"Ariel bangunn laa..." Aku menggoyang lembut bahu Ariel yang masih berselimut disebelah aku .
Ariel merengek kecil dan menutup muka nya denga selimut . Aku merengus . Tak berubah ! Masih susah nak bangun pagi . Haih .
"Eyyy bangun lahh . Nanti terlepas sahur lah !" Aku memarahi dia dah menarik selimut yang menutup muka nya .
"Alaa 5 minit lah ..." Ariel mengereng ke kanan .
Ya Allah budak ni !
"Ariell!!!"
Terus terduduk tegak dia dengan muka mamai plus terkejut .
"Ha bangun pun ! Cepat pergi cuci muka lepastu turun . Lagi 15 minit je tahu tk !" Semburku dengan geram .
"Alaaa kau ni .. banyak lagi masaa.."
Ariel terus menarik aku sekali baring dan memeluk aku . Aku mencubit tangan dia ,
"Kau tak turun lagi 5 minit , siap kau !" Kataku keras dan terus keluar dan turun ke bawah .
"Ariel mana Elya ?" Tanya ibu setelah aku duduk di kerusi berhadapan ibu dan Khai .
Belum sempat aku nak jawab Ariel dah duduk kat sebelah aku . Ha tahu takut kena ugut tadi .
___________________________
Aku menunggu Ariel didalam kereta . Ariel masuk ke dalam dengan lengkap beruniform sekolah .
"So ? Ready ? " tanyaku mengangkat kening .
Ariel tersenyum sinis .
"Ready nak buli kau kat sekolah nanti . Hehehee .." sengaja Ariel mengusik .
Aku mencebik menyampah . Eleh berani lah tu ? Cuba lah buli aku tumbuk nanti .
Perjalanan dimulakan . Sebenarnya aku pelik , Ariel pergi mana selama sebulan ni eh ? Hurmm . Aku memandang muka dia yang leka memandu ,
"Aku tahu kau rindu kat muka handsome aku ni . Jangan tengok lelama hahaha.."
Eyy budak ni perasan nya . Ya kau memang handsome , tapi jangan perasan okay .
"Aku cuma pelik . Kau kat mana sebenarnya selama kau tinggalkan aku merajuk ni .." tanyaku sambil tangan menggosok dagu bak seorang detective .
Ariel ketawa kecil .
"Sebenarnya aku jadi pelajar pertukaran for one month kat sekolah di Cameron Highlands . Nenda pun ada sebuah banglo kat sana , so aku tinggal lah kat situ ." Jelas Ariel panjang lebar ,
Amboi ! Aku terus mencubit lengan dia .
"Aduhhh.. ish kenapa kau nii !" Ariel menggosok lengan nya yang dicubit .
"Kenapa tak bagitahu aku hah? Ishh kau ni kann !" Aku memeluk tubuh dengan muncung .
Ariel tersenyum senget .
"Alolo Princess kita dah merajuk . Saje aku nak tengok kau rindu ke tak dengan aku .. hehe .."
Ariel mencuit bibir aku .
"Tapi bagitahu lah .. hm aku risau tahu tak .." Aku sengaja buat suara sedih dan menunduk .
"Alah kau kan tak sayang aku . Kenapa nak risauu ." Sengaja Ariel menguatkan suara dia .
"Ishh !! Aku sayang lah kat kau .." Ariel berkerut dahi memandang dia .
"Haa yela sayang . Dah jom turun . Sampai dah ni ."
Ariel segera keluar dan membukakan pintu untuk aku .
__________________________
Sorry korg sebb lama sangat tak up . Hm macam-ii masalah peribadi author skrg . Author minta maaf sgt-ii yea .
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Novela Juvenil#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...