . Elya datang pada Ariel , dia salam tangan Ariel dan dicium tangan suami nya tu .
"Aku nak minta maaf eh kalau aku ada buat kau sakit hati . Hehe ." Ujar Elya dan tersengih comel .
"Cium tangan buat apa , cium sini . " Ariel menunjuk pipi nya .
"Eee mana boleh kt sini , nanti orang nampak ." Ujar Elya dengan manja .
"Eh eh yang gedik mcmtu kenapa ? Lepas kene cium tadi terus jadi gedik ke ?" Usik Ariel dengan sengihan .
Laju tangan Elya mencubit lengan Ariel .
"Aduiii!"
"Haa kau jangan memacam. Aku gigit kau nanti ." Ujar Elya dengan geram .
Dia melepaskan cubitan dan terus pergi ke sepupu-sepupunya yang rancak berborak .
Ariel hanya pandang sambil mengusap lengannya .
"Siap la kau malam nanti ." Ujar Ariel perlahan .
Mana tak geram nya ? Nak tercabut kulit Ariel dicubit Elya . Dasar ketam darat .
"Assalammualaikum .." Ujar seseorang di muka pintu .
"Waalaikumsalam . Eh Mahmud , haa masuk masuk ." Jawab nenda .
Ariel memandang tajam pada mereka . Dia menghela nafas . Segera dia naik ke tingkat dua dan duduk di balkoni atas . Moodnya sudah tak ada .
Masih terkesan di lubuk hatinya apa yang papa dia buat dulu . Walaupun mereka sudah minta maaf , hati nya masih keras . Mungkin dia masih belum bersedia untuk memaafkan mereka .
Sejujurnya sekarang dia tertekan . Keluarga yang dulu buang dia kerana dia difitnah kini meraih maaf ,
Dan..
Kekasih yang dulu datang meraih cinta kembali .
Hati dia yang masih belum pulih dengan apa yang dia lalui , senang untuk orang meminta maaf . Ya mungkin dia boleh maafkan , tapi dia tak boleh melupakan apa yang mereka semua buat pada dia .
Jadi dia memilih untuk tidak memaafkan kerana bila dia teringat apa yang mereka buat pada dia , kemarahan dia membuak , hati dia sakit .
Sedang Ariel mengelamun seorang diri di balkoni , sepasang tangan memeluk dia erat dari belakang .
"Kenapa duduk atas ? Kat bawah kan ramai orang .. " Ujar Elya yang memeluk Ariel dari belakang .
Ya dia tahu apa yang Ariel rasa .
"Saje duduk kat atas ni ." Ujar Ariel tersenyum kecil .
Elya duduk disebelah Ariel dan memeluk suaminya itu dari tepi .
"Jom turun bawah ? Semua cari kau tau . " Ujar Elya sambil memandang Ariel .
"Tak pe la . Aku lagi selesa duduk sini ." Ujar Ariel masih dengan senyuman kecilnya .
"Aku tahu kau sedih kan ? Aku ada , nenda ada , maklang pun ada , ibu ada , kitorng ada untuk kau . Walaupun papa dan mama kau buang kau dulu , tapi sekarang kau ada aku . Dah jangan sedih ye , jom turun ." Pujuk Elya lembut .
Ariel memandang wajah Elya , lama .
"Ingatkan bini aku ni pandai merajuk je , rupanya pandai jugak pujuk eh ." Ujar Ariel ketawa kecil .
"Ee mana ada aku merajuk ." Cebik Elya .
Ariel hanya ketawa .
"Dah dah jom duduk bawah , bahaya berduaan dengan kau ni ." Elya menarik tangan Ariel untuk turun .
Pantas Ariel menarik Elya ke dalam pelukan nya . Elya macam biasa la kalau Ariel dah tarik mcmtu , kopem terkejut haha .
"Gatalnya nak peluk peluk orang ." Cebik Elya .
Ariel tidak menjawab , malah dieratkan lagi pelukan nya .
"Tercekik aku nanti kau peluk kuat kuat . Peluk kuat kuat kenapa ? Bukannya aku lari pun ." Bebel Elya .
"Shhhhh. Jangan bebel ." Bisik Ariel perlahan .
"Mana ada aku bebel ."
"Ada"
"Takda"
"Ada"
"Takda"
"Ada"
Elya membuat muka , eh eh ajak bergurau pulak dia ni bisik hati Elya .
Ariel melepaskan pelukan .
"Kau kenapa ? Kau okay ke ?" Tnya Elya perlahan .
"Selalu asyik kau je nak mengada manja ngan aku , apa salahnya sekali sekala aku pulak. " Ujar Ariel .
"Eleh kau ." Elya ketawa .
"Woi turun lah , orang kat bawah best best , kau kat atas pun nak best best ." Jerit Khai yang entah dari mana muncul .
"Kacau la kau , kata nak anak buah ." Ujar Ariel dengan sengihan .
"Ohh haah lah . Aduh lupa sorry ." Khai menepuk dahi nya.
Pap !
Aku menampar kuat lengan Ariel ,
"Kau jangan memacam ehh , pukul kau kang ." Aku menjeling Ariel
Ariel hanya menggaru belakang kepala .
Gurau sikit tak oleh . Gi ane tak oleh .
Bersambung
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Teen Fiction#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...