Sampai di rumah aku parkir kereta . Elya keluar dan menghempas pintu kereta .
"Hoi tercabut lah pintu ni nanti mangkok !" Marah aku .
Dia memandang aku dengan tajam ,
"Ada aku kisah ?" Dia membuat muka menyampah .
Haih nasib lah kau bini .
Aku masuk ke bilik dan menukar baju dalam bilik pakaian . Aku nampak Elya tengah duduk belek telefon dia kat atas katil . Aku pandang dia ,
"Apa tengok-tengok ?! Nak kena cungkil biji mata tu ?!" Katanya dengan rasa geram .
Eih tengok dia pun salah . Ni lah masalah kalau perempuan PMS ,
"Err kau cakap dengan aku ke ?" Sengaja aku tayang muka hairan .
"Abis tu ? Dah kau tengok-tengok aku asal . Dahla buat aku malu tadi ." Dia menjeling .
"Sorry tapi tadi aku pandang bantal tu . Jangan perasan lah ye . Kalau aku tengok kau dah lama aku 'terkam' kau kat atas katil ni ." Aku tersenyum nakal .
"Eih pergi tukar baju sana lah . Eleh ." Aku nampak muka dia dah pucat . Hahaha gertak je pun .
Aku ketawa dan terus menukar pakaian .
____________________
Elya pov
Kami berdua hanya berdiam diri buat hal masing-masing . Ha baru teringat harini diorang ajak keluar . Aku pandang Ariel , dia tengah leka dengan game Mobile Legends dia .
"Areil.." rengek ku .
"Mm.." mata dia masih tertumpu pada skrin telefon .
"Petang ni kawan-kawan aku ajak keluar . Err kau izinkan tak aku keluar ?" Nak mintak izin suami kena lah lembut-lembut kan ? Ha ini lah cara nya . Sis ajor ni .
"Nak pergi mana ?" Dia simpan telefon dia dan pandang aku . Dah abis main game lah kot .
"Emm diorang ajak aku pergi IOI ." Entah kenapa tapi aku takut-takut pulak nak cakap kat dia .
"Haa yelah . Takyah balik pun tkpe ." Dia tersenyum senget .
Aku mencebik .
Shera pov
"Hmm rasanya ni lah rumah yang tertulis kat alamat ni ." Aku menunjukkan kertas kepada mereka .
"Haa yela kot . Cuba call Elya ." Kata Syafiqa yang berada di tempat pemandu . Dia melihat rumah banglo 2 tingkat itu .
"Hello Elya .. haa kitorang dah sampai ni ." Kata aku .
"Kitorang masuk tauu . Kbyee!" Aku terus mematikan panggilan .
Bapak cantik rumah ni . Hm untung Elya .
Ting tong !
Elya pov
Alamak nanti kalau diorang tahu macam mana ?! Aduhh !
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Teen Fiction#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...