Sebulan sudah berlalu . Ariel kau masih belum balik . Lagi dua hari nak puasa dah , kau belum tunaikan janji kau . Kau kata yang kau nak sambut puasa sama-sama dengan aku tahun ni . Ariel mana kau ? Aku tunggu kau ni ..
Aku membaling batu kecil ke dalam tasik itu . Inilah tasik dimana Ariel buat kejutan harijadi untuk aku . Sebaliknya benda lain yang jadi ..
Haih.. aku mengeluh kecil . Aku rindu sangat dekat kau ni Ariel . Kau janji kalau aku rindu dan perlukan kau , kau akan ada disisi aku . Tapi mana kau sekarang ni ?!
Tiba-tiba bahu kanan ku dipegang seseorang ..
"Elya .. sudah lah tu . Sampai bila kau nak macam ni ? Kau kena kuat lah ." Kata Shera dengan semangat .
"Dengar sini , kau kena yakin yang Ariel akan balik juga nanti . Kami semua yakin , kalau Ariel tengok kau sedih macam ni , mesti dia sedih juga . Kau kena tunjuk yang kau kuat !" Sampuk Syafika pula .
Aku tersenyum kecil .
Mungkin betul kata mereka . Aku mengangguk kecil .
"Dah .. kita datang sini nak jogging right ? So let's !" Semangat betul si misha ni nak jogging .
Misha terus berlari anak meninggalkan kami .
Kami ketawa kecil melihat Misha ,
"Weh tunggu lah ! Haih tau lah dah gemok !hahaah"
Kami turut berlari sama . Eh silap , berjogging .
__________________________
Aku duduk termenung di tepi kolam renang . Tiba-tiba telefon aku berbunyi , aku melihat nama pemanggil , unkown .
"Hello ?" Aku mengangkat panggilan .
"You miss me ?" Soal si pemanggil . Erk dah kenapa ? Salah nombor mungkin .
"Er sorry salah nombor lah ." Kata aku dengan teragak .
"No . Waiting for me .. i will back ." Kata pemanggil misteri aku dan meletakkan panggilan .
Uish seram pulak aku dengan mamat tu . Tetiba je ? Entah-entah psiko . Ish apa aku fikir ni . Ya Allah .
Esok .. puasa . Hm sambut puasa sorang-sorang lah aku bulan ni .
"Eik anak ibu ni kenapa duduk luar sorang-sorang ni ? " sapa ibu dan duduk disebelah aku .
Aku tersenyum .
"Saje je bu. Ambil angin ." Jawab aku mesra .
"Hmm yelatu .. Dah pergi masuk tidur . Esok dah puasa nanti Elya tak bangun sahur pula ." Kata ibu .
Aku mengangguk .
"Err jap .. Khai mana ? " soal aku . Khai dapat cuti untuk bulan ramadhan ni . Huhu untung lahh .
"Dia pergi solat terawih .. Kejap lagi balik lah tu ." Jawab ibu .
Aku mengangguk dan terus berlari anak naik ke bilik .
****
"Elya makan banyak sikit tau .. nanti merengek lapar pula ." Perli ibu sambil mencedok nasi ke dalam pinggan aku .
"Henehe ok bu .." aku tersenyum sumbing .
Aku lihat Khai , lah patutlah diam je . Dia tertidur sambil menongkat dagu !
"khaii!! Sahurr!!" Sergah aku .
Terkejut terus Khai . Dia menggosok-gosok matanya dengan muka selenga dia . Terbahak-bahak aku ketawa .
"Tula tido lagi !"
YOU ARE READING
Gengster sekolah tu milik aku
Teen Fiction#highnestranking ;74inteenfiction ;64inteenfiction ;54inteenfiction ;38inteenfiction ;29inteenfiction ;1 inteenfiction Jika kau percaya selepas hujan pasti ada pelangi , jadi kau perlu tahu selepas derita pasti akan bahagia . ." "What ?! Kahwin ? W...