Tengku Ariel pov
"Tapi ibu , kenapa nak rahsiakan perkara ni dari Elya ? Dia perlu tahu .." kata aku lembut .
"Ibu tak nak dia sedih bila tahu nanti . Biarlah dia tahu dengan sendiri ." Kata ibu dengan sayu .
"Tapi bila dia tahu nanti , dia akan lebih sedih . " kata aku perlahan .
"Ariel , please .. Ibu minta tolong sangat rahsiakan dari Elya .." rayu ibu dengan suara menahan sebak .
Aku mengeluh perlahan .
"Okay ibu . Ariel akan rahsiakan dari dia . Ibu jaga ayah elok-elok , asalammualaikum ." Aku terus mematikan panggilan .
Aku meraup wajah . Serabut , ya itu yang aku rasa sekarang . Kenapa nak rahsiakan dari Elya ? Elya perlu tahu ! Tapi aku dah janji dengan ibu yang aku akan rahsiakan dari dia . Aku mengeluh perlahan ,
"Amboi jauh nya termenung . Sampai mana dah menungkan tu ?" Sapa Elya setelah duduk disebelah aku di bangku luar rumah .
Aku tersenyum kecil ,
"Sampai planet pluto dah ." Balas aku selamba .
Elya mencebik .
"Kau ni macam ada masalah je ? " tanya Elya prihatin .
Aku hanya menggeleng .
"Kau sakit ke ?" Tanya Elya lagi .
Aku menggeleng lagi .
"Abis tu ?" Tanya Elya lagi .
Aku geleng lagi .
"Aku cepuk jugak kau ni ! Orang tanya ni geleng je pesal ? Nak masuk acara menggeleng ke apa !" Marah Elya .
Comel betul lah dia ni kalau marah .
"Kau ni comel eh kalau marah ? " aku mencuit hidung dia .
"Memang kenyataan aku ni comel pun !" Balas Elya dengan bangga sambil tersenyum .
"Puji sikit mula lah kembang semangkok ! " aku meluku kepala dia .
"Adu--"
"Dah tak payah nak acah sakit ! Aku tahu kau nak mengada je tu !" Pantas aku memotong kata Elya .
Eleh macam aku tak tahu dia ni kuat mengada , kena sikit je mengada nya bukan main . Nasib lah kau isteri .
"Hehehehe .." Elya tersengih sumbing .
"Dah , aku nak masuk . Duduk lah luar ni sorang-sorang , ada hantu tau ." Kata aku selamba dan terus melangkah masuk .
"Siang-siang tak ada hantu lah pandai !" Jerit Elya .
___________________________
Elya pov
Aku duduk di ruang tamu bersama mereka sambil berbual-bual . Ternyata kat kampung ni memang seronok , dengan telatah mereka . Teringat pula opah kat kampung tu ..
"Ni kita ni dok ketawa-ketawa ni , suami kamu mana Elya ?" Tanya maklong dengam sisa tawa nya .
Ha baru teringat si sang suami ni pergi mana ? Dari tadi tak nampak .
"Entah lah maklong . Batang hidung pun tak nampak ." Balas aku sambil mata meliar mencari Ariel .
"Ada lah tu kat belakang denga Afi dan papa dia . Kita yang perempuan ni borak je kat sini ." Kata nenek dan ketawa kecil di hujung ayat .
Kami turut ketawa kecil .
Tiba-tiba Ezwan datang duduk disebelah aku ,
"Awak ni saya tengok macam sombong je dengan saya .." Ezwan memulakan bicara setelah nenek mama dan maklong pergi ke dapur untuk memasak .
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Teen Fiction#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...